-NAMSAN TOWER-
Jam tangan berjenama Aigner yang berharga hampir 2 juta won pemberian Woo Fan sewaktu ulang tahun hubungan mereka yang pertama, dijeling sekilas. Hampir dua jam Ji Hyo menunggu Woo Fan.
Telefon bimbit di tangan banyak kali di belek, mengharapkan balasan chat atau panggilan dari Woo Fan. Saat itu mula terdetik rasa sedih, kecewa mungkin juga marah pada Woo Fan. Ji Hyo terasa sedikit lesu lebih-lebih lagi sejuk bulan disember menyelubungi tubuhnya.
Tapi no matter what, Ji Hyo tetap menunggu. Baginya malam ini adalah malam paling bermakna dan Ji Hyo takkan sesekali mengikar janji selagi tidak bertemu dengan Woo fan.
Tiba-tiba, suasana yang cerah dengan lampu hiasan di tower dan pokok-pokok menjadi malap. Rasa panik hadir, melihat sekeliling yang hanya sepasang kekasih di bangku hujung jauh darinya juga sekempulan remaja dia depan Namsan Tower. 'Kenapa pulak gelap tiba-tiba ni?' detik hati Ji Hyo. Hampir menangis dibuatnya.
Seketika, kedengaran petikan gitar dari arah belakangnya. Ji Hyo yang sedikit terkejut terus menoleh.
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing going to stop me
But divine intervasion
I reckon it's again my turn
To win some or learn some
But i won't hesitate
No more, no more
It's cannot wait, i'm yours...Kelihatan susuk yang dinantikan. Woo Fan menyanyikan antara lagu favourite Ji Hyo *I'M YOURS oleh Jason Marz dengan berlatarkan petikan gitar yang diberi olehnya pada Woo Fan semasa hari jadi Woo Fan tahun lepas.
Perasaan terharu dan bahagia ketika itu bercampur baur sehinggakan Ji Hyo menitiskan air mata kegembiraanya, betapa romantiknya Woo Fan terhadap dirinya. Usai menghabiskan nyanyian tadi, Woo Fan menyandarkan gitar di sisi bangku belakangnya lalu memdekati Ji Hyo.
"Alolo... sayang saya ni terharu yaa.." sakat Woo Fan sambil menyeka air mata di pipi kekasih hatinya itu dengan belakang tangan. Dada milik Woo Fan di tolak perlahan olehnya. Ji Hyo tersenyum bila dilayan begitu. Dalam masa yang sama, dia berasa sedikit geram dengan Woo Fan.Mereka tergelak bersama. Tangan halus Ji Hyo dicapai dan digenggam Woo Fan, Ji Hyo juga membalas sentuhan itu. "Thank you sayang. Thanks sebab sayangkan saya dan cintakan saya sampai sekarang ni.." ucap Ji Hyo menahan sebak.
"There's no need to complicate and our time is short. This is ours fate Im yours sayang. Saya janji akan selalu sayang dan cintakan awak sampai maut menjemput kita" Lembut pipi Ji Hyo diusap lalu Woo Fan mencium dahi Ji Hyo.
Mereka berpegangan tangan sambil menikmati malam terindah itu walaupun dingin mencuit tubuh mereka. "Sayang, ingat tak first time kita jumpa?" soal Woo Fan tiba-tiba.
Ji Hyo yang melentukkan kepala di bahu Woo Fan terus merenung Woo Fan. Gelaknya ditahan, otak mula mengimbas waktu pertama kali mereka berlanggar.
YOU ARE READING
My Perfect Wife
FanfictionBila dah sayang, umur bukan penghalang. Itu adalah pendapat Woo Fan apabila dia jatuh cinta dgn senior satu college, Ji Hyo. Kenal, bercinta dan berkahwin semudah petik jari tapi... "Marry her!" - Ji Hyo "Okay I'll!" - Woo Fan How next? Sad or Happy...