•04•

1.1K 102 47
                                    

sohee pov•

"mana jinyoung ni" bebel aku sensorang. yelah mahu tak bebel. kata nak balik sekali. tapi dia ni entah kemana. lama dah aku tunggu.

aku pun duduk kat bus stand depan sekolah sambil tunggu jinyoung. aku pun ambil handphone aku. tujuannya acah busy main phone sebab ada orang lalu-lalang. tetiba ada mesej masuk.

jy😈
weh kau balik dulu tau. aku lupa nak bagitahu aku ada meeting kelab harini.

typical sangat kawan macam ni.

lepas aku baca mesej tu terus mood aku barai. aku dah lama kot tunggu dia kat sini. dengan sejuknya. aku sedut hingus lepastu tunduk kepala sambil sepak angin.

aku duduk lama jap kat bus stand tu sebab tengah marah en. mana boleh jalan terus nanti mula lah. orang yang ada tepi jalan pun aku boleh marah.

yes, aku ni baran sikit..

aku capai earphone dalam beg lepastu aku cucuk kat phone. masa macam ni lah lagu banyak membantu. acah, kadang-kadang aku ni suka berdrama jugak.

yugyeom pov•

"okay weh jumpa esok" aku lambai kat bambam & youngjae. aku kena naik bas harini sebab skuter aku rosak. spoil.

aku pun berjalan ke bus stand and aku ternampak orang yang aku sangat kenal, sohee. aku pun jalan menghampiri dia perlahan-lahan. kononnya nak terkejutkan dia. sebab dia macam mengelamun je.

aku pun berdiri belakang dia. memang betul lah mengelamun, aku jalan belakang dia pun dia tak sedar.

"BAAAAA!!" aku jerit sambil genggam kedua-dua bahu dia dari belakang. sohee pun apa lagi..

"HUWAHHHHHH!!!!!" jerit sohee habis semua orang pandang. kalau ada kereta tadi aku rasa accident dah kereta tu terlanggar tiang lampu sebab terkejut.

aku pun gelak tak henti pastu langkah kerusi and duduk sebelah dia. sohee pun apa lagi..

dia tarik telinga dengan rambut aku sekuat yang dia boleh..

"ahh sakit!!! sakit sohee!!!!! mian mian!!!" aku tolak dia dengan perlahan. memang lah sohee ni macam lelaki tapi aku still kena act macam gentleman betul tak? hehe.

"bodo lah kau ni! terkejut aku tahu tak? nak aku mati sakit jantung ke apa?" sohee bulatkan mata dia sambil pandang aku and peluk tubuh.

"alah sorry. kau mengelamun teruk tadi" aku senyum menampakkan gigi arnab aku. sohee pun buat muka menyampah and pandang jalan balik. dia nampak..

sedih🤔

"kau dengar lagu apa tu?" aku buka topik sebab tengok sohee senyap semacam je. aku pun ambil earphone dia sebelah.

"ehhh janganlah" bantah sohee sambil nak ambil balik earphone dia dari aku. alah kedekut gila earphone je kot aku boleh beli 10 okey?

aku ambil balik. peduli apa aku. "kongsilah kata member" aku pandang sohee. macam biasa dia buat muka menyampah dia lagi and pandang balik kat jalan tar.

"baby baby lonely lonely lonely ireoke kkeuchin geoni. wae ireoni neo jakku naman honjaseo tto oeroun geoni~" aku pun ikut rentak lagu yang sohee pasang tu. dah sah dia tengah tak okay ni. lagu yang dia pasang pun lagu sedih.

"asal kau tak balik lagi?" sohee tanya aku dengan tiba-tiba. aku pun pandang dia. "aku tunggu bas. kau?"

"aku nak balik lah ni" dia tarik earphone dari dia dari telinga aku and pasang kat telinga dia. dia nak bangun tapi aku pegang tangan dia.

"kau balik sorang? mana jinyoung?" aku tanya dia. pelik. sebab hari-hari dia balik dengan jinyoung. harini jinyoung takda.

sohee cabut earphone sebelah and balas "dia ada hal sikit". lepastu dia pandang kat tangan aku yang pegang tangan dia. aku cepat-cepat lepaskan tangan dia.

"jomlah aku teman kau balik" aku pelawa sohee sebab takkan aku nak biar dia balik sorang kan? walaupun dia ada ilmu taekwondo tapi dia still perempuan.

"okay, sukahati kau lah" sohee pakai balik earphone dia, pusing and terus jalan tinggalkan aku. tak guna punya sohee. aku nak teman pun kira baik tau.

aku pun kejar sohee & serabaikan rambut dia. dia noona aku tapi dia lagi pendek dari aku. yang ni lah kelebihan aku kalau berdiri sebelah dia.

"nak kena pukul ke?" sohee tunjuk penumbuk sambil sedut hingus. hahaha alahai comelnya. aku pun peluk bahu dia. this is nothing pun. yang lain pun biasa buat cemni kat dia.

kitorang pun baliklah jalan kaki sambil sembang benda pointless. macam biasa.

junior pov•

"jinyoung, kamu tolong ambilkan fail warna biru kat meja cikgu boleh?" pinta ms. Bae. aku angguk dan terus pergi ke bilik guru yang berada di tingkat 2.

masa aku jalan ke bilik guru aku nampak 2 manusia yang aku kenal. walaupun jauh tapi aku kenal sangat. yugyeom&sohee.

aku berhenti jap kat tingkap. aku nampak dorang mesra sangat. yugyeom sentuh kepala sohee. and yugyeom jugak...

peluk bahu sohee......

"ah asal aku serabut sangat? aku pun selalu apa peluk bahu sohee" bebel aku sensorang. yes memang. member yang lain pun biasa buat macam tu kat sohee. tapi bila aku nampak yugyeom yang peluk dia...

aku rasa lain.

mungkin sebab aku rasa yugyeom tu saingan terbesar aku kot sebab aku suka sohee and dorang nampak agak sepadan kalau berdua.

aku perhati punya perhati dorang jalan aku baru teringat yang aku kena ambil fail biru ms. Bae. aku pun lari pergi bilik guru dan ambil fail tu.

aku sampai je kat bilik meeting terus aku ketuk dan masa aku masuk ada benda yang mengejutkan aku.

aku cuba abaikan apa yang aku nampak dan aku pun hulurkan fail biru tu kat ms. Bae. "cikgu, ni dia fail yang cikgu minta" aku pun terus duduk balik kat kerusi aku.

"baiklah memandang kan semua dah ada, cikgu nak perkenalkan ahli kelab terbaru kita.. kang seulbin" ms. Bae tunjuk kat seulbin. yes, sebab seulbin lah aku terkejut masa aku masuk bilik meeting tadi.

seulbin pun berdiri. dia pandang semua orang. "saya kang seulbin dari kelas 4C. sila beri tunjuk ajar" dia senyum. manis.

"seulbin, sebab kamu masih baru. cikgu perkenalkan pengerusi kelab ni, park jinyoung. dia senior kamu" kata ms. Bae sambil tunjuk kat aku.

pipi aku dah merah dah. aku taktahu kenapa. tapi aku pandang lah seulbin and aku senyum sikit. lepastu terus aku tunduk and tengok kat kertas kosong yang ada depan aku.

seulbin pun duduk balik. tadi dia senyum kat aku. manis je. tetiba rasa flutter ni kenapa...

"baiklah mari kita mulakan" ujar ms. Bae.

to be continued🌸

vote&comment juseyo~

basketball; pjy (malay fanfic)Where stories live. Discover now