Aku dah agak semua ni ada kena-mengena dengan ibu dan ayah aku. Mereka hanya terdiam tanpa memandang kearah aku.
"Ibu ayah, jawab!" Aku menjerit sambil menangis teresak-esak. Ibuku dah mula menangis namun ayahku masih tidak menunjukkan respon.
"It's okay Dhia. Kalau depa takmau cerita, aku cerita" kata aku sambil mengumpul kekuatan untuk bercerita.
"Aku orang miskin. Takdak duit untuk nak pi sekolah. Aku dapat masuk sekolah menengah tu pon atas bantuan ayah hang. Ayah hang, kawan ayah aku. Kemudian ayah aku mati disebabkan ayah hang" aku terhenti seketika melihat muka ayah Dhia dengan penuh kebencian.
"Kemudian, ayah hang janji akan masukkan aku ke sekolah dia sebab dah terhutang budi. Tapi, lama-lama aku pulak terhutang budi dengan dia. Lepastu, dia nak buat perjanjian dengan aku. Aku perlu serahkan diri aku dekat dia kalau nak sekolah dekat situ lagi. Kalau aku tak mau, dia akan sebarkan yang aku penah menggoda dia" aku mula mengasah pisau. Dhia memandang ayahnya dengan penuh kekeliruan. Siapa akan percaya yang ayah sendiri pernah melakukan benda yang keji macam tu?
" aku takdak pilihan selain ikut perjanjian tu. Sebab tu, hang tak disekolahkan di sekolah ayah hang sebab takut benda ni terbongkar.Tapi, lama-lama aku dah tak tahan sampailah aku dah langgar perjanjian tu. Pastu ayah hang sebarkan fitnah!" Jerit aku.
Zapp!! Aku menikam tapak tangan ayah Dhia.
"Arghhh!" Ayah Dhia menjerit. Darah berhamburan keluar dari tangannya.
"Maafkanlah ayah aku Mas" Dhia merayu.
"Hang senanglah cakap, tak kena kat diri sendiri!" Muka ayah Dhia kemudiannya pucat kerana kehilangn banyak darah. Aku hanya membiarkan pisau itu masih terpacak ditangannya.
"Aku kena buang sekolah. Disebabkan fitnah tu! Family aku tak terima aku. Aku merempat.Bila Mak hang dapat tau pasai aku, mak hang sihir aku sebab takut aku akan kacau ayah hang lagi. Sampailah orang ingat aku ni gila.Pastu, aku bertekad aku akan bunuh satu keluarga hang sebab orang kejam macam hampa tak patut hidup kat muka bumi ni!"
Zapss!!
"Ayah!!" Buk! Kepala ayah Dhia jatuh ke lantai. Darah keluar berhamburan dengan laju keluar memancut dari lehernya. Ibu Dhia hanya menangis sambil memejam mata mengenangkan apa pula nasib yang bakal menimpanya."It's your turn, perempuan jahat. Hahahaha!" Kata aku sambil memandang sinis kepada ibu Dhia.