RESTU IBU

9 1 0
                                    

Hari berganti hari, Azim masih tidak boleh terima kenyataan dimana Erin sudah dimiliki oleh Syazwan. Setiap masa Azim memikirkan tentang Erin sahaja.

Azim sentiasa mengingati setiap saat dan detik manisnya bersama Erin. Azim selalu merindui senyuman manis yang diukir bibir Erin.

"Kenapa engkau memilih dia berbanding aku? Apa kurangnya aku? Adakah kau berfikir aku tidak mampu untuk membahagiakan kau?" Kata hati Azim yang sering membelenggu dirinya.

Tatkala Azim memikirkan tentang Erin, air mata mula menitis membasahi pipi yang tiada isi ini.

"Mengapa dan mengapa? Mengapa begitu cepat engkau berubah hati dan terima orang yang masih baru dalam hidup kau!" Rungut Azim sendirian.

Memang benar Azim menunggu Erin selama 4 tahun. Walaupun berjauhan, Azim selalu melihat gambar-gambar Erin dan gambar mereka berdua. Melihat gambar sahaja mampu mengubati rindunya yang amat dalam terhadap Erin.

Azim menjalani hidup yang berliku, hidupnya kini tidak terurus. Gayanya sahaja orang ramai dapat mengagak apa yang dipendam selama ini. Azim tidak mampu menahan perasaannya lagi, perasaan itu telah membuatkan Azim sering diganggu oleh bayangan Erin.

Azim memulakan perbualannya di wechat

"Hai Erin? Awak apa khabar? Saya cuma rindukan awak, awak bahagia ke dengan Syazwan? Walaupun awak mengatakan awak bahagia, saya seakan dapat mengagak yang awak tidak bahagia."

Kata-kata Azim membuatkan Erin tidak membalas chat tersebut.

Azim berasa hampa dan perasaannya tidak diendahkan buat kali kedua. Sudah beberapa kali Azim cuba untuk melupakan Erin, tetapi apakan daya. Azim sukar untuk melupakan Erin sama sekali.

"Kenapa susah sangat aku nak move on? Apa yang aku inginkan yang sebenarnya? Tolonglah faham, Erin sudah tidak memerlukan engkau lagi! Dia sudah bahagia dengan pilihan hatinya." Rintih hati kecil Azim.

Sebenarnya hubungan Azim dan Erin sebagai seorang kawan sudah direstui oleh ibu Azim. Ibunya lebih mengemari jika Azim meneruskan hubungannya dengan Erin lebih dari seorang kawan. Apakan daya, hasrat seorang ibu tercinta tidak dapat dipenuhi kerana Erin sudah dimiliki oleh orang lain.

Sayunya hati seorang ibu melihat anaknya bersedih kerana seorang perempuan yang amat dicintai olehnya. Ibunya mula berkata,

"Sudahlah nak, sudah tiada jodoh agaknya. Ibu tidak mahu kamu bersedih kerana seorang perempuan. Hidup mesti diteruskan walaupun cinta dan sayang kita tidak dipedulikan"

Even tiada jodoh, Azim tetap akan menantikan Erin pulang kedakapannya. Azim berharap Erin akan sedar dengan perasaannya yang mencintai dan menyayangi Azim dan bukannya Syazwan. Azim tahu, Erin juga mencintai dan menyayangi Azim sepertimana Azim mencintai dan menyayanginya.

P/s: cinta itu terlalu indah, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Jadi, hargailah orang yang menyayangi dan mencintai kita dengan setulus hati.

CINTA SEORANG PERINDU .Where stories live. Discover now