•10•

895 88 32
                                    

author pov•

lepas hantar sohee balik jinyoung terus balik rumah & terus masuk bilik. jinyoung letak beg atas kerusi.

"aku rasa aku suka seulbin" jinyoung asyik fikir pasal apa yang dia cakap kat sohee tadi. jinyoung confessed yang dia suka kat seulbin.

"aku memang suka kat seulbin" jinyoung cakap sensorang. "tapi seulbin, suka ke kat aku?" bebel jinyoung perlahan.

dalam sekelip mata dia boleh lupa pasal perasaan dia kat sohee lepas seulbin tu muncul. mana rasa bersalah si jinyoung ni?????

"bukannya aku taknak confess kat sohee. tapi sebab aku tahu yugyeom suka dia. lagipun aku tahu sohee tak pernah suka kan aku. jadi aku kena berhenti suka kat dia" luah jinyoung sambil tengok ke luar tingkap.

jinyoung mengelamun dan akhirnya pintu dia diketuk oleh seseorang.

"masuklah" kata jinyoung.

"jinyoung, kawan kamu ada kat bawah" kata eomma jinyoung. "kawan?" jinyoung angkat kening.

jinyoung pun turun tangga and tetiba dia nampak figure yang dia memang tak sangka dia akan nampak, seulbin.

"eh seulbin" jinyoung tegur seulbin and pelawa dia duduk.

"tak apa sunbae, saya datang kejap je sebab nak bagi kertas kerja ni" seulbin hulur kertas kerja yang agak banyak.

jinyoung pun ambil kertas kerja tu and semak satu-satu. memang lengkap.

"lah yeke, kenapa tak bagi esok je kat sekolah?" tanya jinyoung.

"sebab ada bahagian yang sunbae kena tengok dulu" seulbin datang dekat dengan jinyoung. seulbin selak kertas and tunjuk mana bahagian yang jinyoung kena semak.

"oh yeke, okay2. thanks eh-" "jinyoung, suruh kawan kamu tu duduk. eomma ada buat biskut ni, boleh minum petang sekali"

jinyoung pandang seulbin. seulbin pun buat tanda pangkah guna tangan dia dengan muka bersalah.

"takpa, duduk jelah dulu" kata jinyoung sambil senyum. tiba-tiba hujan lebat kat luar. macam tahu-tahu je.

"hujan kat luar tu. awak duduk dulu eh" jinyoung tinggalkan seulbin sensorang kat ruang tamu & pergi ke dapur untuk tengok eommanya.

"eomma buat apa?" tanya jinyoung.

"biskut ni. resipi baru" kata eomma jinyoung. "siapa budak perempuan tu? cantik budaknya. baik pun baik" tambah eomma jinyoung sambil tersenyum-senyum.

"dia junior, & rakan se-kelab" kata jinyoung sambil menyediakan hot chocolate. tanpa sedar pipi jinyoung merah sebab malu bila eomma dia puji seulbin.

jinyoung letakkan biskut yang still panas tu atas talam + dua cawan hot chocolate. dia pergi ke ruang tamu dan dia nampak seulbin tengah tengok-tengok gambar kat atas meja.

jinyoung pun letak talam tu atas meja and datang belakang seulbin. dia nampak seulbin tengah tengok gambar dia dengan sohee masa kecil.

"tu sohee" kata jinyoung. seulbin terkejut sebab dia tak perasan jinyoung ada kat belakang dia. "ah yeke, comelnya sohee eonni masa kecil"

"kan?" kata jinyoung.

seulbin angguk sambil senyum. "sekarang pun dia still comel" tambah seulbin. "sunbae dengan sohee eonni memang kawan dari kecil eh?" tanya seulbin.

"a'ah, dari kecil lagi. rumah sohee dekat-dekat sini je" kata jinyoung sambil senyum. "eh jomlah makan biskut, eomma saya buat" kata jinyoung sambil pergi ke sofa. seulbin pun ikut dia.

selepas beberapa minit of silent....

hujan still lebat & seulbin takdapat balik lagi. so dia decide nak call appa dia untuk ambil dia kat rumah jinyoung.

"tak apa ke? saya boleh hantarkan awak balik" kata jinyoung. "takpa, appa dah dalam perjalanan" kata seulbin sambil hirup hot chocolate yang jinyoung buat tadi.

PINPON!

bunyi hon kereta seulbin kat luar. jinyoung pun bukakan payung and bawa seulbin ke kereta bahagian penumpang. jinyoung pun greet appa seulbin.

appa seulbin cuma senyum balik kat jinyoung & berlalu pergi. jinyoung pun nak jalan masuk rumah tapi dengan tak sengajanya dia ternampak kereta berhenti depan rumah sohee. dia kenal sangat kereta tu..

tu kereta yugyeom.

dia nampak yugyeom keluar dari kereta bawakan payung kat seat penumpang & orang yang keluar dari kereta tu ialah sohee. sohee & yugyeom lari kat depan pintu rumah sohee.

dorang ada cakap sikit-sikit lepastu yugyeom lari kat kereta balik. yugyeom pun blah and sohee nak masuk rumah tapi langkah dia terhenti bila dia nampak jinyoung berdiri dengan payung dari seberang jalan.

"KAU BUAT APA KAT SITU?!" jerit sohee.

jinyoung pandang kiri kanan and terus lari ke rumah sohee tapi jinyoung terjatuh sebab jalan agak licin. payung yang jinyoung pegang tadi terlepas.

sohee yang nampak kejadian tu terus gelak-gelak dari pintu rumah dia. tapi dia gelak kejap je sebab dia tengok jinyoung macam sakit sebab jatuh. sohee pun lari kat jinyoung dengan tak ada payungnya.

sohee capai payung jinyoung yang jatuh tadi lepastu dia payungkan jinyoung sambil tarik tangan jinyoung. jinyoung pun bangun dengan bantuan sohee.

"kau okay tak?" sohee tanya dengan risau. jinyoung angguk. sohee bawa jinyoung pergi rumah dia and dorang pun masuk dalam rumah. nasib baik jinyoung tak basah sangat, tapi sohee basah teruk.

"jap aku ambil tuala" sohee tinggalkan jinyoung kat ruang tamu. jinyoung pun duduk atas sofa sambil check takut ada luka pape ke.

"'nah" sohee hulur tuala. sohee pun nak pergi dapur buat teh tapi jinyoung tarik tangan dia and sohee terduduk sebelah jinyoung.

jinyoung guna tuala yang sohee bagi kat dia tadi untuk lap rambut sohee yang basah. sohee ketap bibir.

"aku suruh lap rambut kau tu" bebel sohee. padahal dia dah blush habis sebab jinyoung lap rambut dia.

jinyoung senyum je lepastu dia balut rambut sohee guna tuala. "ingat, kau takboleh sakit" tambah jinyoung. sohee pun speechless.

"kau pergi mana tadi dengan yugyeom?" tanya jinyoung. "aku pergi makan- hachu!" sohee bersin.

"ha tengok tu dah bersin. kau ni cepat betul jatuh sakit" kata jinyoung sambil check suhu kat dahi sohee. sohee tolak tangan jinyoung. "aku bersin jela" sohee pandang jinyoung dengan muka menyampah.

"eomma mana?" jinyoung tanya sohee. sohee bangun pergi dapur cari eomma dia tapi tak jumpa. at last dia jumpa note kat peti ais.

"eomma kena balik jeju-do sebab makcik kamu sakit. eomma ada tinggalkan duit kat tempat biasa. jangan lupa makan"

jinyoung datang belakang sohee and baca note tu. sohee peluk tubuh. "eomma takda kat rumah-hachuuu!!!" sohee bersin lagi.

"aih tengok tu bersin lagi" kata jinyoung. "eomma takda, siapa nak jaga aku ni. aku nak demam ni" kata sohee dengan perlahan.

"aku kan ada" kata jinyoung sambil tersenyum-senyum.

to be continued🌸

vote&comment juseyo~

basketball; pjy (malay fanfic)Where stories live. Discover now