Ringkasan Novel BM

9.6K 61 11
                                    

📑Tema :

Tema novel "Bimasakti Menari" ialah cinta akan alam sekitar.

* * * * *

📑Persoalan :

(a)Sikap tidak bertolak ansur antara suami isteri akan menyebabkan berlakunya penceraian.

(b)Penceraian antara suami isteri menyebabkan anak-anak menjadi mangsa kerana kehilangan kasih sayang.

(c)Sikap tamak dan dendam mengakibatkan seseorang itu terjebak dalam perbuatan jenayah.

(d)Sekiranya sudah jodoh,seseorang itu tetap bersatu sebagai suami isteri.

(e)Sikap penjawat awam yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas.

(f)Tanggungjawab abang terhadap adik perempuan.

(g)Keikhlasan dan kejujuran dalam persahabatan.

(h)Kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak.

(i)Kekayaan yang digunakan untuk kebaikan.

* * * * *

📑Watak dan perwatakan :

👧Nurul Hafsa ~
-Anak gadis Haji Yassir.
-Belajar di luar negara, iaitu Jordan dalam bidang Fizik dan kaji falak.
-Cinta akan alam sekitar.
-Berani,bijak, dan tabah.
-Berbudi bahasa.
-Pemarah.
-Teguh berpegang pada janji.
-Petah berkata-kata untuk mematahkan hujah pihak lawan.

👦Muhammad Taufik ~
-Anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham.
-Berambut hitam pekat dan ikal.
-kulitnya cerah seperti kulit Maryam Wickham.
-Hidungnya mancung sederhana.
-Bertubuh tegap dan tinggi lampai.
-Cinta akan alam sekitar.
-Bersikap penyabar dan tabah.
-Berpendidikan tinggi hingga memiliki sarjana.
-Bersikap prihatin dan penyayang.
-Suka berterus terang.
-Komited dalam mencintai alam sekitar.
-Berbudi bahasa.

👨Budiman ~
-Anak lelaki tunggL Haji Yassir.
-Abang kepada Nurul Hafsa.
-Sahabat kepada Muhammad Taufik.
-Guru Sains di Sekolah Menengah Tanjung Karang.
-Baik hati dan bertanggungjawab.
-Taat kepada ajaran agama.
-Bersikap prihatin.

👴Tan Sri Muhaimin ~
-Ahli perniagaan yang berjaya.
-Jutawan di Asia Tenggara.
-Berpengaruh besar.
-Penyayang dan berpendirian teguh.
-Tidak bersifat dendam terhadap bekas kekasih isterinya.
-Taat akan perintah agama.

👵Maryam Wickham ~
-Ibu kepada Muhammad Taufik.
-Bekas isteri kepada Tan Sri Muhaimin.
-Aktivis alam sekitar.
-Sanggup bercerai dengan suaminya kerana teguh dengan perjuangannya.
-Baik hati dan Bersikap toleransi.

👺Dato' Johann Arlington-Majid ~
-Bersikap pendendam.
-Berhati jahat.
-Ahli perniagaan yanh tidak kreatif untuk memajukan perniagaannya.

👴Haji Yassir ~
-Bapa kepada Budiman dan Nurul Hafsa.
-Hidup seorang diri selepas kematian isterinya.
-Bertanggungjawab dan taat kepada ajaran agama.

Novel Bimasakti Menari (Tingkatan 5) 📚Where stories live. Discover now