Aku ingin berkata,
Kadang kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan ujian.
Kadang kita seakan tidak mampu untuk melaluinya.
Bagai dihiris duka lara dihati, parutnya tak akan pergi.
Bagai air terjun yang mencurah jatuh ke bumi, begitu juga mata mengalir membasahi pipi.
Mengharapkan sesuatu tak akan pergi, perginya tak akan kembali.
Jujur aku kata. Aku tidak kuat juga.
Kadang aku juga tersungkur dan perlukan sokongan untuk bangun.
Di mana aku perlukan seseorang untuk mendengar cerita kisah ku tatkala ku bersedih bagai sepinya yang tak ada erti.
Biarlah kita jatuh dan bangun dengan kemenangan.
Janganlah biarkan diri tersungkur dan tersandar dengan kekalahan.
Bangun. Dengan redha bersamaNya di hati.
InsyaAllah akan bangkit juga dengan semangat yang lebih baik daripada hari yang lalu.
Senyumlah dengan hati terbuka. Dengan seikhlas hati nurani.
Hadapi dugaan mu dengan tenang dan jangan sesekali menyesalinya.
Disebalik kedukaan, ada kegembiraan menanti.
YOU ARE READING
Interlude
PoetryInterlude bermaksud jurang ataupun "gap" ianya juga bermaksud "pause". Sama seperti kehidupan kita, dimana ketika kita bergembira pasti ada jurang di mana kita akan tersungkur. Ketika itu, kita mempunyai pilihan untuk teruskan "pause" kan kehidupan...