PENGAKHIRAN

11 0 0
                                    

Tidak lama kemudian, Erin mula sedar akan kesilapannya itu. Sememangnya benar Erin mencintai dan menyayangi Azim setulus hatinya. Kini, Erin pula yang berusaha untuk mendapatkan hati Azim kembali.

Erin mula mencari Azim diwechat lalu menghantar chat kepada Azim.

"Awak? Saya perlukan awak sekarang ini. Saya tidak mampu untuk menipu perasaan saya terhadap awak lagi. Saya berharap awak tidak membuang saya dari hidup awak, sesungguhnya cinta dan sayang awak itu membuatkan saya tersedar akan kesilapan saya sebelum ini."

Lalu Azim berkata,

Bukankah awak sudah bahagia? Kenapa masih perlu mencari saya? Baru sekarang awak hendak sedar? Awak, memang selama ini pun awak jadikan saya sekadar sandaran awak sahaja. Cukuplah awak sudah menyakiti hati saya ini lagi.

Erin hanya mampu membaca chat itu sahaja. Mengalir air matanya, jatuh membasahi pipi. Lalu Erin mula mendiamkan diri, sepi menguasai diri.

*BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN*

Azim mula tertanya-tanya, dimanakah Erin? Mengapa dia tidak menghantar chat lagi kepada ku? Bisik hati kecilnya. Azim mula merinduinya seperti selalu. Azim melihat kembali conversation mereka, ternyata ayat Azim telah membuat Erin terguris.

Sebenarnya, Erin sudah tiada apa-apa hubungan lagi bersama Syazwan, Syazwan telah berubah menjadi seorang yang panas baran. Erin tidak lagi suka akan lelaki yang panas baran, lalu memutuskan untuk meninggalkan Syazwan.

Kini Azim mula mencari Erin kembali, Erin yang sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar membuatkan Azim ingin mencarinya. Azim terlihat kelibat seorang gadis di tapak permainan roller blade dimana tempat pertemuan antara empat mata dari perkenalan awal mereka.

Azim mula mendekati gadis tersebut, lalu terlihat gadis tersebut adalah Erin. Azim mula memujuk dan meminta maaf atas kata-katanya yang menguris hati Erin. Erin mula memaafkan perbuatan Azim, lalu mereka berbaik-baik seperti sedia kala.

*BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN*

Azim mula melamar Erin dengan niat tulus ikhlas, Erin menerima lamaran Azim dan Azim berjanji akan selalu mencintai dan menyayangi Erin seperti selalu. Erin pun berjanji akan selalu menjaga hati dan perasaannya terhadap Azim.

Mereka pun berkahwin. Yeayy!

THE END. :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA SEORANG PERINDU .Where stories live. Discover now