Hari ini kau masih dengan senyum yang sama,
Walau bukan untuk aku,
Atau bukan kerana kita,
Mungkin memang benar,
Cinta tidak boleh dipaksa-paksa,
Atau perlu meminta-minta,
Kerna yang menaburnya hanya yang rela,
Pedihnya bila kau sendiri,
Tak ada siapa disisi,
Kerna yang ada semuanya sudah pergi,
Baik sendiri & tinggalkan janji,
Berapa kau letak harga kasih sayang kau ?,
Yang susah untuk aku dapat,
Yang aku tembak tak pernah tepat,
dan yang aku curi walau rasa kelat.
YOU ARE READING
Memo Hati
Poetrysekadar puisi biasa hasil tulisan gadis juga yang biasa-biasa . Terus daripada hati yang satu :)