Akan ada satu ketika kita mula merasakan
ada yang tidak sempurna.
Mengenang masa lalu yang merosakkan masa depan kita.
Fikiran mula melayang memikirkan yang buruk-buruk sahaja.
Cacian manusia, kehancuran masa depan,
kegelapan, dan kedukaan.
Lepaskan,
jangan biarkan masa lalu menghantui masa depan.
Walau apa pun yang telah berlaku,
perkara yang baik akan datang jua bila tiba saatnya.
Cuma satu, jangan berhenti berjalan.
Memang benar, akan ada yang terus mengata
dan memaki atas kesilapan masa lampau kita.
Andai kata-kata mereka meruntuhkan semangat juang untuk kita bangkit semula, lepaskan.
Cari kelompok yang baru, yang mampu menjadi
pendamping dan berjalan seiring.
Jika kita terus kekal dalam dunia yang lama,
kita akan terus kekal dalam dunia yang lama,
kita akan terus dibebani rasa bersalah dan
memenjarakan jiwa sendiri dalam kegelapan.
Kebebasan tidak akan hadir sehingga kita membebaskan
pemikiran dari penjara yang kita ciptakan
YOU ARE READING
F R A G I L E
PoetryBukan kisah cinta. Bukan kisah lawak. Bukan kisah benar. Mahupun kisah seram. Hanya sekadar memberi motivasi diri bagi mereka yang merasakan diri mereka lemah dan tidak mampu untuk terus melalui dugaan yang diberi oleh-Nya. Harap dapat memberi kesed...