📅 SETAHUN KEMUDIAN 📅😶
JIN menyimpan air mineral di dlm peti sejuk. Berkotak-kotak air mineral dan pelbagai jenis air lain berada sisi kanan JIN. "Hoi, budak. Telefon kau berbunyi lah. Tak dengar ke? PEKAK?!! Bising tahu tak!! Aku buang kang!!". JIN hanya mampu memohon maaf kepada lelaki botak yg kurang ajar di depannya itu. Nak buat macam mana, dia adalah senior di kedai serbaneka ini. Sudah menjadi satu tradisi utk seorang junior dan juga pekerja bawahan macam JIN utk mengikut perintah.
Satu miscall dari Leah. Kenapa Leah tiba-tiba telefon JIN? Tak lama selepas itu, panggilan masuk dari Leah lagi. Mesti ada hal mustahak teka JIN. "Helo, JIN ada tak?"soal Leah.
"Ye, ni aku, JIN. Maaf sebab tak dpt angkat call kau tadi. Aku tengah kerja ni. Kenapa kau call aku?" JIN yg memang dah biasa menggelarkan dirinya KAU dan AKU apabila bercakap dng Leah. Leah pun menggelarkan dirinya KAU dan AKU bila bercakap dng JIN. Dengan cara ini mereka nampak lebih mesra.
"Tak apa. Ni, aku nak tnya sikit. Esok kau pe sekolah tak ?"-Leah
"Oh, mestilah aku pergi. Esok kan hari yg penting utk kita. Nanti kita pergi sekolah sama-sama." ajak JIN. JIN tersenyum lebar. Tak sabar nak tunggu esok.
🎭
JIN dan Leah melangkan masuk ke dlm dewan sekolah. Sudah tiga bulan mereka tidak menjejakkan kaki ke sekolah ini. Selepas tamat peperiksaan yg paling penting dlm hidup mereka, mereka terus membawa haluan masing-masing. Contohnya JIN. Dia bekerja di kedai serbaneka. Nak cari duit sikit katakan. Bolehlah dia simpan sikit duit utk membayar kos pembelajarannya ke kolej. Itu pun kalau keputusannya cemerlang.
"Kau rasa kau dapat berapa A??" Soal Leah kepada JIN.
"Aku dpt 3A pun cukup. Aku dah simpan duit utk pergi ke kolej bayar. Kalau nak pergi ke kolej kerajaan kena org pandai. Org macam aku ni,..mana dorang nak." JIN bercakap dng jujur. Leah dan JIN sama-sama ketawa kecil.
Mira hanya memerhatikan JIN dari satu sudut yg jauh. Bibirnya muncung macam burung melihat JIN gembira dng Leah. Walaupun Mira tahu yg Leah kawan baik JIN,..dan perhubungannya dng JIN sudah tamat. Tetapi, dia masih lagi berasa dengki. Dengki yg Leah semakin rapat dng JIN dan dengki yg JIN tak rasa sedih pun berpisah dengan nya. Perkara ini membuat Mira marah. Mira menangis tiga hari tiga malam tetapi JIN tak terkesan pun dng perpisahan mereka. Kurang asam punya lelaki.
JIN berjalan menuju ke bilik tinju sekolah. Terasa bangga bila semua budak di sana menyapa JIN dng mesra. Terpapar gambar JIN memenangi perlawanan tinju peringkat negeri tiga tahun berturut-turut di papan kenyataan di satu sudut di dalam bilik tinju itu. Berkat kejayaan JIN, nama sekolah itu telah naik sebagai satu sekolah yg bukan sahaja dpt melahirkan insan yg berjaya dlm bidang perubatan, perguruan, ataupun undang-undang, ..malah mampu juga melahirkan insan yg berjaya dlm bidang sukan dan berpotensi menjadi atlet seperti JIN.
"Hoi, jauh mengelamun. Dah sampai Malaysia ke??" Usik Leah. JIN hanya tersenyum. "Dah lah tu. Jom pergi dewan balik. Keputusan peperiksaan dah nak keluar ni." JIN mengikut jejak Leah dri belakang. Entah kenapa JIN berasa tak bersemangat seperti selalu selepas melawat bilik tinju.
🎭
"Pelajar terbaik tahun ini ialah Kim Mira. Dia telah mendapat 10 A+. Tahniah diucapkan kepada Kim Mira."-guru besar
Semua org dah sangka dia akan dpt straight A+. Pelbagai senario dpt disaksikan di dlm dewan itu. Ada yg menangis. Ada yg gembira. JIN pula hanya duduk diam macam tiang elektrik di hujung sudut kanan dewan. Sendiri. Dari riak wajah JIN nampak macam sedih tapi, bila diperhati lama-lama terukir senyuman sekali-sekala di bibirnya. Entah kenapa budak ini?
YOU ARE READING
BABY, I'M SORRY! /ON GOING
FanficWatak utama:JIN,Mira,Leah 🎭 Hidup bagaikan air yg mengalir. Setiap detik tidak akan berulang. Manis dan pahit harus ditelan, beredar bersama waktu.