BAB 1

34 4 0
                                    

Semoga anda dapat menyelami mimpi anda yang indah mahupun yang buruk.
Alami pelbagai dunia dalam mimpi.
____________________________________

Suasana pagi yang sejuk dan tenang .Kedengaran bunyi kicauan burung - burung yang sungguh merdu sekali.
Nama aku Alyca Irisha .Aku masih belajar tingkatan 6 atas.Tahun ini ialah tahun yang terakhir aku berada di tingkatan 6 atas.

Minggu ini, ialah cuti sekolah selama seminggu.Aku bercadang untuk bercuti bersama dengan rakan aku yang bernama Erica, Mikail dan Zenrin.Erica dan Zenrin berkawan dengan Alyca sejak umur 5 tahun.Mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama.

"Alyca !!!" Jerit Erica kepada Alyca dengan nada suara yang tinggi.

" Hah!" Alyca terkejut mendengar namanya dipanggil.

Alyca sebenarnya mengelamun memikirkan apa yang ingin di lakukan semasa berada di tempat percutian mereka.

"Cepat la...Nanti Zenrin tinggal kita pula" Jerik Erica  yang berada  di belakang bonet kereta Zenrin kepada Alyca.

Alyca cepat- cepat menarik beg bagasinya untuk memasukan begnya ke dalam bonet kereta Zenrin.

Zenrin memandang ke arah Alyca yang sedang mengangkat beg bagasi untuk memasukan ke dalam keretanya.

Zenrin memakai topi berwarna merah biru gelap yang di hadiahkan oleh Erica dan Alyca kepadanya ketika mereka mula berkenalan.

"Hey, Eri ko dah bagi tahu Mikail yang kita dah nak bertolak." Tanya Zenrin kepadaq Erica yang sedang membetulkan ikatan rambutnya.

"Dah ,Encik bos..." Sindir Erica kepada Zenrin yang berada di pintu kereta di tempat memandu untuk membuka pintu keretanya.

" Korang bila nak gerak ni aku dah tak sabar ni"Tegur Alyca kepada dua sahabatnya yang asyik berbual.Zenrin dan Erica masuk ke dalam kereta untuk ke rumah Mikail.

Sampai sahaja di rumah Mikail.Zenrin turun dari kereta untuk memanggil Mikail.

"Mik!. Ko dah siap ke belum" Laungan suara Zenrin kepada rakannya Mikail.

Mikail turun dari tangga rumahnya dengan memakai  baju t- shirt merah jenama Adidas  .Zen mengeling kepala melihat sikap Mikail yang kalut menutup dan mengkunci pintu rumah.

Zen menuju ke arah keretanya untuk meneruskan perjalanan mereka.Mikail masuk ke dalam kereta Zen sambil menegur Alyca dan Erica.

Mimpiku Fantasiku      ( My Dream My Fantasy)Where stories live. Discover now