Nilai

9.8K 21 6
                                    


🍁Nilai :

1.Nilai cinta akan alam sekitar.Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk memastikan habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai lokasi pencerapan bintang.

2.Nilai setia kawan.Contohnya, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital semata-mata untuk menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik.

3.Nilai tanggungjawab.Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anak tunggalnya dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun dia seorang bapa tunggal.

4.Nilai ketabahan.Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi ancaman dan cabaran dalam usaha mereka untuk mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip.

5.Nilai kasih sayang.Contohnya, Maryam Wickham sayang akan anaknya, Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan memasakkan makanan untuk anaknya itu.

6.Nilai berilmu berpengetahuan.Contohnya, Nurul Hafsa sanggup ke Jordan selama empat tahun untuk menyambung pelajaran dalambidang falak dan fizik.

7.Nilai budi bahasa.Contohnya, Muhammad Taufik telah menyambut kedatangan Budiman dan adiknya, Nurul Hafsa ke rumahnya dengan baik serta menghidangkan minuman untuk mereka.

8.Nilai ketaatan.Contohnya, Budiman dan Muhammad Taufik taat akan ajaran agama dengan menunaikan solat jemaah di masjid.

9.Nilai amanah. Contohnya, Nurul Hafsa tetap meneruskan projek mencerap kehadiran kelip-kelip di Kampung Kuantan kerana dia telah berjanji dengan rakannya, Muhammad Taufik untuk meneruskan projek mereka walaupun apa-apa berlaku kepada mereka.

















Sumber : Buku rujukan .



Novel Bimasakti Menari (Tingkatan 5) 📚Where stories live. Discover now