Ketika Rabiatul Adawiyah pergi ke kelas mengaji, dia terdengar beberapa orang berbisik mengenai cerita seorang pemuda yang bekerja dibandar.
"Aku mendengar khabar dia sedang mengenali seorang gadis bandar yang sangat kaya. Sungguh bertuah kerana rupa parasnya yang agak segak dapat menambat hati sesiapa sahaja."
"Apakah namanya?"
"Saifullah al farouk."
Tersentak Rabiatul Adawiyah mendengarnya. Langsung dia berdiri dan pulang untuk mengaji dirumah saja. Jika benar khabar angin yang disampaikan itu, maka dia mendoakan lelaki itu hidup bahagia selamanya dengan pilihan hati barunya.
Hatinya dijentik dua kali lebih hebat semasa dia sujud terakhir dimalam hari. Dia terfikir akan ujian yang melanda dirinya ini. Akhirnya dia sedar, bahawa mungkin ada sesuatu yang kurang mengenai amal ibadahnya.
"Seharusnya aku lebih mementingkan akhirat daripada terus memikirkan ajnabi. Ya Allah, ampunkan dosaku."rintihnya sambil menangisDia kemudian mula menambah ilmu pengetahuannya dengan membaca buku2 ilmiah daripada para penulis buku sastera hebat khususnya Abdul Latip Talib. Satu demi satu kisah sejarah tokoh ilmuan terdahulu diselongkarnya. Sungguh, dia mulai mendapat ketenangan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
"Ya Allah, tokoh2 pejuang terdahulu telah banyak berkorban nyawa, rela mati demi mencegah kemungkaran, sedangkan aku masih sibuk mencari gerangan ajnabi yang ikhlas dalam mengenaliku."rintihnya mengenang dosa2 silam. Dia menangis atas segala dosa2nya .Setiap kali selesai menghabiskan satu kitab, dia mula mengkaji kitab yang lain. Makin hari dia semakin melupai tentang Saifullah al farouk dan mula mendalami lebih banyak ilmu agama.
Pada suatu hari, Nurriyah ingin menemui Rabiatul Adawiyah buat kali terakhir kerana dia akan kembali ke mesir bagi menyambung pengajiannya. Apabila berjumpa sahabat baiknya itu, dia merasa ada satu sinar yang begitu indah dari raut wajahnya. Rabiatul Adawiyah kini tampil dengan semangat baru. Dia berasa agak tertarik membuatkan dia bertanya rahsia Rabiatul Adawiyah yang nampak lebih bersemangat berbanding dahulu.
"Apakah rahsiamu sehingga engkau dapat bangkit dari kisah silammu duhai sahabatku? Engkau kelihatan sangat lain sekali."Nurriyah berkata ikhlas dari hati.
"Aku telah sedar akan kesilapanku dalam mengejar dunia yang tidak kekal. Dengan memberatkan amalan akhirat, sungguh aku merasa jauh lebih tenang,"jawab Rabiatul Adawiyah lagi
"Subhanallah. Aku mendapat satu inspirasi dari kisahmu ini duhai Rabia,"
"Apakah itu?"soalnya
"Aku terbayang kisah Rabiatul Adawiyah dizaman dahulukala yang hidupnya hanya mengabadikan dirinya kepada Allah swt."beritahu Nurriyah lagi
"Sungguh, jauh sekali kisahku dengan kisah Rabiatul Adawiyah yang itu. Aku telah cemari hidupku dengan memberi ruang kepada yang bukan halal bagiku sekaligus membuat hatiku makin kotor. Allahukhbar. Sesungguhnya aku, hanyalah aku wahai sahabatku."Rabiatul Adawiyah berkata dengan rendah hati
"Aku tetap berbangga kerana punyai sahabat sekuat kamu wahai Rabia."kata Nurriyah sebelum dia meminta diri untuk pulang. Benarlah, hanya dengan mengabadikan diri kepada yang maha esa jauh lebih membuat gadis ini lebih kuat menghadapi hari2 mendatangnya. Genap 22 tahun umur Rabiatul, dia mengambil keputusan untuk menuntut ilmu jauh dari kampungnya. Pada mulanya, Ibunya berat hati mahu melepaskan anak itu, namun dengan keyakinan yang terdapat pada anak gadis itu membuat dia merelakan kepergian anaknya. Dia merantau jauh demi mencari ilmu. Suatu hari dia bertemu dengan seorang tok guru yang tinggal di kota Amalu. Dia meminta untuk diajarkan kepadanya ilmu hadis dan alquran. Dengan kuasa Allah taala, Rabiatul dapat menamatkan pengajiannya disitu selama 3 bulan sahaja. Dia merantau lagi dan kali ini berjumpa pula dengan Mualimah Hamidah. Seorang ustazah yang mengajarkan ilmu hisab disalah sebuah madrasah. Berkat kesabaran yang tinggi, Rabiatul Adawiyah berusaha menghabiskan ilmu kira2 itu selama dua bulan. Apabila dia hendak pergi, Mualimah Hamidah enggan melepaskannya kerana sudah jatuh cinta dengan akhlaknya yang serta tingkah laku gadis itu.
YOU ARE READING
RABIATUL ADAWIYAH
FanfictionMengisahkan seorang gadis bernama Rabiatul Adawiyah. Gadis lurus yang terlalu indah akhlak dan budi pekertinya, namun ujian buat dirinya seakan tiada titik noktah apabila dia sering menemui laki2 yang salah dalam hidupnya. Hati dan perasaannya seri...