Jalan Puncak Alam (i)

53 2 0
                                    

25 Mei 2017,tarikh yang sangat bermakna bagiku. Pada tarikh itu,aku akan berdaftar di UiTM Puncak Alam. Aku sangat bersyukur kerana permohonan aku untuk sambung belajar selepas SPM ke peringkat universiti telah diluluskan

Malam itu,di rumah,aku telah membuat persiapan dari segi pakaian,barang mandi,makanan,minuman,dan yang paling penting segala dokumen yang aku perlukan untk esok telah ku letakkan di beg bagasiku sekali. Yelah mana tahu nanti benda penting aku akan tertinggal sebab manusia mudah lupakan.

Aku membuat checklist untuk terakhir kali sebelum masuk ke bilik untuk tidur. Selepas siap semua semakan terakhir,aku terus masuk ke bilik untuk tidur. Yelah esok kena bangun awal sebab pendaftaran esok bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Takut terbangun lewat dan kelam kabut. Memandangkan aku drive sendiri ke universiti itu so kenalah punctualkan

Semasa hendak memejamkan mata,telefonku berdering. Kringkring. Siapa pula lah yang telefon aku tengah-tengah malam buta ni. Dengus hatiku. Danial,nama yang terpapar di skrin telefonku. Dah kenapa lah budak ni call aku. "Hoi bro,apa hal call aku malam-malam buta ni?"tanya aku dengan sedikit kasar.

"Sorry ar bro kacau kau malam-malam ni. Aku nak tanya kau sambung belajar mana?"balas Danial. Hah ni mesti kes tak baca group whatsapp 'batch 99'. Sebab tu dia tanya. Sebab aku dah bagitahu dah dalam group tu aku dapat sambung belajar mana. "Aku dapat UiTM Puncak Alam. Kau dapat mana pula?"balasku.

"Puncak Alam?"kata Danial dengan terkejut. Dah kenapa pula dengan budak ni tetiba terkejut dengar nama PUNCAK ALAM. "Haah UiTM Puncak Alam. Kenapa kau terkejut semacam je bila dengar PUNCAK ALAM?"tanyaku dengan menekan sedikit nama tempat itu. "Aku ada dengar yang UiTM Puncak Alam tu...",potongku,"Berhantu?".

"Macam mana kau tahu?"balas Danial. "Semua orang yang telefon aku tanya aku sambung mana,then aku jawab UiTM Puncak Alam. Semua cakap tempat tu berhantu. Rupa-rupanya kau pun sama macam mereka kolot sebab masih percayakan hantu. This 2017 la bro. Mana ada hantu dah zaman sekarang."balasku dengan sedikit tegas.

"Kau jangan wei. Kawan aku dah kena tau time dia study dekat sana dulu. Kena kacau time tidur."jawab Danial untuk menyakinkan aku tentang semua cerita tahyul dan rekaan je semua tu. "Kau jumpa tak? Tak jumpakan so mana ada benda tu. Tah-tah kawan kau saja nak takutkan supaya tak sambung belajar sama universiti dengan dia sekali. Kau ni cepat sangat percaya orang."balasku dengan selamba.

"Kau jangan cakap besar. Sat gi benda tu..",potongku lagi,"nanti benda tu kacau aku? Sebelum benda tu kacau aku,aku sepak dia dulu."jawabku dengan selamba lagi. "Dahlah aku nak tidur. Jadi ngantuk pula aku layan kau ni. Assalamualaikum."kataku dengan menamatkan panggilan itu terleih dahulu. Lalu aku terus melelapkan mataku yang sudah berat itu.
_______________________________________________________________________

Kringgg~~~ Jam locengku berbunyi. Alamak pukul 7.15 pagi dah ni. Macam mana aku boleh terlajak tidur ni. Niat asal aku nak bangun pukul 6 pagi tapi terlajak tidur pula sampai pukul 7.15 pagi pula. Ini mesti sebab aku layan Danial malam tadi. Keluhku. Aku terus bangun dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas siap mempersiapkan diri,aku keluar dari bilik untuk menjamu sarapan yang telah disediakan oleh ibuku

"Hah tulah,semalam orang suruh tidur awal,degil. Kan dah lewat. Dahlah kau kunci jam pukul 6 pagi. Memekak dah jam kau tu. Kuat tu pun kau tak dengar."bebel mamaku. Aku hanya abaikan sahaja bebelan ibuku itu. Selepas siap makan,aku masukkan beg bajuku ke dalam keretaku. Aku bersalam dengan imama dan papaku. "Bawa kereta elok-elok. Jangan kelam-kabut sangat. Hutang kereta tak habis bayar lagi tu."usik papaku.

"Arrian,beg baju kamu ni tak nak bawa ke? Kau nak pakai apa malam nantk dekat asrama."panggil mamaku. "Eh saya dah masukkan beg dalam kereta la tadi,ma."jawab aku untuk memastikan bahawa memang aku sudah masukkan beg dalam kereta. "Meh sini kamu tengok,bukan beg baju kamu ke ni?"tanya mamaku semula untuk memastikan.

Apabila aku jergah ke dalam rumah,memang benar itu beg bajuku yang mamaku maksudkan tadi. Macam mana beg tu boleh ada dalam rumah? Aku dah bawa masuk dalam kereta dah tadi kalau tak silap. Kalau itu beg aku,beg siapa tadi aku bawa masuk dalam kereta tadi? Bisik hatiku. Aku terus pergi ke belakang kereta untuk membuka bonet dan periksa beg yang aku bawa tadi. Kosong. Macam mana beg tadi tu boleh tidak ada pula? Bisik hatiku lagi.

"Kamu buat apa lagi tu dekat kereta.Cepatlah bawa masuk beg baju kamu tu ke dalam kereta. Lewat pula nanti nak daftar."jerit mamaku sehingga menyedarkan dari mengelamun sebentar. Aku terus mengambil beg bajuku masuk ke dalam kereta. Lalu aku bersalam dengan ibu dan ayahku sekali lagi. Orang kata salam dengan orang tua banyak kali tidak mengapa,ambil berkat la katakan.

Aku terus memecut keretaku. Ah sudah pukul 9 pagi. Harap-haraplah jalan tak sesak. Kalau sesak nanti lewat pula aku nak daftarkan diri. Keluh hatiku. Selepas 30 minit memandu,lega hatiku apabila nampak papan tanda menunjukkan simpang masuk ke UiTM Puncak Alam. Selepas 20 minit,aku masih tidak nampak satu bangunan pun universiti itu. Hari sebelum pendaftaran,masa cari universiti ni tak sampai 10 minit pun. Ni dah 20 minit pun masih tak nampak lagi bangunan UiTM pun. Dengus hatiku dengan sedikit marah.

10 minit lagi mesti sampai nanti. Mungkin sebab aku kelam kabut kot sebab tu aku rasa macam jauh. Kena cari dalam keadaan tenanglah. Kata kepada diriku sendiri. Aku meneruskan perjalananku dengan memandu terus. Selepas 10 minit aku sampai ke suatu hutan yang sunyi. Aik sejak bila ada hutan dekata sini. Hari tu aku datang tak ada pula hutan ni. Keluh hatiku lagi menambahkan lagi risauku

Dekat satu jam masih tidak nampak pintu masuk. Apa yang aku nak buat sekarang. Jam telah menunjukkan 10.30 pagi. Sempat lagikah aku unuk berdaftar. Aku terus memejamkan mata dan beristighfar dalam hati. Apabila aku angkat semula kepalaku,aku tidak sangka bahawa aku telah berada di hadapan pintu masuk UiTM Puncak Alam.

Tanpa berfikir panjang,aku terus membelokkan keretaku pintu masuk universiti tersebut. Aku terus meletak keretaku di tempat parkir pelawat. Aku terus berlari menuju ke bilik kuliah yang telah ditetapkan mengikut aliran masing-masing untuk berdaftar. Boleh dikatakan aku seperti bermain running man. Fuhh nasib baik sempat.

Selepas siap mendaftar,aku kembali ke keretaku. Aku masuk ke dalam kereta dan berfikir sejenak. Pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Pagi tadi pasal beg bajuku. Seingat aku,aku telah masukkan ke dalam kereta tetapi macam mana boleh ada semula di dalan rumah. Lepas itu,macam mana aku boleh sesat selama 1 jam hanya kerana mencari universiti ini. Sebelun hari pendaftaran,aku telah cari terlebih dahulu universiti ini. Hanya dalam 10 minit dari simpang empat dekat jalan besar.

Ah takkan benda tu nak kacau aku pagi-pagi begini. Lagipun benda tu mana wujud. Dengus kata hatiku. Aku terus memandu ke bangunan asrama untuk mendaftar bilik. Aku terus mendaftar bilik setibanya disana. Aku membawa masuk barang-barangku ke dalam bilik. Aku ditempatkan bersama tiga orang,termasuk aku empat orang satu bilik.

Masa itu sudah seperti sesi suai kenal. Arman,lelaki yang duduk bersebelahan katilku Dia berasal daripada Kedah. Sungguh bergaya dan tampan orangnya. Dua orang lagi ialah,Fariz dan Heykal. Mereka berdua berasal daripada Kuantan,Pahang.

Tengok pada jadual,malam ini akan diadakan orientasi. Jadi aku mempunyai banyak masa. Jadi aku bercadang untuk pulang ke rumah ibu bapaku. Rumah mereka pun tak ada lah jauh sangat dari sini. Sebelum maghrib aku datanglah semula. Esok pula aku tak ada sebarang aktiviti,jadi selepas orientasi aku akan pulang semula ke ruma ibu bapaku. Yes pandai juga aku rancang. Biasalah kalau first time berpisah dengan mama dan papaku,mungkin agar rindu sedikit kepada mereka. Walaupun akuanak sulung dan mempun 3 orang adik dibawahku,aku agak manja sedikit dengan papa dan mamaku.




UiTM PUNCAK ALAMWhere stories live. Discover now