PART 11

762 71 2
                                    

       Selepas dipujuk oleh Frenz77 . Tiga Perempuan itu bersetuju untuk berehat di rumah Alif dulu .

               Alif menunjukkan jalan ke arah rumah nya .

 
      Akhirnya Pajero  berhenti di sebuah rumah Banglo yang tersangat lah besar .

        Alif keluar dengan berhati hati dan menuju ke arah pintu pagar .

    Alif menekan punat nombor untuk membuka pintu pagar itu .


      Secara automatik nya pintu pagar itu terbuka sendiri . Alif kembali masuk ke dalam pajero kerana khuatir zombie menyerangnya nanti.



       Kereta Pajero itu pun masuk ke dalam kawasan rumah banglo itu . Pagar secara automatik tertutup balik .


 
        Mereka yang lain ternganga apabila sampai ke dalam kawasan rumah Alif .


    
      "Ini Banglo ke Istana ? "Tanya Haikal



      "Entah lah weeee " kata Alif dan keluar dari pajero . Mereka pun turut keluar .



             Dari jauh kelihatan  keluar beberapa pengawal rumah dan menuju ke arah mereka.



    "Tuan muda tak apa apa ? "Tanya seorang pengawal itu .



       "Alif okay " balas Alif



     Selepas disuruh Alif pergi menyediakan bilik . Pengawal itu patuh dan pergi . Untung Alif



    Mereka masuk ke dalam ruang tamu rumah Alif . Masing masing menunjukkan wajah jakun
mereka hahaha



      "Jemput lah duduk . Nanti pembantu saya sediakan air ." Kata Alif .


 
   Mereka pun duduk di meja yang terdapat di ruang tamu itu . Memang luas


 

   "Alif ! Tak sangka pula kau ni anak orang kaya. " kata Haikal



  "Saja tak nak bagitahu " balas Alif


  
    "Kat sekolah bukan main selekeh gaya kau ." Kata Syahmi pula .


     "Mana ibu bapa kau ? "Tanya Sarah



    "Ibu bapa aku dah lama meninggal. Sejak kecil aku dijaga oleh pembantu setia ayah aku "kata Alif sambil tersenyum hambar .



   "Maaf sebab tanya pasal tu "kata Sarah . Ya kesal



    "Tak apa . Aku tak ambil hati pun . Orang yang pergi tak akan kembali . Yang hidup ini kena teruskan hidup" kata Alif




   "Tak apa selagi kami masih hidup . Selagi tu lah kita bersama. Betul tak kawan kawan ? " Kata Amin



   "Betul Tuu !!" Jawab mereka serentak .



   ///////////////////////////////////

  Alif menunjukkan bilik masing masing di tingkat atas .


    "Bilik sebelah kanan tu untuk perempuan . Sebelah kiri tu untuk lelaki " kata Alif




    "Jangan risau bilik itu boleh melebihkan tujuh lapan orang " kata Alif lagi .



   "Terima kasih Alif " kata Mil . Mereka yang lain hanya senyum



"Ok lah saya pergi bawah kejap . Nak suruh pengawal saya jaga kawasan rumah ini " kata Alif



   Mereka hanya menjawab okay sahaja dan terus masuk ke dalam bilik . Dah lama mereka tidak rehat .



    ///////////BILIK LELAKI////////

  "Fuhh lama dah tak rehat macam ni "kata Mil sambil melompat ke atas kantil empuk .


 
"Kan . Asyik asyik lari je . Boleh lah kita rehat puas puas nya . Rehat kan tulang belulang kita hahaha " kata Zul




  Arhhhhh !!  Kedengaran jeritan Haikal dari dalam tandas


  Mereka berpusu pusu ke arah tandas


  "Kenapa ni Haikal ? Ada zombie ke ? " tanya Syahmi



  "Ni tandas ke apa ? Siap ada TV besar . Jubin warna emas wow semua ada " kata Haikal sambil wow kan tandas itu




   "Erkk aku ingat ada zombie ke apa tadi . Buat risau kami je " kata Amin


    Mereka tergelak bersama sama . Hahahahaha

ZOMBIE Where stories live. Discover now