rindu

78 3 0
                                    

Entahlah,  aku rasa sangat rindu
Tulisan ini hanya sekadar coretan yang menggambarkan rasa rindu aku kepada arwah Wan.
Walaupun hanya sempat merasakan kehadirannya selama 10 tahun sepanjang hidup aku,  dia seorang insan yang selalu aku kagumi.

Wan Hasnah,  seorang insan yang tak lokek,  peramah dan baik hati. Dia seorang nenek yang sangat aku sayangi.  Aku tahu,  rasa rindu ini aku patut ubati dengan menghadiahkan beliau alfatihah ataupun yasin,  tapi aku masih mahu mencoretkan sesuatu. Rindu dan rindu.

Dia menanggung rasa perit dan sakit akibat kencing manis.  Dan dia jatuh sakit hampir setahun. Dan aku dikejutkan dengan kematiannya disaat hari pertama aku melangkahkan kaki ke sekolah di darjah 4.

Saban hari,  aq melihat mak saudara aku menangis dan mereka saling memujuk antara satu sama lain.  Disaat pemergian arwah,  arwah kelihatan sangat tenang.

Aku ingat lagi,  kalau aku pulang ke kampung,  tibanya saat untuk tidur dan kami masih bising,  dia selalu cakap " jangan bising,  nanti mamat kedodok datang ambil " dan aku percayakannnya.

Semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman ❤

A K U .Where stories live. Discover now