Plot

13.4K 35 4
                                    

📝Binaan Plot :

(a)Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

(b)Pengenalan - Nurul Hafsa baru bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.

Nurul Hafsa melayan sekumpulan murid dari Jepun yang diiringi oleh Puan Wickham bagi mencerap bintang.

Malangnya, bintang tidak kelihatan kerana langit terlalu cerah. Hasrat mereka untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan juga tidak kesampaian.

(c)Perkembangan - Nurul Hafsa membuat laporan tentang pencemaran cahaya yang menghalang aktiviti mencerap bintang dan kelip-kelip ke Pejabat Daerah.

Ketua Nurul Hafsa, iaitu Puan Foziah menasihati Nurul Hafsa agar tidak mengharapkan sebarang tindakan kerana pembangunan di Kuala Selangor tidak melanggar undang-undang alam sekitar.

Kemudian, Budiman mempertemukan Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik.

Mereka bersetuju untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor bagi aktiviti pencerapan bintang dan menjaga populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan.

Atas pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka berjaya membuat pembentangan kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor.

Menteri besar telah mengadakan majlis terbuka kepada orang ramai bagi mendengar pembentangan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut.

(d)Perumitan - Projek tersebut ditentang oleh Dato' Johann Arlington-Majid.

Dato' Johann Arlington-Majid tidak bersetuju kerana syarikat beliau tidak dapat membekalkan lampu-lampu full cut off  yang diperlukan bagi tujuan projek tersebut.

Dato' Johann Arlington-Majid sebenarnya sudah lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasanga hidup.

Muhammad Taufik diserang ketika balik dari masjid.
Setelah mendapat penjelasan daripada Tan Sri Muhaimin, Menteri Besar bersetuju untuk meneruskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala  Selangor.

(e)Klimaks - Rentetan penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik yang sepatutnya mengikuti ibunya balik ke Otago, New Zealand telah menemui penculik di stesen minyak PETRONAS.

Kemudian, Muhammad Taufik dibawa ke sebuah kawasan perladangan kelapa sawit.

selepas itu, mereka melepaskan Nurul Hafsa .Nurul Hafsa membuat laporan di balai polis Bestari Jaya. Inspektor Lim menubuhkan pasukan Gerak Khas. Akhirnya, penjenayah tersebut berjaya diberkas.

(f)Peleraian - Hubungan antara Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik bertambah intim. Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham mengambik keputusan untuk bernikah semula.

Sewaktu pernikahan ibu bapanya, Muhammad Taufik telah melamar Nurul Hafsa.

Nurul Hafsa tersenyum apabila membaca mesej teks daripada Muhammad Taufik yang berbunyi "Kita ialah kelip-kelip terakhir di dunia".


Novel Bimasakti Menari (Tingkatan 5) 📚Where stories live. Discover now