"Marlhaban ya Ramadhan~" nyanyi Youngjae perlahan saat dia dan Jaebum berada di dalam bilik, masing-masing menghadap telefon. Jaebum hanya ketawa kecil mendengarnya. Tiba-tiba...
"Korang, dah siap ke belum?!" mereka terdengar jeritan Jinyoung dari ruang tamu membuatkan mereka memandang satu sama lain. Siap apa? Mereka terus keluar dari bilik dan kelihatan yang lain turut menghampiri Jinyoung di ruang tamu.
"Siap apa ni, Nyoung?" tanya Jackson, blank. Jinyoung memandang semua dan kelihatan hanya dia seorang yang sudah berpakaian kemas. Dia mengguling mata.
"Korang lupa ke perbualan kita dengan Umi tadi?" tanya Jinyoung membuatkan semua yang lain cuba mengingati perbualan mereka sewaktu mereka menikmati berbuka bersama Umi sebentar tadi.
*flashback*
"Umi, kalau kita buat tarawih, kita dapat ganjaran lebih, kan?" tanya Jinyoung tiba-tiba membuatkan Umi memandangnya. Umi tersenyum bangga.
"Pandainya anak Umi sorang ni" dia mengusap rambut Jinyoung dan Jinyoung ketawa malu. Yang lain mengguling mata.
"Umi, bukan dia sorang yang pandai!" Youngjae berontak tak puas hati dengan mulut penuh. Umi ketawa kecil.
"Memang hyung je pandai. Korang semua tak~" kata Jinyoung dan menjelir lidah kepada Youngjae. Umi hanya menggeleng kepala sebelum kembali ke topik asal.
"Umat Islam berbuat kebajikan dan amal soleh untuk mendapat pahala. Pahala tu ialah ganjaran yang korang cakap tadilah. Jadi, dalam bulan Ramadhan, umat Islam akan mendapat pahala yang berkali ganda kalau mereka berbuat amal soleh berbanding bulan-bulan Islam yang lain. Allah Maha Pemurah. Jadi Dia wujudkan solat sunat tarawih di bulan Ramadhan sahaja. Solat tarawihlah yang beri banyak 'pahala bonus' di bulan Ramadhan diikuti dengan amalan-amalan lain. Sebab tu umat Islam disunatkan membuat Solat Tarawih" terang Umi panjang berjela dan mereka mengangguk faham. Umi tersenyum melihat mereka agak berminat dengan solat sunat tersebut lantas terfikir satu idea.
"Malam ni nak ikut Umi pergi tarawih, tak? Korang boleh tengok macam mana tarawih tu dilaksanakan" ajak Umi dan mereka semua gasp teruja.
"Kitorang boleh tengok? Kitorang boleh masuk rumah Tuhan orang muslim?" tanya Bambam, penuh teruja. Umi ketawa kecil lalu mengangguk.
"Rumah Allah tu dipanggil masjid. Dan ya, kalau korang nak masuk untuk mendapat ilmu, InsyaAllah tiada sesiapa akan marah. Islam tidak melarang sesiapa untuk mendapat ilmu" kata Umi dan mereka semua 'woahhh' kerana sangat teruja.
"Nak nak! Nak masuk masjid!" kata Yugyeom sambil mengangkat tangan. Mark dan Jaebum mengangguk serentak.
"Boleh. Tapi nanti korang kena duduk dekat bahagian lelaki lah. Umi dekat bahagian perempuan" kata Umi dan mereka terus berhenti teruja, memandang satu sama lain.
"Lelaki perempuan terasing?" tanya Youngjae, agak terkejut. Mark mengangguk.
"Mestilah. Kan lelaki tak boleh tengok badan perempuan. Nanti kalau tak asing, macam mana perempuan nak buka tudung and pakai pakaian sembahyang diorang?" kata Mark seperti mengajar. Umi menepuk tangan.
"Pandai Shafiy!" puji Umi dengan nama melayu Mark dan Mark tersipu malu.
"See? Hyung pun pandai juga, okay?" kata Mark dan dia menjelir lidah kepada Jinyoung. Jinyoung mengguling mata manakala yang lain ketawa.
*flashback end*
"Ohhh tarawih!" Jackson teringat dan dia teruja diikuti yang lain. Jinyoung menggeleng kepala.
"Dah, cepat siap. Nanti lambat pula Umi nak pergi masjid" kata Jinyoung lalu semua berpusu ke bilik untuk menukar baju.
~(☆_☆)~
Mereka bertujuh terpesona melihat kecantikan dalaman masjid itu selepas tiba di sana bersama Umi. Umi memperkenalkan mereka dengan imam di masjid tersebut iaitu Imam Luqmanul Haqeem yang lebih selesa dipanggil Tok.
Kemudian, Tok membawa mereka ke sekitar masjid dan mengajar mereka cara orang Islam mengangkat wudhuk, menunjukkan cara mereka mendapat arah untuk sembahyang dan adab-adab di dalam masjid. Got7 dengar dengan penuh teliti dan masing-masing memegang telefon untuk mencatat apa yang dipelajari.
Mereka melihat orang-orang Islam di sekitar kawasan tersebut berkumpul dan mula menunaikan tarawih 14 rakaat diikuti witir dan sejurus itu barulah mereka menghantar Umi balik dan mereka pulang ke dorm.
"Sejujurnya, cara diorang sembahyang agak susah" kata Jaebum waktu mereka berjalan balik ke dorm dan YugJae mengangguk setuju.
"Memanglah. Orang muslim percaya yang dunia sekarang ni sementara and akan ada dunia lain yang lebih kekal. So, kalau diorang nak kehidupan diorang senang dekat dunia kekal tu nanti, diorang kenalah bersusah-susah sekarang. Dapat banyak pahala baru kehidupan senang. Kan Nyoung?" terang Mark dan dia memandang Jinyoung di sebelahnya. Jinyoung tak menjawab sebaliknya Got7 perasan Jinyoung mengumam sesuatu. Semua senyap untuk mendengar apa yang Jinyoung katakan dalam nafasnya.
"....Marhaban ya Ramadhan~"
Pfft.
Semua terus ketawa, mengejutkan Jinyoung. Jinyoung menjadi blank.
"Ohh kau! Nyanyi tak ajak!" kata Jackson dan mereka ketawa lagi. Jinyoung terkejut lantas malu dan dia turut ketawa. Akhirnya mereka berjalan pulang sambil masing-masing membahan Jinyoung.
-The End : Chapter 5-
~~~~~~~~
Im Jaebum's Malay Name (Yang diberi oleh Umi)
-Daiyan Asyaf-
"Daiyan dalam bahasa Arab bermaksud 'pelindung' atau 'hakim' manakala Asyaf bermaksud 'pedang'. Umi bagi nama ni dekat Jaebum sebab dia ialah ketua yang menjaga dan bertanggungjawab ke atas anak-anak Umi. Jadi Umi letak nama dia sebagai Daiyan Asyaf : Pedang Pelindung"
-------------------------------------------;;
Hi hi hello!><
So Lala xnak cakap banyak. Just nak beritahu, maybe buku ni takkan ada 15 chapter macam buku first so hope korang tak kisah!^^ And super sorry sebab hambar dan membosankan!><Apa pun, Lala still berterima kasih dekat korang yang support, baca, vote, comment and even share fanfic ni. Lala sayang korang sesangat-sangatnya!><
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan! | Got7 Malay Fanfic
Fanfiction"Marlhaban ya ramadhan! Marlhaban ya ramadhan!" A/N : Let's do this~