bab 1

864 53 6
                                    

Permulaan sang berdarah

"Huwahh" aku menguap seraya menutup mulut menggunakan tangan. Badan yang berada di atas pokok terasa bertenaga dan tanpa rasa takut aku melompat ke bawah.

"Opss hehe" ucap ku tatkala mendarat secara tidak berhati-hati dan hampir menyebabkan aku tersungkur.

"Yeah hari yang indah untuk memulakan perjalanan" kata ku sendirian sambil tersenyum memandang gunung yang gah berdiri jauh pada arah selatan.

Beg sekolah yang berada di dalam semak di gapai dan dipakai "hari pertama untuk aku memasuki ujian sekolah Elit"

Tanpa berlengah aku mula berjalan meredah padang rumput yang serba indah sehingga bertemu permulaan hutan.

Jika difikirkan tempat ini bagai permulaan hutan yang juga pemisah antara bandar.Di tengah nya padang rumput dan diakhiri dengan kawasan pergunungan.

Sambil aku memikirkan hal itu badan aku berjalan dengan sendiri melalui kawasan hutan. Bunyi-bunyi haiwan yang tinggal di sekeliling mula kedengaran tetapi dihiraukan.

Secara tiba-tiba perut aku mula berbunyi "erk.. aku belum sarapan" monolog ku lalu menarik baju lengan panjang ku yang menutup tangan.

Aku menatap kesan gigitan aku pada lengan sendiri seraya membenamkan gigi taring yang mula muncul untuk menyedut darah.

Ini memang perkara biasa bagi sesiapa dari bangsa sumpahan berdarah . Bangsa yang telah dikatakan pupus tetapi hanya tinggal aku seorang sebagai pewaris

Jadi ia berbalik pada perkara tadi ia satu keistimewaan bagi bangsa kami. Kerana kami mampu bertahan tanpa makanan serta minuman seumur hidup dengan hanya meminum darah sendiri kerana darah kami tiada had limit.

Malah aku boleh bentuk darah ini menjadi senjata mahupun mengawal darah di dalam badan orang lain.

"Slurpp ahh" ujar ku lalu menutup semula tangan ku tatkala rasa kenyang hampir tiba.

Sedar tak sedar aku sudah keluar dari hutan dan mula berjalan ke arah jalan.

Tanpa dipinta kepala aku ditoleh ke kiri dan melihat papan tanda yang tertulis DILARANG MASUK

Ia jelas menunjukkan orang ramai tidak dapat masuk ke dalam sebab dahulu bangsa aku yang menetap didalam hutan ini telah menghalang bangsa lain dari melawati ataupun menjejakkan kaki ke dalam kerana sejarah lama mereka yang aku tidak pasti.

Apa yang aku tahu sejarah menyatakan dahulu wujud nya perang antara bangsa sesama bangsa tetapi bangsa sumpahan berdarah iaitu bangsa aku tidak berminat dengan perang jadi mereka hanya bertahan di daerah tersendiri dan membunuh sesiapa yang masuk ke dalam hutan.

Sehingga sekarang hutan ini dilarang masuk walaupun hanya aku sahaja yang tinggal di dalam nya

Mungkin mereka tidak kisah ataupun hormat dengan peraturan yang ditetap kan oleh bangsa aku.

"Ok berhenti mengelamun kau kena fokus. Ini hari pertama kau masuk ke sekolah Elit" monologku sendirian lalu terlihat susuk tubuh seorang gadis berambut biru yang sedang duduk di pondok bas.

Raksasa di sebalik manusiaWhere stories live. Discover now