Jalan Puncak Alam (iii)

19 1 0
                                    

Aku telah memberhentikan keretaku secara mengejut. Aku sangat terkejut. Seorang lelaki telah menahan keretaku. Dia berdiri di tengah jalan. Nasib baik aku sempat memberhentikan keretaku. Kalau tak mesti jadi lagi satu kejadian yang mistik.

Dia ni orang ke bukan? Kenapa dia tahan kereta aku tengah-tengah jalan yang sunyi ni? Segala persoalan telah singgah di fikiranku. Lelaki itu berjalan ke arah tepi keretaku. Nak buka ke tak tingkap ni? Satu lagi soalan datang ke dalam kepalaku.

Lelaki itu mengetuk tingkap keretaku. Aku membuka tingkap kereta hanya sedikit. "Maaf ye,cik sebab saya ganggu encik malam-malam begini. Tapi boleh tak kalau saya nak minta tolong sikit?"tanya lelaki itu.

"Assalamualaikum. Apa yang saya boleh saya bantu,tuan?"balasku kembali. "Waalaikumussalam. Ni mesti syak saya bukan manusia kan sebab saya tahan encik tengah-tengah malam beginikan. Semua orang yang lalu jalan ni yang saya tahan,sume ingat saya bukan manusia."kata lelaki itu.

Owh manusia rupanya. Islam pula tu sebab jawab salam aku tadi. Kata hatiku. Aku berasa lega apabila dia menjawab salamku. "Eh mana ada. Ada apa yang saya boleh tolong,tuan?"tanyaku semula dengana soalan yang sama.

"Macam ni. Kereta saya rosak dekat depan sana tu. Saya rasa kereta saya kehabisan air rasanya sebab temperature kereta tu terus naik. Jadi saya nak minta tolong encik kalau ada air lebih ke."jelas lelaki itu. "Macam tu kisahnya. Saya ada air lebih. Memang saya ada spare banyak dalam kereta. Tak pelah naik kereta saya,saya hantarkan."balasku. Aku mempelawa dia untuk naik keretaku untuk pergi ke keretanya.

Aku pun memandu keretaku ke hadapan. Memang bawa kereta ke depan kan takkan ke belakang pula kan. Tapi perasaan legaku tidak lama. Tetiba hatiku berasa kurang senang. Agar tidak melayan perasaanku,aku bersembang dengan lelaki itu. "Seorang je ke?"tanyaku. "Eh tak. Saya dengan keluarga saya. Isteri dengan anak saya tunggu dekat kereta."jawab lelaki itu.

Nak tanya apa lagi ea. Soalku sendiri. "Dari mana nak ke mana?". Lelaki itu terus memandangku dengan serius. Aku salah cakap ke dekat dia ni. Aku berkata sendiri lagi. "Saya dari UiTM Puncak Alam,ambil anak."jawab lelaki itu. "Ouh macam itu. Anak pakcik ambil course apa?"soalku dengan penuh semangat. Mana tahu kalau anak dia perempuan kot. Mungkin ada peluang untuk aku mengenali lebih rapat bakal bapa mertuaku ni.

"Pak cik pun tak pasti anak pak cik ambil jurusan apa. Cik kenal kot dengan anak saya. Nama dia Camelia."jawab pakcik itu. "Laa Camelia tu. Saya kenal sangat. Tadi saya bersembang dengan dia lah dekat universiti tadi."kataku dengan penuh kuat. Dalam sedar tak sedar. Kami berdua telah sampai di kereta pakcik itu.

"Ni air yang pakcik minta tadi. Mana keluarga pakcik?"tanyaku sambil memberi sebotol air kepadanya. Pakcik itu menghiraukan pertanyaanku. Pelik. Pakcik ni tadi cakap isteri dengan anak-anak dia tunggu dekat kereta. Tapi dalam kereta dia,kosong je. Soalku sendiri. "Tak cukuplah,nak. Ada lagi tak air."tanya pakcik itu memecahkan kebuntuanku.

Aku terus mengambil sebotol air lagi di dalam keretaku. "Astaghfirullahal'azim,"ucapku panjang. Seperti diluar jangkaan. Apabila aku memusingkan sahaja badanku,isteri dan anak-anak pakcik itu sudah berada dalam kereta. Dari mana mereka muncul. Aku terus memegang leherku. Terasa seram sejuk di belakang tengkukku. Bulu romaku meremang.

Aku terus memberikan botol air itu kepada pakcik itu. "Kenapa dengan anak ini? Menggigil macam baru nampak hantu je."tanya pakcik itu. Lebih dari hantu dah aku nampak ni. Selepas itu,aku mengambil telefonku di dalam beg sandangku yang berada di dalam kereta. "Mana pula la handphone aku ni. Time nilah dia nak menghilang."bebelku sendiri sambil mencari telefonku.

"Awak cari ni ke?"tanya seseorang dari belakangku. Seperti suara yang sangat kenal. Ah satu lagi kejutan. "Aa..Aa..awak rupanya. Ma..ma..mana awak jumpa phone saya ni?"tanyaku dalam keadaan sungguh mengejutkan sampai tergagap jadinya. "Masa awak punggah kereta tadi,phone awak ni terjatuh dari kereta. Jadi saya ambil la bila awak cari telefon tu."terang Camelia.

UiTM PUNCAK ALAMWhere stories live. Discover now