bab 6

423 44 0
                                    

Karsha

"Mizi!" Panggil Armel dengan mata nya memandang tepat ke wajah aku. Diri nya berasa kurang senang kerana sedar perubahan perangai rakan nya.

"Hah? Apa?" Soal ku cemas seraya memandang Armel "kau kenapa? Lain macam je aku tengok?" Soal gadis berambut biru itu sambil meletakkan tangan nya di dahi aku

"Tak panas" ucap nya perlahan seraya menyentuh dahi nya pula "sama sahaja suhu kita" ujar nya lagi lalu kembali memandang aku.

"Aku okey.. dah lah jom fokus dengan ujian kita akan hadap nanti" kata ku mendatar seraya memasukkan tangan ke dalam kocek seluar.

Perasaan kurang senang hadir dan membuat aku seperti orang tidak senang duduk.

"Hmmm nanti aku nak kau terangkan segala perangai pelik kau lepas habis ujian ni" kata Armel dingin lalu berjalan pantas ke hadapan meninggalkan aku bersama pelajar dari sekolah lain.

Aku berdecit sambil menggaru kepala 'haihhh aku tak boleh tumpu perhatian .. kenapa lah bau darah mayat tu masih ada kat udara' monologku sendirian.

*****

"Ok semua anda diminta bersedia kerana ujian akan berlaku dalam masa beberapa minit sahaja lagi"Kata senior perempuan berbangsa alam itu dengan kuat.

Ekor nya bergerak perlahan sambil mata nya memandang kami semua tajam.

"Robot-robot ujian atau dikenali silembab akan dijadikan sebagai penjahat untuk kamu hapuskan dan seperti diberitahu jika kamu gagal kalah kan sekurang-kurang nya dua silembab akan dikira gagal jadi dah faham?" Jerit senior perempuan itu diikuti jeritan pelajar di hadapan nya.

"FAHAM!"

"Bagus mari mula" kata nya lagi lalu muncul dua puluh empat robot berwarna putih dan hijau.

"Jadi siapa nak mula dahulu?" Soal senior lalu seorang lelaki berambut merah diikat dengan gaya dreadlock mengangkat tangan ke udara

"Saya!" Kata nya yakin lalu berjalan ke arah senior secara selamba "wahh bagus kita mula dengan kamu dahulu" kata senior ceria lalu menekan satu punat berwarna merah pada remot kawalan di tangan nya.

Sejurus selepas itu tiga robot yang dipanggil silembab mula bergerak dengan mata bercahaya.

"Kita mula dengan markah dua puluh" kata senior lagi lalu robot berwarna putih mula berjalan ke arah remaja berambut merah tadi dan berdiri di hadapan nya.

" okey pelajar lain diminta berundur beberapa tapak ke belakang dan diminta duduk" pesan senior sambil berjalan ke arah kami.

Semua pelajar mendengar arahan dia dan duduk beberapa tapak dari remaja itu dengan silembab.

"Okey aku sedia!" Kata nya sambil tersenyum lalu dirinya berubah menjadi raksasa berperisai berwarna merah dengan jalur kuning di sekitar badan.

Tangan nya juga menjadi lebih besar dan berkuku tajam manakala kepala nya seakan kepala naga dengan duri-duri muncul di belakang badan

'Woah bangsa raksasha.. Dikatakan bangsa ni mampu menukar diri mereka menjadi raksasa dan tinggal di negara bergunung jauh dari sini' monolog ku dalam hati sambil memerhati remaja itu.

Raksasa di sebalik manusiaWhere stories live. Discover now