7

2.5K 29 10
                                    

Cahaya Mardiana & Mark D Angelo

Seorang demi seorang keluar dari klinik kesihatan. Mark sudah panas bontot menanti. Lepas seorang ke seorang tapi nama Mardiana masih lagi tidak di panggil. Naik berkematu dah bontotnya menunggu.

Mardiana pula menghabiskan masanya berbual-bual dengan ibu - ibu yang menunggu rawatan biarkan dia termenung sendiri. Ada lah juga dua tiga orang nurse yang sempat usaha dia.

" kalau lambat lagi kita pergi swasta jerrr.. "

Mark mula menunjukan yang dia sudah mula hilang sabar. Tadi dia sudah buat temu janji dengan doktor keluarganya, tiba-tiba Mardiana batalkan. Mahu ke klinik kerajaan katanya. Nak jaga hati ibu yang mengandung di turutkan juga. Tapi tidak sangka selambat ini.

" sabar lah... First in first out.... Dah kita lambat datang Kena lah ikut turutan. ".

Mark mendengus. Mula menyesal kerana turutkan kehendak Mardiana. Kalau ikut hatinya tadi lama dah mereka siap, tidak perlu menunggu macam ni sekali.

" Cahaya Mardiana binti Salleh... "

Nama Mardiana di panggil, pantas Mardiana bangun dengan teruja.

"Saya... Jom. Dah panggil tu. ".

" next appointment kita buat dengan doktor famly ok... ".

" tak nak.... Saya nak buat sini juga. "

tegas Mardiana. Wajahnya sudah di cuka kan. Dengan bibirnya di muncung sedikit meperlihatkan kecomelannya.

" kenapa pulak... Awak ingat doktor Yang kami upah tu untuk duduk makan gaji buta jerr ke?. ".

" tak nak.... ".

Masih lagi bertegas, jururawat yang memanggil masuk kembali ke dalam bilik doktor, mungkin sudah nampak wajah yang di panggil.

" sebab apa awak tak nak? ".

Mardiana diam seketika. Dia memandang sekeliling yang mula panadang-pandang dan bisik berbisik.
' aduh... Malunya.. '
Mardiana tidak menghiraukan pertanyaan Mark, tak pasal-pasal jadi perhatian hari ini.

Tapi Mardiana di tahan oleh Mark. Niat tadi mahu beralah kali ini. Tapi dia hilang sabar.

" Puan Cahaya Mardiana.... ".

Panggil jururawat sekali lagi. Bila wajah itu tidak masuk ke bilik Doktor.

" tak jadi... Isteri saya tak jadi buat buku di sini ".

" kejab... Nurse kejab... ".

Pinta Mardiana, dia masih dengan pendiriannya. Dia tidak mahu di periksa oleh doktor lelaki. Setahunya doktor famly Mark namanya Doctor Daniel. Lagi pun muda lagi orangnya.

"Puan.. Encik....saya Minta kerja sama, tolong cepat sikit... Masih ramai lagi ibu-ibu lain yang menunggu mahu buat pemeriksaan. Kalau encik puan ada masalah boleh bincang kemudian kan... ".

Lembut sahaja jururawat separuh abad itu memberi nasihat. Pada hal dalam hatinya rasa juga tercabar egonya. Sudahlah orang ramai menunggu. Pasangan ini buat drama pula dekat sini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerana Terlanjur Ku TerpaksaWhere stories live. Discover now