Cahaya Mardiana & Mark D AngeloMardiana resah dalam bilik pengantin. Sarah dan juga sofea hanya jadi pemerhati.
" Mar.... Kalau kau nak lari sempat lagi ni...!".
Sarah mencubit paha sofea. Terjungkit- jungkit matanya menujukan tanda amarahnya.
" Ha... Ok... Ok... Kita keluar ikut tingkap ni.".
Ajak Mardiana.
". Woiii.... Sedar diri tu sikit... Kau nak malu kan Wan kau...".
Mardiana mencebik, dia duduk Semula di birai katil. Terasa menyesal pula menerima kehendak Mark. Kenapalah dia lembut hati menerima cadangan lelaki itu.
" Relaks lah sikit... Kau dah kahwin pun." .
Pujuk Sarah lagi. Mardiana diam. Ya dia hanya berkahwin sahaja pun kalau pun mereka tidak ada keserasian selepas ini mereka boleh berpisah.
" Ok.... Aku relaks....ok.".
Sarah hanya tersenyum lalu di cium pipi Mardiana, kemudian sofea pula mengambil peluang mencium pipi teman serumahnya. Biar pun baru kenal tapi mereka sudah mula rapat.
" Nanti kalau ada apa-apa atau Mark buat hal kalau kau tak ada tempat nak tuju. Kau datanglah cari aku. Insyaallah aku akan tolong. ".
Janji Sarah.
" Ya... Aku tahu... Kau lah sahabat dunia akhirat."
Mereka berpelukan tanda bertapa eratnya persahabatan mereka. Persahabatan yang terjalin sejak mereka kecil lagi.
" ollolololo.... Comelnya... ".
Sofea menyampuk bila lama sangat 2 teman serumahnya berpelukan. Dah macam belangkas sahaja gayanya.
" tak sangka sekejab jerr kau tinggal dengan kami kan. Aku pun dah selesa tinggal dengan kau. Sekarang kau dah jadi isteri orang. "
" tak pe nanti kita cari penyewa baru... "
sarah menyampuk. Mardiana menjeling geram. Baru tadi berpelukan, teman sejati lah konon.
" amboii... Cepatnya kau nak cari penganti aku. ".
" hahahha.... Gurau jerrr lah. Cepat sangat terasanya. "
Mardiana hanya mencebik dengan gurauan teman-temannya. Sebetulnya dia tidak ramai teman. Hanya Sarah teman sejatinya. Kalau ada yang lain pun tidak lebih sebagai teman atau pun kenalan.
" lama tak kau cuti?.... ".
Lupa nak tanya. Mereka rakan kongsi kedai biskut dan kerepek. Selain kedai itu mereka juga adakan kelas masakan kepada orang awam yang mahu berlajar memasak. Dan kepada yang berminat untuk menceburi bidang kulinari.
" tak tau lah lagi... Aku pun tak pasti nak cuti berapa lama ni.... ".
Cuti yang seminggu ini pun di ambik mengejut. Kesiankan Wan nya yang mahu membuat sedikit kenduri doa selamat sebah dia berKahwin. Memang mereka angkat nikah di pejabat agama sahaja. Kenduri ini pun hanya nak bagi tahu yang dia dah pun berkahwin bagi mengelak daripada fitnah. Ini pun sekadar buat doa selamat dan tahlil arwah. Biar lah kalau ada orang nak cakap apa dekat dia sekali pun.
YOU ARE READING
Kerana Terlanjur Ku Terpaksa
Romance"Kalau tidak disebabkan aku di aniaya, kalau tidak disebabkan aku termengandung anak kau. Aku tak akan berkahwin dengan kau. Aku tahu kehidupan kita berbeza. Tapi kau sanggup berkorban untuk menyelamatkan maruah aku terutamanya untuk menyelamatkan z...