BAB 7

21 1 0
                                    

Suasana di dalam kelas Sains Sukan sungguh riuh apabila ketiadaan guru.Alyca dan Erica sedang rancak berbual- bual.Zenrin dan Mikail bercadang untuk mrngenakan Alyca dan Erica yang sedang berbual.

Zenrin dan Mikail memanggil budak lelaki yang lembab namanya Irfan.Irfan memandang ke arah mereka berdua ketika asyik membaca buku.

"Fan, kita orang nak minta tolong sikit boleh.Boleh tak, nanti aku belanja ko makan." Mikail memperlawa Irfan yang sedang terpinga-pinga untuk menolong mereka.

"Hmmm....ok lah aku tolong tapi janji tau belanja aku." Irfan setuju untuk menolong mereka berdua.Mereka bertiga membincangkan cara untuk mengenakan Alyca dan Erica.

Waktu rehat,Irfan dan Mikail memasang perankap untuk kenakan Alyca dan Erica.Manakala Zenrin mengalihkan pandangan kawannya.Selesai sahaja mereka berdua memasang peralatan untuk mengenakan kawannya.

Zenrin memperlawakan,Alyca dan Erica untuk masuk ke dalam kelas dahulu.Tak sempat Alyca memengang tombol pintu,tiba-tiba rakan sekelasnya menolak Alyca dan membuka pintu untuk mengambil barangnya.

Bekas yang dia letak atas pintu jatuh ke atas rakannya.Tepung dan pasir jatuh ke atasnya.Lelaki tersebut terpaku apabila badannya di penuhi tepung dan pasir.Mikail dan Zenrin terkejut melihat lelaki tersebut.Irfan ketawa melihat rakan sekelasnya terkena perangkap yang mereka buat tadi.

Erica dan Alyca terdiam sambil berpegangan tangan untuk membantu Alyca bangun.Lelaki tersebut dengan muka sedihnya berlari keluar kelas.Irfan,Mikail dan Zenrin ketawakan lelaki tersebut.

"Eee...korang ni tak baik tau buat dia macam tu.Kesian dia sampai kotor baju." Erica memarahi mereka bertiga.

"Sebenarnya,itu hanya perangkap untuk korang la..Tak sangka pula si Afzin tu yang datang.Hahaa...haha.." Jelas Irfan kepada Alyca dan Erica.

Mikail dan Zenrin memandang tajam ke arah Irfan kemudian menarik telinga Irfan di sebabkan membocorkan rahsia tersebut.

Alyca dan Erica pun menarik telinga Mikail dan Zenrin yang nakal sangat.Masing-masing ketawa apabila menarik telinga sehingga merah.

Irfan,Mikail dan Zenrin meminta maaf kepada Alyca dan Erica.

Mimpiku Fantasiku      ( My Dream My Fantasy)Where stories live. Discover now