Jalan Puncak Alam (ii)

20 0 0
                                    

"Ibu,Arrian pergi U dulu ye."pintaku. Aku terus bersalam dengan dan mencium kedua-dua tapak tangan orang tuaku. "Malam ni Arrian balik rumah ke stay dekat asrama?"tanya ibuku. "Mmm... Tengok dulu lah. Apa-apa nanti Arrian call ibu ye."jawabku dengan berfikir panjang untuk mencari jawapan.

"Arrian,nak pergi universiti tu guna jalan lama ke jalan baru?"tanya ayahku. Aku pun tak terfikir lagi nak guna jalan mana. Aku selalu buat keputusan bila atas jalan. "Jalan baru kot. Cepat sikit sampai. Cuma banyak traffic light jelah."jawabku lagi.

"Ayah pun suka kalau kamu guna jalan baru sebab jalan lama tu bahaya sikit. Lagipun orang sekarang dah jarang guna jalan tu."pesan ayahku. Aku pun hanya anggukan sahaja apa yang dipesan oleh ayahku itu. Lalu aku bersalam sekali lagi dengan kedua-dua orang tuaku.

Aku masuk ke dalam kereta dan aku hidupkan enjin keretaku. Aku mengundurkan keretaku lalu aku terus memecut keretaku. Harap-haraplah tak jammed jalan petang ni. Bisik hatiku. Selepas 45 minit,aku telah tiba di perkarangan blok B.

Mengikut jadual yang diberikan,orientasi pada malam itu memang dibuat di blok B. Mana pula semua orang ni. Aku tak nampak seorang pun dari tadi. Keluh hatiku. Hah baru aku teringat,nasib baik aku sempat ambil nombor telefon roommates aku tadi. Bisik hatiku. Lalu,aku terus mengambil telefonku di dalam beg sandang aku.

"Hello Arman,Kau dekat mana? Aku ada kat depan blok B dah ni."tanyaku. "Aku dengan Fariz dan Heykal dah on the way ke sana. Awal betul kau sampai."jawab Arman. Lega hatiku apabila dengar mereka dalam perjalanan ke blok B.

Semasa menunggu mereka,aku mematikan enjin keretaku dan keluar untuk duduk di bangku yang tersedia di hadapan keretaku. Sedang khusyul aku melayan telefonku itu,tetiba ada satu suara perempua menegurku dari belakang. Aku pun memusingkan kepalaku ke belakang.

"Eh awak ni terperanjatkan saya je."tegurku dengan penuh terkejut. "Maafkan saya kalau saya menyebabkan awak terkejut."balas wanita itu.

"Awak,dekat sini ambil course apa?"tanya wanita itu. Aku terus menyimpan telefonku semula ke dalam poket seluar jeansku. "Say ambil perakaunan. Awak pula ambil course apa?"balasku semula.

"Eh samalah kita dua."jawab wanita itu. "Sebelum itu,apa nama awak? Saya,Arrian."tanyaku kepada wanita itu. "Nama saya Camelia. Awak boleh panggil Cammy je."jawab wanita itu. "Saya masuk dalam dulu ye."pinta Camelia,lalu dia terus masuk ke dalam dewan itu terlebih dulu.

"Hah kat sini rupanya kau. Puas kitorang cari kau tadi. Call tak jawab."Jerit Arman sehingga menyebabkan aku terkejut sebentar. "Call? Tak ada pun bunyi telefon aku tadi. Jap aku check."tanyaku dengan penuh kekeliruan. Memang betul ada lima missed calls daripada Arman. Macam mana aku tak dengar pula.

Aku tak silent pun telefon aku ni. Pelbagai soalan yang berada di dalam kepala aku. "Woi,kau dah kenapa? Macam kena sampuk dengan hantu je. Ada tak missed calls aku?"tegur Arman mematikan lamunan aku sebentar. "Hah? Oh ada-ada. Aku silentkan telefon aku tadi. Sebab tu aku tak dengar. Aku bersama-sama kawanku masuk ke dalam.
_______________________________________________________________________

Tepat jam 11 malam,majlis orientasi bagi pelajar baharu telah pun pun tamat. Akhirnya habis juga orientasi ni. Alang-alang esok aku pun tak ada sebarang program,boleh lah aku balik rumah mak ayah aku. Kata hatiku dengan penuh riang. Kami semua menuju ke satu ruang untuk santapan makan.

Aku,Arman,Fariz dan Heykal mencari satu meja untuk kami duduk. "Ada satu kat hujung sana."kata Heykal. Kamk berempat terus menuju ke meja yang ditunjuk oleh Heykal. Semasa makan,aku seperti kura-kura. Aku mencari dimanakah wanita yang aku jumpa di depan tadi?

"Kau cari siapa weyh? Dari tadi aku tengok kau ni macam tangah cari seseorang je."tegur Heykal. "Aku cari Camelia la."jawabku dengan selamba. Aku sambung mencari lagi. "Camelia?"tanya Fariz dengan penuh kekeliruan. "Hah ah Camelia. Perempuan yang aku sembang tadi semasa tunggu korang "jawabku lagi.

"Aku tengok kau tadi duduk sorang je. Tak ada orang lain pun dengan kau tadi."kata Arman. Aku terus memalingkan muka ke arah Arman. "Adalah tadi. Betul weyh ada."jawabku dengan penuh yakin. "Tah-tah perempuan yang kau jumpa petang tadi..."usik Heykal. "Ish bongoklah kau ni. Dahlah malam ni aku balik rumah mak ayah aku. Lagipun benda tu mana wujud."jawabku dengan penuh yakin

Selepas sudahnya makan,kami berempat keluar dari ruang makan itu. "Arrian,aku baru dapat info yang jalan utama untuk balik ke rumah mak ayah kau jammed teruk."kata Fariz. "Kalau macam tu aku gunalah jalan lama. Habis cerita kan."jawabku dengan selamba.

"Kau gila ke nak guna jalan lama. Orang kata jalan lama tu.."potongku,"Berhantu? Tu dulu. Sekarang dah tak ada. Kalau betullah ada hantu,kalau dia muncul depan aku nanti,aku smack down dia tu dulu."jawabku sambil gelak. Namun hanya aku seorang sahaja yang mendapat lawaknya. "Dah lah. Aku balik dulu."pintaku.

Haish,teruk sangat jammed ni. Dari tadi tak gerak langsung. Dah 30 minit dah still tak gerak. Keluh hatiku. Tetiba mataku tertumpu pada satu simpang. Seperti ada yang menarik perhatianku sahaja jalan itu. Aku terus memberikan isyarat untuk belok ke kiri. "Orang kata jalan lama tu berhantu."kata-kata Arman itu terus muncul di fikiranku. Haish tak mungkinlah. Mereka cakap macam tu sebab nak suruh aku tidur dekat hostel la tu.

2017 mana ada dah benda macam tu. Itu semua hanya rekaan je. Kata hatiku dengan penuh yakin. Aku terus memandu memasuki ke simpang itu. Rasa seram sejuk pun ada juga semasa aku memasuki ke simpang itu. Kenapa tak nampak pun kereta yanh lalu sini? Mereka ni tak tahu ke jalan ni boleh guna? Ke mereka ingat jalan ni masih keras?

Pertanyaan iu terus muncul di fikiranku. Memang pelik. Seperti kereta aku sahaja yang ada di atas jalan itu. Aku kuatkan hati untuk meneruskan perjalanan. Selepas 15 minit,aku seperti nampak sebuah kereta di belakang aku. Aku berasa syukur kerana ada juga kereta lalu jalan ini. Tetapi yang paling pelik bagiku,kenapa kereta itu asyik memberi lampu besar(highlight/high beam).

Kalau nak potong,potong jelah. Bodohlah pemandu belakang ni. Tak payahlah bagi lampu macam tu. Sakit mata tahu tak. Bebelku dengan kemarahan yang membuak. Aku memperlahankan keretaku,mungkin dia takut nak memotong keretaku sebab aku bawa kereta dengan laju kot. Aku terus berfikiran positif pada masa itu.

Kereta itu pun terus memotong keretaku. Aku tidak sempat untuk tengok pemandu itu mahupun kereta itu kerana kereta itu dipandu dengan laju. Mesti nak terkencing la tu sebab tu baw bukan main laju lagi. Kataku dengan penuh selamba. Selepas 10 minit,ada lagi sebuah kereta di belakang aku.

Aku berasa syukur lagi. Tetapi perasaan bersyukur itu tidak lama selepas sku perasan bahawa kereta di belakang aku itu adalah kereta yang sama seperti kereta tadi. Aku terus mendiamkan diri dan terus memandu keretaku dengan laju. Aku tidak mahu kereta itu memotongku lagi. Malangnya kereta terus memotongku. Secara tidak langsung kereta aku menjadi perlahan.

Secara tidak langsung juga,aku pun melihat kepada kereta itu. Menambahkan lagi ketakutan aku pada masa itu,tiada seorang pun dalam kereta itu. Kosong! Mataku tidak dapat berkelip seperti dijampi sahaja. Kereta itu terus pecut meninggalkan kereta aku di belakang. Namun,ada satu lagi kejutan telah berada di hadapan keretaku.

UiTM PUNCAK ALAMWhere stories live. Discover now