Suasana sepi dalam kereta , tadi mereka bertolak lepas subuh dari rumah nenek. Nak sampai Shah Alam sebelum pukul 10 pagi. Mack ada mesyuarat pentinh katanya. Dari Lipis ke KL pun ambik masa dalam 2 jam lebih sahaja. Rasanya sempatlah lah sampai.
" Boring lah..."
Mark menoleh pada Mardiana yang mula memandang nya. Gadis comel molek itu galak memendangnya.
" Saya tahu lah saya ni handsome...".
" Emmmm betul lah tu.... So."
" Janganlah renung saya macam tu.... Nanti takut awak jatuh cinta pulak dekat saya".
" So.... ".
Mardian berhenti berfikir sekejab.
"Tak boleh saya jatuh cinta dengan awak..?."
Soalnya kembali , Mark telan liur. Mardiana senyum kecil mengalih pandang ke hadapan kereta.
" Saya tahu dalam hati awak dah ada orang lain...".
Mark menoleh agak terkejut. Apa yang di maksudkan oleh Mardiana.
" Dia dah tahu awak kahwini saya?.".
" Ha?".
Terkebil-kebil Mark memandang Mardiana. Senyuman teserlah di bibir Mardiana melihat wajah blur dan comel Mark.
" Jane... Dia ada cerita pasal awak dengan May Leen....".
Mark diam. Hatinya sedikit kesal bila Mardiana mengetahui nya dari mulut orang lain. Tapi bukan niatnya untuk sembunyikan tapi mereka tidak pernah bincangkan pun pasal hal ini.
" Awak cintakan dia?."
Soal Mardiana pada Mark, sifat Mark yang banyak melindunginya membuat kan dia tertarik dengan lelaki itu. Sedikit sebanyak dia senang dengan kehadiran lelaki itu. Mark terusan berdiam. Mardiana mengepam bibirnya. Pipinya kembung comel.
" Mark... Saya pernah hendak di jodohkan dengan seseorang. Selepas dia tamat belajar kami akan bertunang."
Mardiana buka cerita kisah silamnya. Mungkin ini masa yang sesuai untuk mereka kongsikan sedikit kisah silam mereka.
" So... Awak cintakan dia.?".
" Entahlah.... Orang cakap kalau kita jatuh cinta hati kita bedebar-debar. Tapi saya tak pernah pula rasa macam tu dengan dia... Tapi saya tahu saya sayang kan dia".
Mardiana senyum sambil becerita. Dia memang sayangkan Haikal. Sebab itu dia selalu ambil berat tentang kesihatan lelaki itu, dia juga berkongsi suka duka dengan lelaki itu. Dia selesa dan selamat bila dengan lelaki itu. Haikal lelaki yang baik.
" Jadi... Awak nak kembali pada dia...?"
Tanpa sedar wajah Mark sedikit mencuka. Tidak tahu kenapa dia agak kecewa mendengar cerita gadis itu.
" Tak terfikir pula nak kembali padanya.... Sekarang haluan kami dah berbeza.... Tak mungkin kami akan bersatu.".
Terang Mardiana memandamg wajah Mark yang agak serba salah. Mark memang kacak orangnya, betullah kata orang baka Thailand ni ramai yang handsome dan cantik.
YOU ARE READING
Kerana Terlanjur Ku Terpaksa
Romance"Kalau tidak disebabkan aku di aniaya, kalau tidak disebabkan aku termengandung anak kau. Aku tak akan berkahwin dengan kau. Aku tahu kehidupan kita berbeza. Tapi kau sanggup berkorban untuk menyelamatkan maruah aku terutamanya untuk menyelamatkan z...