Aku memohon maaf tatkala aku sedar bahawa aku tinggalkan kau dalam keadaan yang aku sendiri tidak ingin.
Jujur hati kata tidak tapi inilah mungkin pilihan terbaik yang aku ada.
Aku mungkin akan menyesalinya. Maaf. Ini juga untuk kebaikan kau.
Pergilah. Bawa pergi kasih yang ku lontarkan kepada kau.
Jangan pulangkan ia sehingga aku ingin memohonnya kembali.
Kau mungkin fikir aku ini ego. Pentingkan diri sendiri.
TETAPI
Kau harus sedar bahawa apa yang aku lakukan bukan untuk aku tapi untuk kau.
Suatu hari nanti kau akan tahu juga apa yang tersingkap di dalam mindaku.
YOU ARE READING
Interlude
PoetryInterlude bermaksud jurang ataupun "gap" ianya juga bermaksud "pause". Sama seperti kehidupan kita, dimana ketika kita bergembira pasti ada jurang di mana kita akan tersungkur. Ketika itu, kita mempunyai pilihan untuk teruskan "pause" kan kehidupan...