Azim mula mengenali seorang gadis bernama Erin. Hubungan mereka sangat akrab sebagai seorang sahabat. Makin lama makin nampak perubahan perasaan Azim terhadap Erin. Azim mula menyukai Erin. Tetapi Azim terpaksa memendam perasaannya.
Azim mula menyambung pelajarannya di sebuah kolej swasta di Shah Alam selama 4 tahun. Azim mula belajar bersungguh-sungguh untuk menamatkan pelajarannya dengan segera.
Perasaan hiba mula menyelubungi diri Azim kerana salah seorang daripada keluarga telah pergi meninggalkan dunia ini iaitu bapanya pada tarikh 26 April 2016. Setelah 4 tahun, Azim mula bertemu dengan Erin semula di kampungnya.
Azim sering berjumpa dan mengambil Erin di tapak permainan roller blade di Bandar Tenggara. Cinta dan sayang Azim terhadap Erin tidak pernah luntur sama sekali. Hari-hari hati Azim mengatakan cinta dan sayang kepada Erin. Walaupun Erin tidak tahu, Azim menyangka yang Erin mengetahui perasaannya itu.
Setiap hari Azim tidak pernah berhenti membuatkan Erin gelak ketawa begitu sekali. Setiap masa juga tidak lekang senyuman dibibir Erin, ada sahaja cerita dan lawak Azim yang membuatkan Erin tersenyum.
Waktu berlalu dengan pantas, Erin mula mengenali seorang lelaki bernama Syazwan. Syazwan juga mencintai Erin sepertimana Azim mencintai Erin, tetapi cinta Syazwan tersangatlah dalam sehingga Erin memutuskan untuk memilih Syazwan.
Kini Azim mampu menangis kerana cintanya dipandang sebelah mata. Setiap malam Azim akan menangis sehingga tidurnya bertemankan air mata. Azim sangat merindui Erin, rindu gelak ketawanya juga. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan.
Suatu hari Azim nekad untuk meluahkan perasaannya terhadap Erin, Azim mula chat Erin di wechat dan mengatakan perasaannya. Azim mengatakan perasaannya begini,
"Hai Erin?, awak apa khabar? Erm saya ingin jujur kepada awak tentang sesuatu, tetapi janganlah awak marah kepada saya, saya ingin meluahkan isi hati saya yang sekian lama terpendam. Saya amat mencintai dan menyayangi sudah lama, semenjak kali pertama kita bertemu dan bertentangan mata. Saya tidak mampu untuk meluahkannya sejak awal kerana takut awak tidak menyukai saya dan menolak cinta saya kepada awak. Awak pun sudah dimiliki oleh orang lain, saya hanya mampu mendoakan kebahagiaan awak dan melihat awak dari jauh sahaja. Saya tidak minta awak untuk faham, cukuplah saya sudah meluahkan segala perasaan saya yang selama ini terpendam. Jaga diri awak ye sayang. Assalamualaikum."
Kini hanya tinggal kenangan, Azim mula redha dengan takdir yang Allah tentukan untuk mereka berdua. Mungkin tiada jodoh diantara mereka. Segala kenangan bersama akan Azim kekalkan di dalam ingatannya.
P/s: orang yang kita sayangi mungkin akan pergi, tetapi kenangan tidak akan pergi meninggalkan kita. Wassalam.
YOU ARE READING
CINTA SEORANG PERINDU .
RomanceMengisahkan tentang seorang lelaki yang amat menyayangi seorang gadis tetapi gadis tersebut mempunyai seorang lagi lelaki yang amat menyayanginya . Ibarat CINTA TIGA SEGI .