Latihan / jawapan

11.7K 20 4
                                    

[ Soalan trial spm2017 KEDAH ]

📔1 novel - Latar tempat

       Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Muhammad Yusop. Terdapat latar tempat dalam novel tersebut.

       Antaranya ialah di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Ia adalah tempat Nurul Hafsa bekerja sebagai pegawai sains setelah menamatkan pengajian selama lima tahun di Universiti Jordan dalam bidang fizik dan kaji falak.

       Seterusnya, latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah di Kampung Kuantan. Di sini adalah tempat Puan Maryam Wickham Abdullah bermalam di rumah teknoalam yang diusahakan oleh Muhammad Taufik di Kampung Kuantan. Rumah itu mengintegrasikan pelbagai teknologi canggih untuk mengurangkan kebergantungan terhadap alam sekitar.


*******

[ Soalan trial spm17 KELANTAN ]


📔 1 novel - dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.

       
       Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Muhammad Yusop. Terdapat dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca.

       Antaranya ialah peristiwa ketika Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bekerjasama untuk mengembalikan kelip-kelip di Kampung Kuantan. Mereka tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam merealisasikan impian mereka. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar pekerjaan tersebut dapat mencapai kejayaan.

      Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca juga ialah peristiwa ketika Nurul Hafsa gigih berusaha mengatasi masalah pencemaran cahaya dan kepupusan kelip-kelip. Dia telah membuat pembentangan bersama Muhammad Taufik mengenai projek kawasan simpan langit gelap untuk menjadikan Kuala selangor sebagai satu kawasan simpan langit gelap sepenuhnya dalam masa dua tahun akan datang. Kita hendaklah gigih mengatasi masalah pencemaran alam sekitar supaya alam sekitar dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

      

Novel Bimasakti Menari (Tingkatan 5) 📚Where stories live. Discover now