episod 1

248 6 0
                                    

Hari ini adalah hari paling buruk selama 25 tahun aku hidup di bumi ini. Aku berasa tidak puas hati dengan keputusan orang tua aku. Sepatutnya mereka meminta pendapat aku dulu sebelum menerima pinangan itu. Tapi itu semua telah tidak berguna lagi. Mahu dibatalkan, takut ibu bapa malu. Maruah keluarga perlu dijaga. Itulah prinsip keluarga kami, dan aku bertanggungjawab menjaganya.

Tapi ini tentang aku. Aku yang menjalaninya nanti, bukan mereka. Semua ini tidak adil bagiku. Aku berasa masa-masa bahagiaku akan berakhir dalam beberapa bulan lagi sebelum di akad nikah nanti. Aku harus mencari akal untuk menghentikan segala yang tidak aku inginkan ini. Tapi bagaimana?

Sekarang ini pun, aku tak dapat berfikir secara wajar. Aku seperti orang gila. Rambut aku kusut masai, muka pucat, badanpun entah bila kali terakhir aku mandi aku tidak tahu. Aku stres. Hari-hari aku tidak menentu sekarang, aku lebih suka mengurung diri dibilik termenung keseorangan dalam kegelapan bilik. Tidak kuasa aku keluar. Buang masa aku sahaja.

Aku mendengar suara kereta baru masuk perkarangan rumah. Aku menyelak sedikit langsir untuk melihat gerangan diluar. Aku berasa sangat marah ketika melihat jejaka yang sangat dipuja oleh ibu bapaku. Rasa benciku pada jejaka itu semakin membuak-buak. Aku melempar semua barang berdekatan aku. Meja solek menjadi mangsa sehingga tangan aku terluka. Berdarah terkena benda tajam di meja solek. Aku tidak mempedulikan.rasa sakit yang aku rasakan sekarang tidak sebanding dengan rasa sakit dihati ini. Setelah puas aku duduk kerana terlalu kepenatan. Mata aku merah dan bengkak kerana menangis.

Sekali lagi aku menangis. Tapi air mata aku tidak mengalir deras seperti hari-hari sebelumnya. Tiada air mata. Tersedu-sedu aku menangis meratapi diri. Aku tak sanggup lagi. Aku ingin pergi. Pergi jauh dari sini. Kedua-dua orang tuaku tidak lagi menyayangi diriku, buat apa aku disini lagi? Haha, ya.. Baik aku pergi.

Tok2

"Syifa, keluar la. Dah seminggu awak tak keluar. Awak tak lapar ke? Awak tak risau kan mak dan ayah? "Khairil mencuba merayu syifa agar keluar dari bilik itu. Dia risau kalau syifa sakit. Lagipun, syifa mesti lapar sekarang. 'Bodo, apa peduli aku? Semua orang tak sayang aku pun. Baik aku pergi je dari tinggal kat sini' syifa berdiri lalu mengambil beg untuk meletak pakaian untuk lari dari rumah. Syifa tidak menghiraukan khairil. Baginya ucapan khairil tadi hanyalah angin lalu.

"Syifa, sayang.. " sekali lagi khairil cuba merayu syifa untuk keluar dari bilik. 'Syifa keluar la, aku risau kalau terjadi apa-apa kat kau'khairil mengeluh sendirian. Syifa mencebik, "eh! Sayang-sayang, kau ingat aku nie bini kau ke? Tak payah acah-acah baik, tak kuasa aku. Baik kau berambus , tak payah menyemak kat sini! Pergi! " syifa menengking khairil dari dalam bilik. Biar puas hatinya dapat meluahkan perasaan 'cinta'nya itu kepada khairil.

Dia kembali mengemas pakaiannya. Ya, keputusan aku dah muktamad. Baik aku lari. Mungkin keluar negeri atau keluar negara untuk menenangkan diri. Setelah siap, aku mencari cara untuk keluar dari bilik yang tak serupa bilik kerana ulahku. Mata ku meliar melihat sekeliling bilik gelap itu untuk mencari jalan keluar. Mataku berhenti di langsir. Aku tersenyum sinis. Aku menyelak langsir itu seluas-luasnya lalu membuka tingkap. Aku melihat kebawah. Tanpa membuang masa aku melempar kebawah beg aku yang berisi pakaian tadi.

Setelah itu, aku mengangkat sebelah kaki aku untuk terjun kebawah. Aku tertawa kecil. Haha, aku memang dah gila.terjun dari tingkat 3 rumah agam ini. Tapi tak apa, luka sikit je pun. yang penting aku dapat keluar dari rumah nie.

Aku mula melangkah untuk keluar, tiba-tiba aku berasa pinggang aku di peluk lalu ditolak kembali masuk kedalam bilik. Aku memalingkan badan untuk melihat siapa yang menggagalkan misi pertama aku. Dia lagi! Ish memang nak dibagi penampar sulung agaknya!. Aku memandang khairil dengan muka bengis. Manakala khairil dengan muka risaunya. " syifa! Jangan macam nie boleh tak?Kalau awak luka nanti macam mana? Awak tak sayang mak ngan ayah awak ke?ada yang luka tak? Mari saya tengok" khairil mula membelek-belek muka syifa. Hampir gugur jantungnya melihat si jantung hati ingin melompat keluar tadi.

"kau-" belum sempat syifa membalas tiba-tiba pintu dibuka dari luar. "Oppss, sorry hihihi, adik tak sengaja. Adik nak jumpa dengan abang Dan tadi, terdengar suara abang Dan kat sini, tu adik terus masuk hihihi"terkejut nina melihat abangnya dan kakak syifa berpeluk sebegitu. Sambil tersenyum manis nina meminta maaf. "Eh, nina dari tadi abang syah cari,sini rupanya. Mummy cari tadi,minum susu tu habiska-" syahrul abang kepada syifa ikut terkejut melihat adiknya berpelukkan dengan khairil.Bukan main erat lagi mereka.seperti tidak mahu dilepaskan."Well, ada yang tak sabar rupanya" syahrul mula menyakat mereka berdua sambil mendukung tubuh kecil nina. Nina tertawa kecil melihat syahrul mula menyakat syifa dan khairil.

Mereka berdua yang baru tersedar terus menjarakkan diri masing-masing. "Tadi tu bang ada ti-tikus limpas arr, tadi tu. Tu syifa terpeluk budak nie tadi.. " syifa menjeling khairil meminta bantuan. "Ha'a, bang tadi ada tikus. Saya cuma tolong usirkan" khairil turut berpakat dengan syifa untuk berbohong. "Hemm, yelah,, ada tikus konon. Jom la keluar. Tak baik tau berdua-duaan di sini.lagipun, korang belum kawin lagi kalau nak berjumpa baik kat luar. Luar kan ramai orang. Jom la" syahrul mula mengajak mereka keluar dari bilik itu.

Langkah syahrul berhenti ketika melihat situasi bilik adiknya itu. Oh god! Bilik anak dara ke nie? Bersepahnye! "Adik, For goodness sake, Kemas bilik nie sekarang! Bersepahnye. " okok cerewet dah datang. "Awak khairil ikut keluar sekarang. Nanti kalau dah siap pergi bawah makan. Sekarang tak de alasan tak nak makan. Faham!"Khairil hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil melangkah keluar.manakala syifa hanya memandang abangnya. Sempat nina melambai dan tersenyum manis kepadanya.

Ishh! Nie semua gara-gara khairil! Kalau tak aku mungkin dah bebas dari sini. Argh!

To be continued..

***

Hai guys! This is my 1st book in wattpad. Hope you guys enjoy read my story! Ringan-ringankan lah tangan tu untuk vote cerita nie ye? Oh ye, korng pun boleh komen, kritik je kekurangan cerita nie k? Kalau takda macam mane i nak tau kesalahan i, so komen je ye? Ok la tu je. Bye.. 🙌muah sikit dari i.. 😘

Aku Tak Sangka Kau PsychoWhere stories live. Discover now