bab 8

437 39 0
                                    

Si darah kehausan

Aku berjalan pantas meredah semak samun. Tempat dimana pelajar lain beserta Armel berada sudah tidak kelihatan lagi.

'Apa nak kisah aku boleh jejak bau darah mereka' monologku sendirian seraya bau darah haiwan mula menusuk hidung.

Nafsu memburu aku mula meningkat secara mendadak lalu aku dengan pantas seraya menarik nafas panjang sebelum menghembus semula.

.

..

...

keadaan mula sepi malah bunyi-bunyi haiwan yang berbunyi di setiap pelusuk hutan tidak kedengaran.

"rusa jantan, jarak aku dengan dia enam ratus meter, tiada penyakit dan...lazat" kata ku sendirian dengan kedua anak mata ku merah menyala.

Debu-debu merah mula terhasil di atas rambut tatkala aku menggosok tapak tangan ku.

"Pemburuan bermula" kata sambil tersenyum lalu berlari pecut mengikut jejak bau darah rusa jantan itu.

Tidak sampai lima minit kelibat rusa jantan mula kelihatan.

Haiwan pemakan sayuran itu sedang memakan rumput seraya terhenti dan memandang aku seperti mengetahui musuh semula jadi nya hadir lalu berlari laju menjauhi aku.

"Ini seronok" kata ku lagi lalu berlari mengejar rusa itu. Tanpa aku sedar kini aku semakin hampir dengan tempat tinggal sendiri iaitu hutan sumpahan.

"Dapat kau!" Jerit ku seraya menerkam rusa jantan itu "maaf aku tak suka main-main dengan makanan" kata ku tatkala rusa itu seperti cacing kepanasan untuk melepas kan diri.

"Haahhhh dah lama tak memburu" kata ku sambil tersenyum manis seraya menggigit leher rusa jantan itu dan menghisap darah nya sehingga ia sudah tidak bergerak.

'Maaf rusa...ini hari malang kau..'

***

"Hey Mizi kau pergi mana? Kenapa lama sangat?" Marah Armel sambil memandang aku tajam

"Ahh maaf lah aku tadi sesat" kata ku lalu ketawa kecil. Riak muka Armel kelihatan ragu-ragu sambil mata nya seperti menikam mata ku

'Habislah'

"Aku tahu kau menipu sekarang-" sebelum sempat Armel menghabiskan ayat nya. Senior terlebih dahulu menyampuk dengan memberi arahan supaya murid beratur untuk kembali semula ke tempat berhimpun.

"Errr nanti aku terangkan" kata ku seraya berjalan ke arah sekumpulan murid lelaki yang mula beratur.

Aku sempat menoleh ke belakang dan melihat Armel seperti tidak puas hati tetapi di berjalan ke arah barisan murid perempuan yang paling belakang dan beratur.

'Hehehe nasib selamat' monologku sendirian sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Hey" sapa seseorang dengan tangan nya menyentuh bahu ku "hah?" Ucap ku perlahan lalu melihat gerangan yang menyapa aku.

"Aku Ren" kata nya sambil tersenyum seraya menghulurkan tangan untuk bersalam "owh ye ye aku Tarmizi" kata ku sedikit kurang selesa tetapi menyambut salam nya.

Raksasa di sebalik manusiaWhere stories live. Discover now