RA 4

386 24 0
                                    

Sebelum masuk waktu subuh, seperti biasa Rabiatul Adawiyah akan mengaji dan beribadat terlebih dahulu kepada penciptaNya. Usai solat subuh, dia berdoa, buat ibu dan ayah, saudara maranya, masa depannya dan yang terakhir dia menyebut nama Saifullah al Farouk dan meminta yang baik2 saja daripada Allah swt. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk menyedekahkan al fatihah buat ibu, ayah dan juga Saifullah sendiri. Tepat jam 8 pagi dia sudah bersiap sedia membeli kacang kuda untuk dijual pada petang nanti. Ketika mahu membeli dikedai, seorang tauke kedai itu memberitahunya bahawa kacang kuda sudah siap dibungkus kepadanya kerana hanya ini saja kacang yang tinggal. Rabiatul Adawiyah tidak banyak menyoal, dia bersetuju dan lantas membeli kacang yang sudahpun siap dibungkus dengan surat khabar. Apabila sudah tiba di tapak berniaga, dia terkejut selepas membuka bungkusan tersebut. Ternyata, banyak kacang2 yang sudah buruk dan busuk.

"Astaghfirullahaldzim.. Ini kesilapanku. Jika ibu tahu pasti ibu akan kecewa denganku."rintihnya sendiri. Seperti biasa, akan ada pelanggan tetap yang akan membeli kacang kuda mereka setiap hari. Ketika ibu sedang sibuk mengangkat periuk2 dan alatan mengukus, datang seorang kakak menyatakan hasrat untuk membeli kacang kuda. Ibu memberitahunya tentang pesanan tersebut dan meminta gadis itu menyiapkannya secepat mungkin.

Dengan langkah longlai Rabiatul Adawiyah memegang erat tangan ibunya.
"Maafkan Rabia ibu. Sesungguhnya dapat aku katakan hari ini tidak ada satu benda yang dapat kita berniaga."ujarnya memohon maaf.

"Mengapa kau berkata begitu wahai Rabiatul adawiyah? Bukankah ibu sudah menyuruh kamu membeli kacang kuda pagi tadi?"soal ibunya agak hairan.

"Memang benar aku telah membelinya, akan tetapi kebanyakkan kacang kuda yang aku beli tadi telah rosak. Maafkan aku kerana ini merupakan kesilapanku."ujar Rabiatul serba salah. Dia ada menunjukkan bungkusan tersebut kepada ibunya. Tidak lama kemudian muncul Zaid seperti biasa digerai mereka dengan niat mahu menolong. Namun sebaik sahaja berita tentang Rabiatul adawiyah ditipu oleh tauke kedai itu sampai kepadanya, dia terasa panas hati.

"Aku akan mencari tauke penjual itu dan memaklumkan kepadanya mengenai hal ini."kata Zaid tegas. Puan Fatimah dan Rabiatul Adawiyah puas menasihati dia agar membiarkan perkara ini berlalu.

"Tidak usah kau risau soal ini. Ibu akan memastikan hal ini tidak akan berlaku lagi kemudian hari."

"Tetapi aku harus memberi mereka pengajaran. Aku tidak mahu mereka menindas penduduk kampung kita yang lain,"Zaid menyatakan apa yang terbuku dihati.

"Zaid, biarlah orang buat kita. Tetapi kita jangan pernah membalasnya dengan perkara yang jahat."nasihat ibunya lagi.

"Benar wahai abangku. Hari ini kita semua akan berehat saja dirumah."cadang Rabiatul lagi. Zaid akhirnya akur dan memohon maaf keatas tindakannya yang terlalu mengikut perasaan.

Ketika mereka sedang mengemas dan bersiap sedia untuk pulang, Saifullah muncul memberikan pertolongan.

"Tidakkah diwaktu ini gerai masih lagi beroperasi sepenuhnya? Mengapa sudah mahu mengemas?"soal Saifullah agak terpinga2 hari itu.

"Sesungguhnya takdir Allah menyatakan kami tiada rezeki didalam jualan kacang kuda hari ini."jawab Rabiatul Adawiyah.

"Apakah kacang kuda kamu tidak laku?"

Rabiatul adawiyah menggeleng sambil tersenyum. Dia membawa sebekas kacang kuda yang terdapat banyak isi yang rosak didalamnya.

"Aku melihat ada kacang2 ini yang masih elok dan masih boleh dimakan. Mengapa tidak dijual separuh daripadanya?"soal Saifullah ragu2. Dia merasakan pembaziran berlaku yang amat banyak sekali.

"Keluargaku tidak akan sesekali menjual barangan yang bercampur barang rosak didalamnya. Hasil jualan yang kami perolehi adalah rezeki yang akan masuk kedalam perut kami. Sesungguhnya benda yang tidak baik apabila bercampur sekali akan mengurangkan berkat."jelas gadis itu dengan lancar. Sekarang, barulah dia merasakan keluarga ini tersangatlah unik. Timbul persoalan dalam drinya, bagaimana ibu bapa gadis ini mendidik anak2 mereka sehingga jadi seperti ini. Dalam diam dia mengidamkan keluarga yang mempunyai hati yang mulia seperti ini.

"Dari manakah asalnya Ibu bapamu?"Saifullah bertanya sekadar membuka topik bualan sepanjang perjalanan ke rumah.

"Ibuku dari jawa indonesia manakala ayahku berasal dari sini."

"Apakah pekerjaan ayahmu?"

"Ayahku bekerja biasa2 sahaja."jawab gadis itu. Sesampai dihadapan rumah Saifullah dijemput masuk dan seperti biasa akan ada jamuan kecil2lan walaupun keberadaannya sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

"Aku sudah terlalu biasa kesini dan kamu dan keluargamu tidak putus2 menghidangkan kepadaku jamuan kecil. Mengapa pentingnya makanan pada tetamu bagi kalian?"Saifullah merungkaikan persoalan yang lama bermain dikepalanya

"Wahai Saifullah, bukankah memberi itu  lebih baik daripada yang menerima? Ibu selalu mengajarku supaya memberi makan kepada tetamu walaupun sekadar air biasa. Dan perkara itu telah menjadi rutinku."

"Tidakkah kau merasa terbeban?"soal pemuda itu lagi

"Sama sekali tidak. Malahan, aku bahagia dapat menyediakan makanan buat tetamuku,"jawab Rabiatul Adawiyah dengan senang hati.

"Sesungguhnya, aku adalah laki2 yang beruntung kerana mengenalimu."ujar Saifullah lagi. Rabiatul mengucap syukur diatas kurniaan illahi.

RABIATUL ADAWIYAHWhere stories live. Discover now