•21•

761 80 25
                                    

author pov•

esok kat sekolah..

"hoi" mark tepuk meja sohee. sohee pun tersentak dari lamunan. dia pandang mark dengan death glare.

"kau banyak mengelamun lah sekarang" kata mark. "a'ah, kenapa? kau ada masalah ke?" tanya jackson. sohee pandang dua orang chingu dia tu, muka markson concern gila.

sohee pun tergelak sebab tengok muka dorang serious sangat. "korang ni kenapa? aku ada masalah? aku? lawaklah" kata sohee sambil gelak & geleng-geleng kepala.

"ha sembang apa tu? tak ajak kitorang pun" jb dengan jinyoung datang tarik kerusi duduk sekali.

"baguslah, kitorang tengah kutuk korang tadi" kata sohee sambil cuit jackson dengan mark. markson yang bebal tu iya-iya kan aje. jj pun buat muka tak puas hati. last-last semua tergelak. masa semua tengah sembang, sohee mengelamun balik.

flashback...

lepas seulbin merungut sakit tu, sohee call teksi & terus pergi hospital. masa seulbin dalam bilik rawatan, sohee asyik mundar-mandir sebab risau.

doktor tu pun keluar dari bilik rawatan, sohee datang kat doktor tu dengan panik. "awak kawan seulbin ye?" tanya doktor tu. "ye saya. doktor, macam mana dengan seulbin?" tanya sohee dengan muka yang nak sangat tahu.

"seulbin dah stabil, awak jangan risau" kata doktor tu. "hm, doktor..saya nak tahu seulbin sakit apa?" tanya sohee.

"saya takboleh share maklumat peribadi pesakit saya, walaupun awak kawan seulbin" kata doktor tu. "doktor saya merayu sangat, saya nak tahu. saya nak tahu apa dah jadi dengan seulbin. saya janji saya takkan bagitahu seulbin. tolonglah bagitahu saya doktor" rayu sohee.

doktor tu pandang kiri & kanan sambil fikir nak cerita ke tak. dia pandang sohee dan sohee buat muka merayu.

"baiklah. saya bagitahu"
"sebenarnya seulbin memang pesakit tetap kat hospital ni. dia menghidap penyakit barah hati, dah stage ke-3"
lepas sohee dengar je semua tu sohee lost word.

"dia takboleh sembuh ke doktor?" tanya sohee lagi.
"boleh, tapi pihak hospital masih tak jumpa penderma hati untuk seulbin. mr. Kang & mrs. Kang takboleh jadi penderma sebab hati mereka tak sesuai untuk seulbin. lagipun mereka dah berumur" ujar doktor tu panjang berjela.

sohee diam je, doktor tu pun mintak diri dan sohee ucapkan terima kasih kat doktor tu.

sohee masuk kat wad kecemasan dimana katil seulbin berada. dia nampak seulbin tengah cuba bangun & nak cabut wayar kat tangan dia.

sohee lari kat seulbin lepastu dia tahan seulbin dari buat semua tu. "kau nak buat apa ni seulbin?" tanya sohee sambil pegang tangan seulbin.

"eonni, saya tak sakit. saya nak balik" bantah seulbin sambil cuba lepaskan tangan sohee. tapi sohee pegang dengan kuat. seulbin pun mengalah akhirnya.

sohee duduk kat kerusi tepi katil seulbin. "kau jangan macam ni seulbin. kau boleh balik harini, tapi tunggu appa kau ambil. aku dah call dia" kata sohee. seulbin hanya angguk.

"seulbin..." panggil sohee dengan lembut sambil capai tangan seulbin. seulbin dengus & pandang sohee. "kau taknak terima jinyoung sebab kau sakit ke?" tanya sohee.

muka seulbin berubah. dia taktahu nak jawab apa. tapi sohee asyik pandang dia.

"eonni.." kata seulbin perlahan.
"kalau betul sebab kau sakit kau taknak terima jinyoung, tu memang alasan paling mengarut. aku kenal jinyoung, dia takkan tinggalkan kau walaupun kau sakit. dia akan jaga kau tak kira sakit macam mana pun kau. dia akan protect kau macam dia protect diri dia" kata sohee. air mata seulbin dah bergenang.

"saya taknak susahkan jinyoung sunbae. saya taknak dia sedih kalau saya dah takda nanti" kata seulbin, airmata seulbin dah menitik dah.

"saya pun suka dia eonni" tambah seulbin sambil teresak, dia pun tutup muka. sohee bangun dari kerusi dan datang peluk seulbin. sohee tepuk-tepuk badan seulbin.

"jangan risau seulbin, kau akan sembuh. kau akan sembuh tak lama lagi" kata sohee.

flashback end...

sohee pandang jinyoung dengan member yang lain-lain yang tak habis-habis gelak. sembang benda pun taktahu lah dorang ni.

sohee suka tengok jinyoung gelak, lagi-lagi bila tak tutup mulut. in other words, dia suka tengok jinyoung happy. mungkin ada satu cara macam mana dia boleh buat jinyoung happy.

caranya ialah satukan jinyoung dengan seulbin. jinyoung dengan seulbin memang sepadan, sohee takboleh tipu tu. nak dibandingkan seulbin dengan dia, dia memang tak ada apa-apa.

petang tu jinyoung dengan sohee pergi main basket..

"aduh penatnya" kata jinyoung lepastu dia baring atas lantai gelanggang basket. sohee pun baring sekali. lepas jinyoung legakan diri dari penat, dia pun buka bicara.

"kau pergi mana semalam?" jinyoung tanya sohee sambil toleh kepala ke arah sohee. "aku jumpa seulbin" jawab sohee sambil pandang langit.

jinyoung yang dengar nama seulbin terus duduk. dia nampak excited. "kau buat apa jumpa dia?" tanya jinyoung. sohee letak dua-dua tangan kat belakang kepala dia lepastu dia pandang jinyoung.

"plan A" kata sohee sambil kenyit mata.
"serious ah??" tanya jinyoung dengan muka terkejut.
"kau tunggu jelah nanti, mesti dia akan cari kau" kata sohee dengan muka yakin.

jinyoung pun goncang badan sohee dengan excitednya. sohee tolak jinyoung sebab rimas. "hehehe aku nak ada gf dah, kau bila pulak?" kata jinyoung sambil smirk.

sohee pun duduk and face jinyoung. "hello aku dah ada bf ok!" kata sohee. muka jinyoung pun berubah dengan tiba-tibanya. "asal? tak percaya?" tanya sohee.

"siapa bf kau?" tanya jinyoung sambil silangkan tangan depan dada. macam eomma dah.

"adalah, kau sibuk kenapa??" kata sohee lepastu dia terus berdiri and capai bola. jinyoung pun bangun and kejar sohee. jinyoung nak rampas bola tapi tak sempat.

"nak fight?" tanya sohee sambil smirk.
"jom" jawab jinyoung dengan muka berlagak.

and dorang pun main sampai lewat petang.

masa nak balik dari tempat basket tu tetiba phone jinyoung berbunyi. ada orang call. sohee pun intai lah siapa, dia tengok nama seulbin terpapar kat screen.

jinyoung dah gelabah dah lepastu dia bagi phone kat sohee. "kau kenapa? dia call kau, kau la jawab" sohee angkat call tu lepastu dia letak kat telinga jinyoung.

jinyoung: he- hello?

to be continued🌸

vote&comment juseyo~

basketball; pjy (malay fanfic)Where stories live. Discover now