episode 3

161 4 0
                                    

Syifa bersiap-siap untuk pergi dari rumah itu. Dia mula ke misi awal. Dia akan pergi.  Tapi ada sedikit berlainan dalam misi kali ini. Syifa memandang jam diatas meja solek. Jam menunjukkan pukul 2:36 pagi. Syifa segera menyimpan barang kedalam beg.  Tak lupa pasportnya sekali.

Perlahan-lahan aku keluar dari bilik itu. Semua gelap hanya ada lampu-lampu kecil yang berada di dinding.aku menuruni tangga satu demi satu dengan perlahan supaya tiada Yang terbangun daripada tidur. Setelah sampai ketingkat paling bawah,  aku memeriksa sekeliling takut Ada bibi Yang masih terjaga.  Aku menghela nafas lega.

Baru sahaja kakiku melangkah,  ada yang keluar dari bilik. Cepat-cepat aku sembunyi dibalik dinding. Ish!  Siapa pulak tu?!.  Aku mengintip dari dinding melihat gerangan tersebut.

Mata aku membesar tanda terkejut. OMG!mak.. Buat apa pulak mak keluar pagi-pagi buta nie?. Aku perhati je mak pergi mana. Oh,  pergi dapur. Mungkin ingin melegakan tekak. Hmm, perhati punya perhati mak pun akhirnya balik semula kebiliknya. Ok,  sekarang dah aman, baik aku pergi cepat dari rumah sebelum ada halangan lain nanti berlaku.

♚♚♚

Khairil bangun dari pembaringannya. Baru beberapa jam dia dapat tidur,  tapi dia rasa seperti ada yang tak kena dengan hatinya. Dia rasa gelisah. Hah,  mungkin cuma perasaannya saja.

Dia bangun dari tempat tidurnya. Lalu keluar koridor.  Menghirup udara pagi yang menyegarkan. Dari situ dia dapat menenangkan fikiran dari berserabut. Dia tidak masalah dengan sejuk yang menusuk-nusuk bulu romanya.

'Wahai hati,  kenapa aku rasa gelisah sangat nie?  Sehingga pagi-pagi buta aku terbangun. Baru beberapa jam aku tidur dan sekarang aku terbangun lagi. Tambahan pula dengan perasaan yang gelisah.  Wahai hati,  adakah engkau ingin aku sakit?atau gara-gara tadi aku bermimpi syifa? Pujaan hatiku,hidupku,cintaku..'Khairil ketawa kecil dengan kelakuannya pagi ini. Merapu semacam.Tapi itu hanya untuk menyedapkan hatinya dari kegelisahan yang dari tadi tidak dapat dibendungnya.

Ketika dia meliarkan pandangan melihat perumahan berteres yang berhadapan rumahnya,Tiba-tiba dia melihat seseorang keluar daripada rumah jirannya, iaitu rumah syifa. Membuntang matanya melihat syifa keluar daripada rumah agam itu mengendap-ngendap seperti pencuri.khairil mengusap-ngusap matanya takut tersalah pandang.

'Ish! Tu memang syifa! Dia nak lari ke?' Aku pantas mengambil lampu suluh. Aku menyuluh syifa dari tingkat 2 rumah aku. Syifa berhenti. Dia menggunakan tangannya menghalang cahaya yang aku arahkan padanya. "Syifa?! Awak nak kemana tu?" Soalku padanya.syifa tidak membalas. "Awak, nak saya teman ke?" Soalku lagi.syifa masih diam. "Awak jangan lari saya pergi bawah. Tunggu tau!" Kataku sedikit perlahan agar jiran tidak terganggu.

Ketika aku mahu masuk kedalam bilik semula sempat aku memberi amaran kepada syifa agar dia tidak lari. "Awak, jangan lari tau, kalau awak lari saya bangunkan satu complex nie biar semua bangun." Hmm, aku harap dia makan amaran aku. Takut pulak dia tak percaya dan lari terus."ingat tu !" Aku turun kebawah cepat-cepat tak lupa bawa jaket. Luar sejuk, lagi pun tadi aku tak nampak syifa pakai jacket dia cuma pakai t-shirt lengan panjang.

Setelah sampai aku segera memakaikan syifa jacket. Dia tak membantah.aku berdiri dihadapannya. Sedikit menunduk untuk melihat wajahnya." Awak nak pergi mana?" Kataku sambil memandang tepat kematanya.

Pipiku terasa panas ketika dia dekat sekali denganku. Nafasnya terkena pipiku tanpa sengaja membuat pipiku semakin memerah. OMG! Jantung aku. berdetak tak keruan sekarang. Ish! Kenapa aku nie? Sedar syifa sedar!."err, nak ,nak .." aku menggaru kepalaku yang sebenarnya tidak gatal. Mak! Mamat nie apasal boleh bangun pagi-pagi buta nie? Insomnia ke apa?

"Syifa, awak nak??" Tanya semakin dekat. Omg, cuma tuhan je tahu rasa aku sekarang nie. Kaki nie pun satu, kenapa tak nak gerak nie?ke aku dah lumpuh? Eh merepek pulak kau syifa. Tanpa sedar syifa menepuk kepalanya sendiri. Khairil yang memandang syifa dari tadi menjadi pelik apabila syifa membuat perbuatan tersebut. "Saya nak pergi jogging!" Melatah akutanpa sedar. Alamak! Melatah la pulak pagi-pagi buta nie! Tersampuk apa kau nie syifa? Ke kau salah makan? Ish merepek lagi! Bodohnya kau.hmm.

Kharil mengerutkan keningnya. "Jogging? Pagi-pagi buta nie?" Khairil mengerlingkan pandangannya ke hp. Baru pukul 3:12a.m. sah, syifa mesti ada niat tak baik nie. Tak patut la nak jogging pagi butanie dengan baju tidur lengan panjang, bawa beg pakaian bagai. Mesti nak lari nie. " hmm, syifa, syifa awak Ingat saya tak tau ke? Awak nak larikan?" Khairil melipat tangannya tegak memandang syifa. Syifa diam menunduk,tidak dapat berkata apa-apa lagi kepalanya buntu."kau jangan nak lari la. Well, aku dah kenal kau dari kecik syifa. So, jangan nak mimpi lari dengan semudah tu."agak terkejut syifa dengan perubahan percakapan khairil. Tanpa sengaja kerana terlalu terkejut di menegakkan kepalanya memandang khairil. Dari auranya sahaja dia sudah tau dihadapannya bukan la khairil yang dia kenal. Khairil yang ini seperti lebih seram berbanding khairil yang dulu.

Dengan senyuman yang sinis khairil menarik jacketnya yang dipakai oleh syifa. "Kenapa awak nie? Main tarik-tarik pulak, saya ada kaki la tak payah nak tarik! Lepas!"syifa cuba melepaskan diri dari khairil."oo, pandai pulak kau sopan ye? Ingatkan da takda ayat sopan kat mulut kau tu yang keluar selalu ayat yang menyakitkan hati!betul tak?" Khairil tidak mempedulikan syifa terus saja dia tarik kembali ke rumah syifa. Sampai dirumah syifa,khairil memberi amaran. "Kau diam! Kalau tak aku bagi tau mak bapak kau, kau lari dari rumah, biar dorang malu. faham!" Katanya tak ubah seperti ugutan.  Syifa mengetap bibirnya tanda geram. 'Talam dua muka rupanya si khairil nie' desis hati syifa.

"Kau jangan nak lari lagi. Kalau aku nampak lagi tau la aku nak buat apa " khairil mula melepaskan tangannya sari jaket yang dipakai oleh syifa."dah, sekarang kau masuk, aku nak kau tidur. Esok kau kena bangun awal, aku jemput kau sharp 9 esok. " syifa mengerutkan kenignya." Apa maksud kau?" Syifa pelik, kenapa dia perlu bersiap esok?." Jangan nak banyak tanya,kau cuma nak kau bersiap esok! Kalau kau lambat seminit kau kena denda! Well kau mesti tak suka dengan denda nie". Syifa mengetap bibirya kembali. 'Gila punya mamat! Mamat talam dua muka!. Terus sahaja syifa masuk kedalam rumah itu kembali dan tanpa ragu menghempas pintu utama rumah agam itu. Bergema suara hempasan pintu  diseluruh rumah agam itu.

Khairil diluar sedikit melangkah ke belakang apabila syifa masuk lalu menghempas pintu itu dengan kuat. Sempat dia melihat jelingan tajam dari syifa."childish, nak lepaskan marahpun dengan pintu! Buak-budak betul.." setelah itu, khairil mula mengambil langkah unuk keluar dari kawasan rumah tersebut kembali kerumahnya. Entah mengapa sekarang hatinya lega dan senang untuk tidur.. tadi bukan main susah lagi. Senyuman yang tak lekang dari bibir  selalu menghias mukanya sejak dari rumah syifa. Sampai dia tak sedar bila dia tertidur.

***

Aku menghempaskan tubuhku diatas sofa. Tak larat aku nik ketingkat empat. Beg pakaian yang aku bawa tadi, aku letak di bahagian single sit. Alamak! Lupa pula nak bagi balik jaket dia. Tak pe la esok dapat bagi. Aku termenung seketika diruang tamu keseorangan. Aku tak takut dengan kedaan sunyi diruang tamu itu, aku hanya fokus mendengar serangga malam yang merdu menemani kesunyianku ketika ini. Baru beberapa minit aku mula terlena ingin tidur.tetapi seperti ada yang memandangku.

Aku mula-mula tidak menghiraukannya kerana terlalu mengantuk. Tapi bayangan itu terlalu menggangu aku untuk tidur. Dengan perlahan-lahan aku cuba membuka mata."argghhhhhh!!!" Serentak aku dan seseorang itu berteriak. Apakah? . Aku segera menggosok mataku. Hampir gugur jantungku. Aku cuba mengawal  perasaan. " cik, ngak apa- apa?". Eh macam suara bibi dijah?. Perlahan-lahan aku buka mataku yang aku tutup tadi. " bibi dijah?" Mulutku sedikit terbuka kerana terlalu terkejut." Ya cik?" . Aku mengeluh. Alahai bibi bagi spot jantung!.

"Bibi ngapain?" Aku menyoal bibi dijah. Sengaja ku menggunakan bahasa indo" Maaf non, tadi saya denger pintunya ditutup kuat, jadi saya kesini mastiin,takut-takut ada pencuri masuk." Bibi meminta maaf sambil menyatukan kedua-dua tangannya. Aku tertawa kecil." Ya udah ngak papa, balik sana gih aku mau tidur." Aku menghalau bibi dijah. Ya, seperti kasar tapi percaya dengan aku ,aku cuma bergurau." Kok non ngak tidur dikamar? Nanti non pegal-pegal lagi" aku menggeleng kepala. "Ngak apa-apa kok bi, sana bi aku mau tidur." Kata aku lagi.bibi dijah pun mengalah tapi belum beberapa langkah, bibi dijah berpaling. "Non mau saya buatkan air ngak?" Oh god! Bibi,bibi. "Ngak usah bibi.." aku bangun dari sofa lalu menolak manja bibi agar kembali ke biliknya." Goodnight bi" sempat aku mengucapkan selamat tidur kepada bibi dijah."malem non" aku melambai kecil sambil memberi senyuman.

Setelah menghantar bibi dijah, aku tidur semula di sofa panjang itu. Belum sempat aku terlelap khairil menjengah tiba-tiba dalam fikiran aku.terus saja aku menggeleng kepala. Baik aku doa dulu.selesai doa tidur, aku tidur dengan nyenyak dan kali nie tiada gangguan lagi. Thanks god.

Tbc

Today,1435 words.

***
Oh god, 3 hari buat nie.otak I memang jem sikit. Kalau nak buat cerita panjang pun susah.aish,,thanks to god I .

Plis vote and comment.

Aku Tak Sangka Kau PsychoWhere stories live. Discover now