episode 5

131 4 0
                                    

Tangan aku masih digenggam erat oleh khairil.  Haishh,, malu la!. Nak lepas, makin kuat pulak dia genggam. Dah la langkah dia besar. Aku nie pulak kaki mcm itik!  mcm kena heret dia. Ish!  Benci la kalau macam nie!.

"Khairil,  perlahan la sikit.. Tau la kaki awak panjang.. Saya pendek je" aku mengeluh.

Khairil berhenti. Dia pandang aku. Arr,, ok..  Dia Nak marah ke?

"Sorry,, khairil nak jumpa orang penting, so mesti cepat la.. "Sambil melihat jam tangan.  Aku menghembus nafas lega. Ingatkan apa tadi.

"Syifa nak tunggu sini or nak ikut masuk? " aku melihat tempat duduk sofa yang ditunjukkan khairil. Eh, dh sampai ke?  Tk sedar laa..

"Err,, saya tunggu sini la. " khairil menghantar aku ke tempat duduk. Ish,  aku dah besar la!  Tak payah la hantar. Dia ingat kita nak limpas jalan raya ke apa?!

"Syifa duduk sini diam-diam tau,  jangan lari!  Staf khairil banyak sini, kalau syifa lari khairil tau. " cakap dia relax sambil membelai rambut panjang ku lembut.

"Saya bukan budak kecik la " kataku tegas.

"Sebab syifa bukan budak kecik la, khairil bagi warning awal-awal " ketawa kecil lalu mencubit pipi gebu syifa.

Aduhh mak!  Sakit!  Pipi aku pulak jadi mangsa. Kesian pipi aku yang comel nie.. Hmm.

****

Lama pulak dia meeting. Hmm. Kalau tau dia nak ajak aku gik sini tadi, cuma nak tunggu dia mcm nak tunggu giliran kat hospital, baik tak payah ikut!. Bosan!

Main handphone, berapa peratus je ada, baik aku save bateri.

Argghh! Bosan!  Hmm,, nak buat apa erk?  Aku melihat ke atas seperti ada jawapan kat atas tu. Haha. Ok tak lawak.

Tapi bosan la...khairil lama sangat meeting,, nak mereput aku tunggu kat sini. Nak lari, staf dia ada. Tengok aku mcm nak telan je. Kecut pulak aku.

Teringat pulak aku masa kecil. Hahaha.. Lucu pulak. Hmm, rindu pulak dengan dia, dah lama tak lepak dengan dia, tak sembang dengan dia, makan aiskrim ngan dia. Hah, dia lah pelindung aku masa kecil dulu, yang selalu teman aku kesana, kesini. Teman aku yang paling aku sayang.

Sejak aku terikat dengan khairil,  aku jarang dah jumpa dia..bukan jarang tapi langsung tak pernah dah jumpa.. Aishh,, no handphone dia pun tak active. Kau gik mana arr?  Aku rindu kau. Kau la abang kedua bagi aku selain abang syahrul. Kalau abang syahrul sebok dengan activity sekolah, kau selalu teman aku main. Hahaha.

Aku ketawa kecil keseorangan.

****

Aku melihat jam di tangan. Mesti syifa lama tunggu aku. Kesian dia. "Saya rasa semua dah setuju, so kita akhirkan meeting. Semua boleh besurai. "Aku keluar dari ruangan meeting .

Ketawa kecil aku melihat syifa tertidur di sofa. 'Haiihh,, letih ke tunggu. ' muka syifa ku lihat, walaupun orang anggap kau biasa, tapi bagi aku kau luar biasa syifa.

Hahaha,, sempat lagi buat ayat. Syifa bukannya dengar pun. Aduhh,, sayang, cepat la masa berlalu aku nak hidup kita je, lain tak nak. Just awak je. Alamak, aku makan banyak gula ke pagi tadi?. Haha, entah la.

Dah puas tenung muka dia, aku angkat syifa. Aku tak hirau kan pandangan staf aku. Dorang dah tau syifa bini aku so, do i care. Opps,, bini?  Tunang.. Ha,, tu baru betul. Bini tu,, soon,, veeery soon.. Hehe.. Gatal eh kau khairil. Biasa la lelaki. Hahaha

****
Aku merenggangkan segala otot setelah sekian lama tidur. Eh, kat mana aku nie? Bukan ke tadi aku kat sofa? Hmm.

"wehh,, agak-agak la nak renggangkan tangan tu,  muka aku hencem nie pulak jadi mangsa ditolak tangan gemuk kau tu" syifa pandang ke arah suara yang berada di sisinya. Erk,, bila masa pulak dia ada kat sini?

"opps, sorry" ditarik tangannya kembali. Khairil menggelengkan kepalanya.budak kecik btul, nasib sayang. Eh?

"kita makan dulu lah eh, dah masuk masa lunch nie" aku sekedar mengangguk sahaja.

"awak nak makan mana?  Mcd? Kfc? Or pizza hut? Smua dekat je dri tempat tujuan kita" katanya sambil fokus memandu. Syifa menggunakan jari telunjuknya lalu mengetuk(?) perlahan bibirnya tanda berfikir. Khairil yang sekilas memandang hanya tersenyum kecil.  Argh, comel la pulak, ish!  Bahaya nie,angau gila aku sekarang.

Setelah sekian lama berfikir ,syifa akhirnya membuat keputusan. " kita makan kedai tepi jalan tu je la" ditunjuk kedai melayu ditepi jalan. Khairil melihat yang ditunjuk syifa. Eh, kedai tu?  Biar btul?

"kita cari tempat lain la" khairil seperti tidak setuju. "so nak makan mana? " syifa bertanya. Tapi lain sikit gayanya,  seperti merajuk!  Eh tak kan cuma tu ja nak merajuk?  Ish,  budak-budak la syifa nie.

"ok ok,  kita makan kat sana" khairil tersenyum. "tapi ada syarat nya" khairil menyambung semula. "apa dia? " syifa memandang khairil kusyuk. " kalau jumpa kawan khairil,  jangan dengar apa-apa yang dia cakap. Dia lain sikit, kadang-kadang dia biol. So jangan dengar ok? " syifa mengangguk laju. Yes!  Dapat makan!

Syifa dan khairil keluar dari kereta. Tak lupa kereta dikunci. Laju syifa sampai, sehingga terlupa kalau dia datang bersama khairil. Sedangkan Khairil hanya membiarkan.

Syifa meliarkan pandangannya di restoran melayu itu. Hah!  Dapat pun. Dia menuju ke satu meja yang kosong.

Khairil tiba-tiba disapa oleh seorang pelayan lelaki. " uishh, bro lama tak datang  sini apa cerita? " lelaki pelayan yang berkulit sawo matang dan ada iras-iras orang chinese menyapa khairil dengan semangatnya. "eh,  kau sean?  Tak kerja ke?  Aku saja je singgah,biasa la isi perut dulu. Alang-alang limpas sini. " balas khairil mesra. Tapi dalam hati dah gelaabah semacam.  Diliarkan matanya mencari syifa.

Oh, situ dia duduk.

Sean yang sedar khairil mencari sesuatu, terus ikut meliarkan pandangan.

"kau cari siapa khairil? " ditanya soalan yang ingin dijauhkan khairil. Sangat ingin dijauhkan!

"er, er " di  usap belakng tengkuknya tanda gugup. "er-er, kau dah gagap ke khairil? "dipegang bahu khairil. "a-aku cari mak kau arr, lama tak jumpa.mana dia? " sean ketawa,  besar pulak tu. Tau la resti nie keluarga dia punya. Tpi perlahan la sikit customer tengah makan tu.

"kau ada langggar tiang or luka kan kepala kau mr khairill? Tiba-tiba tanya khabar mak aku. Apa sebok kau?  Selama aku kawan ngan kau tak pernah tanya khabar. Hmm, kau mesti ada hal lain kan? " uishh,, makin la gelabah si khairil. Berpeluh dahinya.  Padahal tak laripun.

"ouhh,, aku tau"sekali lagi sean meliarkan pandangannya. "kau suka mak aku kan?! " erk?!  Kesitu pulak?

"sorry la sean,  walaupun mak kau memang lawa sean, aku masih sedar umur dia tu sebaya ngan mak aku.lagipun aku percaya mak kau masih setia ngan ayah kau. " aku membalas relax.

" so you ngan siapa datang? " sean bertanya.  Berubah sudah cara percakapan nya tadi. Tadi main-main je.tak sangka la,  khairil ambil serius sampai gelabah tadi. Hahaha.

"aku-"

****
To be continued

Agak-agak kenapa erk, khairil mcm takut kalau sean jumpa syifa? Hmm. Makin tak sabar lah pulak nak tau. So, jgn lupa nak vote n comment banyak erk,  mana tau salah satu comment tu memang tepat jawapan dia. Hehehe

Aku Tak Sangka Kau PsychoWhere stories live. Discover now