Pili pancur air ditutup. Tuala dililitkan ke bawah tubuh, kemudian aku keluar dari bilik air. Sehelai t-shirt hitam dan seluar jeans dikeluarkan dari dalam almari. Seusai berkemas, aku melangkah keluar dari bilik.
Keadaan ruang tamu aku perhatikan. Kedua tangan aku masukkan ke dalam poket jeans lalu aku berjalan ke dapur. Kelibat Evie langsung tidak kelihatan. Aku menggosok belakang kepala.
Kemana pulak hantu ni pergi? Lantaklah, aku nak keluar kejap...
Aku mengorak langkah ke pintu depan. Sepasang snicker kelabu digapai dari rak kasut. Aku duduk di kerusi bulat sambil memakai kasut. Talinya diikat kemas.
"Evie...Aku keluar kejap..."
'Erm! Ok! Take care, Holt!'
Suara Evie kedengaran di tepi telinga. Aku bingkas menoleh. Sepasang mata biru tertacap padaku. Aku tersentak seraya bangun.
"Kan aku dah cakap! Jangan hilang-hilang macam ni! Kau buatkan aku terperanjat!"
'Ehe, maaflah...'
"Haih, aku keluar dulu...Kau jaga rumah..."
'Roger, sir!'
Evie mengangkat tangan dengan gaya tabik hormat kepadaku. Aku menggeleng kepala seraya memulas tombol pintu. Evie tersengih dikala aku melangkah keluar dari rumah.
'Yes!'
Evie melonjak gembira apabila Holt beredar. Dia bingkas berlari ke depan televisyen. Cakera padat yang terletak di dalam kabinet kayu, dia keluarkan sambil tersenyum. Setiap satunya dia belek dengan gaya teruja.
'Ermmm, movie apa yang best eh...?'
Dia mengomel sendiri sambil menggigit jari telunjuk. Dikala dia leka membelek, dia terpandang satu dvd yang terselit di sisi kotak.
OUR LOVE IS GIFTED
Evie tersengih melihat tajuk dvd tersebut. Tanpa membuang masa, dia memasukkan dvd tersebut ke dalam pemain dvd. Gadis hantu melompat ke atas sofa. Pandangan matanya bersinar-sinar.
'Holt takde ni, bolehlah saya layan movie sampai lebam!'
*********
Empat jam sudah berlalu. Evie berbaring secara mengiring di atas sofa sambil menonton televisyen. Termasuk kali ini, sudah empat movie dia tonton. Perasaan jemu mulai menjengah.
'Bosanlah...Cerita ntah apa-apa...Asyik-asyik cium...'
Evie mengomel seraya bangun dari sofa. Dia mengeliat seketika, kemudian duduk di hadapan televisyen. Dvd dikeluarkan. Kotak kasut berisi lambakan dvd, dia belek buat kali kelima.
Plakk...!
Evie bingkas menoleh apabila pintu depan dibuka. Seorang wanita berusia 40an menjengah. Mereka berdua berbalas pandangan. Suasana terasa janggal seketika.
'Errr...'
"Siapa pulak kau ni...? Mana Holt...?"
Wanita tersebut berkata seraya berjalan ke ruang tamu. Beg tangan diletakkan ke atas sofa. Evie termangu-mangu melihat wanita tersebut meleraikan ikatan rambut.
"Mana Holt...?"
'Errr...Dia keluar...'
"Mana dia pergi? Haih, susah-susah aku datang sini...Dia takde rumah pulak..."
Wanita tersebut berkata lalu duduk di atas sofa. Dahinya diurut dengan sebelah tangan. Matanya dipejam rapat. Evie bangun perlahan-lahan seraya berganjak ke sisi.
"Buatkan air untuk aku..."
Belum sempat Evie menghilangkan diri, wanita tersebut sudah memberi arahan. Gadis hantu menggaru pipi. Dia berjalan ke dapur. Wanita tersebut hanya duduk di sofa sambil mengurut dahi.
"Kau tau tak dia pergi mana...?"
'Tak...'
"Dia pergi dah lama ke...?"
'4 jam dah dia keluar...'
Evie membalas ringkas sambil menuang air panas ke dalam cawan. Wanita tersebut mengambil smartphone dari dalam beg tangan. Evie membawa secawan teh ke depan.
"Ha, Holt! Mana kau pergi, ha!? Mak dah cakap, kan? Mak nak datang hari ni! Kau boleh keluar pulak!"
Evie tergaman mendengar kata-kata wanita tersebut. Tubuhnya menggigil menahan gementar. Wanita tersebut asyik berbual dengan Holt di hujung talian.
"Ha! Satu lagi, kau tak beritahu mak pun kau dah ada girlfriend! Kau banyak berahsia dengan mak ni!"
Secawan teh terlepas dari tangan Evie. Wanita tersebut tersentak. Gadis hantu menekup mulut. Pipinya merona merah.
"Panas sangat ke air tu...? Hati-hatilah lain kali..."
'Errr...Urmm...Takk...'
"Sudahlah...Kau duduk sini, biar aku yang buatkan teh...Lepas ni, kau tolong aku masak...Holt balik pukul lima nanti..."
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...