Bab 3

3.7K 123 28
                                    

Terasa mahu tersembul keluar kedua-dua belah biji mata Aidil Harith memandang si kecil molek yang sedang menyembunyikan tubuh di belakang Datin Mariam.
Tahu pun takut! Sewaktu 'budak kecik' tu mengurung dia sebagai tuan rumah di luar rumah tak tahu takut pulak? Terus fikirannya melayang ke kejadian sejam yang lepas...

"Keluar! Keluar! Keluar!" Fitri sudah menjerit nyaring sambil pisau yang tadinya jatuh menikam lantai diambil semula. Pisau tersebut kini diacukan ke arah Aidil.
"Eh, this is my house. Kenapa I pulak yang kena keluar?" Soal Aidil tidak berpuas hati. Dalam berani, dia takut juga jika perempuan di hadapannya bertindak gila. Yalah, dengan pisau di tangan lagi.
"Keluar! Keluar! Keluar!" Jeritan Fitri semakin nyaring. Pandang banyak kali dah serupa gaya orang tak siuman. Pandang lagi sekali sudah layak menjadi penduduk di hospital mental. Biarlah lelaki di hadapannya ingat dia tidak siuman daripada tak pasal-pasal kena tangkap basah pulak. Itu memang boleh jadi mental betul-betul!
Pintu utama dibuka kasar oleh Fitri dan dengan menggunakan isyarat mata dan pisau di tangan, Aidil disuruh keluar.
Bulat mata Aidil memandang Fitri. Takkanlah nak keluar dengan keadaan half-naked macam ni? Nanti orang luar ingat dia yang gila. Bukannya minah di hadapan dia ni!
"Keluar!"
Terpaksalah Aidil redha dan keluar. Ini baru betul tinggal sehelai sepinggang je. Tinggal sehelai tuala sahaja!
"Dum!" Pintu dihempas kuat betul-betul di hadapan wajah kacak Aidil.
"Seriously?" Aidil memandang pintu rumah sendiri yang sudah tertutup rapat. Biar betul dia kena halau daripada rumah sendiri? Password rumah cuba ditekan tetapi Fitri sudah menyelak dan mengunci pintu rumahnya. Macam mana pintu rumah nak terbuka? Tangan meraba-raba ke sisi, kononnya mahu mencari telefon bimbit.
"Allah!" Dahi sendiri ditepuk. Kan dia kena halau keluar sehelai sepinggang je? Mana datangnya telefon bimbit pulak?
Anak mata sudah melingas ke kiri dan ke kanan dengan peluh dingin yang menuruni belakang tubuh. Nasib baiklah hari ini hari Isnin. Jadi, keadaan di hallway ini sunyi. Lagipun kawasan sini memang tak ada semangat kejiranan sangat. Dia cuma pernah berjumpa beberapa kali dengan family dari negara Korea Selatan yang merupakan jiran di sebelah rumah dan lelaki warganegara Britain yang merupakan jiran di hadapan rumahnya.
Mana dia nak sorokkan wajah dia sendiri kalau tiba-tiba ada guard ataupun jiran-jiran yang lalu lalang dan nampak keadaan dia sekarang? Confirm setahun tak keluar rumah agaknya!
"Sir?"
Suara yang menegur dengan slanga asing itu membuatkan darahnya kering.
"Please go away, just go away!" Aidil menggumam sendirian. Kulit wajah yang sedang menghadap pintu rumah sudah terasa berbahang.
"Sir?" Suara guard berbangsa Myanmar itu menyoal kembali.
Terpaksalah Aidil memusingkan tubuh dengan kulit wajah yang sudah terasa tebal berinci-inci.
Terus memerah wajah guard bernama Babu itu. Mak aihh!
"Mr Aidil?" Soal Babu; terkejut. Sejak bila Mr Aidil ini bertukar karier menjadi model tuala mandi?
"Errr... I was locked outside. Yeah, it just happen that way." Balas Aidil. Segan pulak yang si Babu ni asyik menilik badannya. Buatnya kalau si Babu ni tak 'straight', naya dia!
"Do you need any help?" Soal Babu dengan anak mata yang tidak lepas-lepas memandang susuk tubuh Aidil.
"Yes, please!"
Babu mengangguk berulang kali.
"Sir,"
Suara Babu yang kembali memanggil itu menyebabkan Aidil tidak jadi untuk memusingkan tubuh menghadap pintu rumahnya semula.
"Yes?"
"Nice body!" Babu mengangkat kedua-dua belah ibu jarinya ke arah Aidil.
Jika tadi minah yang sedang mengurungnya menjerit nyaring, kini dia pula yang terasa mahu menjerit. Confirm lepas ni kena elakkan daripada terserempak dengan si Babu lagi!

"Aidil?"
Suara wanita yang tiba-tiba menegur membuatkan darah Aidil terasa kering kembali. Siapa pulaklah ni? Kenapa waktu inilah ada yang nak lalu lalang di hallway ini? Terpaksalah sekali lagi Aidil memusingkan tubuh.
"Mom!" Aidil menarik nafas lega apabila Datin Mariam yang sedang berdiri di belakangnya. Punyalah cuak sehinggakan suara ibu sendiri dah tak boleh nak cam!
"What are you doing here? Half-naked?" Soal Datin Mariam.
"Budak gila dekat dalam tu..."
Belum sempat Aidil menghabiskan ayatnya, Datin Mariam sudah ketawa. Berkerut-kerut dahi Aidil memandang Datin Mariam.
"Do you find it funny? Seeing your only son being locked outside of his own house; half-naked?" Soal Aidil pelik.
"I find it interesting, my dear." Datin Mariam menarik senyum. Sekali lagi dia tergelak memandang Aidil. IPhone dari dalam Louis Vuitton Neverfull GM Monogram dikeluarkan dan nombor Fitri dicari. Patutlah suara gadis itu seakan-akan mahu menangis sewaktu menelefonnya sebentar tadi. Rupa-rupanya Aidil balik awal sehari daripada tarikh yang sepatutnya.

***
"I minta maaf, Fitri. I betul-betul tak tahu yang Aidil tiba-tiba dah balik rumah hari ni." Tutur Datin Mariam dengan rasa bersalah. Tangan halus milik Fitri digenggam erat. Dia tahu gadis itu takut dengan pandangan mata tajam Aidil. Jika tidak, takkanlah Fitri asyik bersembunyi di belakang tubuhnya sejak tadi.
"Mom! Dia yang sepatutnya say sorry. She locked me outside of my own house; half-naked!" Ujar Aidil, bengang.
"Aidil Harith!"
Aidil senyap.
"Encik Aidil; kalau saya tak locked encik dekat luar rumah, saya takut saya kena tangkap basah dengan encik. Dahlah encik tu dalam keadaan yang mencurigakan. Eeee...tak nak saya! Daripada saya tak mental, saya boleh jadi mental betul-betul!" Balas Fitri berani. Nasib baiklah lelaki ini sudah lengkap berpakaian. Kalau tak, dia boleh mimpi ngeri malam ni!
Apabila Aidil menjegilkan biji matanya, terus Fitri kembali bersembunyi di belakang tubuh Datin Mariam. Datin Mariam yang sedari tadi memerhati, sudah tersenyum-senyum. Rasa-rasanya, kalau yang jenis terhegeh-hegeh mengejar Aidil, mereka lebih rela kena kunci sama-sama di dalam rumah dengan Aidil. Cuma Fitri Syafia ini lain. Dia boleh pula mengunci Aidil di luar rumah!
"Aidil kata esok baru balik?" Soal Datin Mariam sambil wajah anak tunggal dipandang lembut.
"Tukar schedule dengan Ayman. Sebab tu pagi tadi dah touchdown KLIA." Jawab Aidil. Dia masih mengantuk sebenarnya. Sampai sahaja di rumah pagi tadi, dia terus tidur dengan uniform yang masih tersarung di tubuh. Apabila tersedar, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Cepat-cepat dia menunaikan solat Zohor dan kemudiannya mandi. Keluar sahaja dari bilik mandi, memang dia terkejut beruk apabila ada tetamu tidak diundang di kawasan dapur studio apartment dia.
"Balik awal tak inform mom. Sebab tu mom minta Fitri hantar groceries hari ni." Balas Datin Mariam dan dia menarik perlahan tangan Fitri supaya tidak terus bersembunyi di belakang tubuhnya.
"Groceries? Siapa budak kecik ni?" Anak mata Aidil kembali tajam memandang Fitri. Kelam-kabut Fitri kembali ke belakang tubuh Datin Mariam.
"Tak eloklah panggil Fitri macam tu, Aidil." Tegur Datin Mariam. Sejak kecil dia mendidik anak tunggalnya dengan bekalan budi bahasa. Tambahan pula budaya Jepun juga sangat menitik beratkan budi bahasa.
"Lupa pulak nak kenalkan. Fitri; inilah my one and only son, Aidil Harith. Aidil, ni Fitri Syafia. Fitri ni personal shopper yang akan tolong belikan groceries Aidil mulai hari ni." Tambah Datin Mariam.
"Personal shopper?" Soal Aidil terkejut.
Datin Mariam angguk.
"Mom, setakat nak settlekan groceries je pun. I can do it myself." Balas Aidil tidak puas hati. Agaknya Datin Mariam lupa yang dia sudah berumur 29 tahun dan bukannya 19 tahun.
"Do it myself konon. Ingat mom tak tahu yang rumah Aidil ni tak cukup barang-barang makan? Fridge tu harapkan besar tapi kosong!"
Fitri yang hanya mendengar tanpa sedar mengiakan. Seumur hidup dia, dia tak pernah jumpa peti ais orang kaya yang kosong. Memang sangat kosong seolah-olah peti ais itu umpama hiasan rumah.
"Mom ajak tinggal sekali dekat Ampang, Aidil tak nak. Degil jugak nak tinggal sendiri. Kalau dah kahwin dan ada wife, mom faham." Datin Mariam jeda dan dia menoleh ke arah Fitri.
Fitri menelan liur. Ni dah kenapa main cak cak pandang dia? Tolonglah jangan buat permintaan pelik selepas ini. Contohnya; minta dia carikan calon isteri untuk 'the one and only' anak lelaki datin vogue ini.
"Sampai bila ni, mom? Takkanlah nak bagi orang yang tak dikenali keluar masuk rumah Aidil ni sesuka hati? Aidil tak ada dekat rumah pulak tu." Ujar Aidil sambil wajah Fitri yang sudah berubah dicuri pandang.
Fitri mengetap bibir. Dia dengar kut! Agak-agaklah kalau nak bercakap pun.
"At least untuk sepanjang Ramadan ni, Aidil. Lagipun mom kenal dengan Fitri. I trust her." Balas Datin Mariam dan tersenyum manis ke arah Fitri.
Berkerut-kerut dahi Fitri memandang Datin Mariam. Biar betul? Sejak bila pula dia dan datin vogue saling mengenali?
Sekali lagi Aidil memandang lama wajah Fitri membuatkan jantung Fitri terasa mengecut. Sepatutnya mata lelaki ini kena 'disekolahkan'.
"Okeylah. Nanti bagi I tengok you punya IC." Ujar Aidil tanpa riak.
"Hah?"
"Mykad you. Atau nama lainnya kad pengenalan." Balas Aidil dengan senyuman mengejek. Memang macam budak-budak kecik!
"Eh, kenapa pulak?" Soal Fitri tidak berpuas hati.
"Kenapa tak boleh pulak?" Soal Aidil kembali.
Fitri mengetap bibir. Memang sesuailah dengan panggilan 'the one and only' itu dengan lelaki ini. 'The one and only' mamat kerek! Sesuai sangat! Tak pasal-pasal susut pahala puasa dia hari ini.
"I nak verify you punya identiti dan buat background check. Sekarang ni banyak sangat kes PATI."
"PATI?" Darah Fitri sudah terasa mendidih. Dia yang cun-melecun ni boleh Aidil samakan dengan PATI?
"Encik Aidil yang tak adil!" Tutur Fitri berani.
"Pardon?"
"Encik Aidil yang tak adil!" Fitri menguatkan volume suaranya.
Datin Mariam sudah tergelak-gelak.
Dah macam pantun pulak!

Raya = Aidil + Fitri! (Adaptasi ke Drama Mulai 14 Mei 2018, Astro Oasis 9 mlm)Where stories live. Discover now