"Hari raya?" ulang Youngjae apabila dia terdengar perkataan yang agak familiar itu dari mulut Umi. Umi tersenyum dan mengangguk manakala Jinyoung menjadi teruja.
"Alaa.. Ingat tak tahun lepas hyung ada cakap pasal sambutan bulan Syawal tu?" tanya Jinyoung, memandang maknae line. Semua kelihatan buntu.
"Maksud Nyoung, sambutan Aidil...fitri tu ke?" tanya Mark, meminta kepastian. Umi dan Jinyoung mengangguk serentak. Saat itu baru semua orang teringat tentangnya.
"Ahhh ingat ingat! Kita tak dapat sambut tahun lepas kan?" tanya Jaebum dan Got7 mengangguk. Umi tersenyum.
"Kalau macam tu, tahun ni nak sambut dengan Umi?" tanya Umi. Tujuh orang jejaka itu memandang Umi tidak percaya dan mereka menjadi teruja.
"Umi serious?!" tanya Bambam, penuh teruja. Jackson menepuk tangan tanda gembira. "Yeay!! Nak nak!" katanya dan dia mengangguk laju. Yugyeom mengangguk setuju dengan Jackson.
"Maja. Lagipun kitorang tak tahu sangat pasal sambutan hari raya ni" kata Yugyeom pula. Saat itu Umi tergelak kecil.
"Kalau macam tu, hari ni dah kena mula tolong Umi buat persediaan" kata Umi dan dia ketawa kecil lagi membuatkan Got7 terpinga-pinga melihat ibu angkat mereka itu. Mereka memandang satu sama lain seketika sebelum memandang Umi semula.
"Maksud...Umi?" tanya Mark. Umi hanya tersenyum.
~(^-^)~
"Ahhh apa ni umi?!" berontak Youngjae, tak puas hati apabila dia perlu mengelap meja di rumah Umi. Yang lain senyap, masing-masing melakukan kerja yang Umi suruh. Umi yang sedang menyapu itu tersenyum melihat Youngjae.
"Nyoung tak sangka kena kemas rumah. Beyond my expectation" kata Jinyoung, masih tak percaya yang dia sedang membersihkan kipas siling.
"Dorm kita pun tak terkemas" kata Jaebum pula yang sedang mengelap tingkap. Umi ketawa kecil.
"Nak sambut Syawal, kenalah bersih dan meriah. Macam korang sambut Christmas" kata Umi tenang. Youngjae mencebik bibir tanda yang dia malas untuk mengemas. Umi yang terperasan itu lantas tersenyum lembut.
"Tak apalah kalau Youngjae atau yang lain tak nak kemas. Biar Umi kemas" kata Umi tiba-tiba membuatkan semua terhenti, memandang Umi yang masih menyapu. Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalam diri mereka kerana merungut.
"Eh, tak apalah, Umi. Lagipun rumah Umi bukan bersepah sangat" kata Jackson, sambung mengelap habuk di atas radio dan tv Umi.
"Tak payahlah. Umi tak nak kamu mengeluh, merungut. Dalam Islam, tu ialah sebesar-besar maksiat. Tak apa, pergi tunggu Umi dekat kedai. Nanti Umi siap kemas, Umi datang. Dengar cakap Umi okay?" kata Umi, lembut seperti tiada tanda marah atau kecewa.
Got7 masih rasa bersalah, tetapi mereka akur apabila mereka meninggalkan rumah itu, kembali berjalan ke kedai yang tidak jauh dari situ. Semua senyap, dibelenggu rasa yang mereka tidak suka.
"Menyesal pula Nyoung cakap macam tu tadi. Kesian Umi" kata Jinyoung, rasa bersalah sejurus mereka tiba di kedai. Mereka semua duduk di sekeliling kaunter. Masing-masing kembali senyap sehingga tiba-tiba mereka terdengar bunyi sedu-sedan yang perlahan. Mereka terkejut, dan terus menoleh satu arah.
"Y-Youngjae hyung" Yugyeom dan yang lain panik apabila melihat Youngjae tertunduk, menangis perlahan. Semua ahlinya berasa kasihan.
"Yah, janganlah nangis" kata Mark dan tiba-tiba tangisan Youngjae menjadi semakin teruk membuatkan mereka lebih panik.
~(T_T)~
Umi masuk sahaja ke dalam kedai, dia disergahkan ke dengan suara Jaebum yang sedang panik.
"Umi!!"
"Oh mak kau hijau mak kau juling!" latah Umi dan tangannya terus melindungi kepala tanpa sebab. Jaebum mengerutkan dahi, keliru. Dah kenapa orang tua ni?
K hambar.
Umi perasan yang tiada apa berlaku lantas memandang Jaebum dan mengeluh lega.
"Terkejut Umi. Apa dia?" tanya Umi. Jaebum kembali panik.
"Youngjae menangis!" kata Jaebum dan Umi terkejut. Dia terus menuju ke kaunter di mana yang lain sedang cuba menenangkan Youngjae yang masih menangis teruk.
"Anak Umi, kenapa nangis" tanya Umi. Jinyoung terus memberi ruang kepada Umi untuk duduk di hadapan Youngjae. Youngjae terbatuk-batuk kecil.
"J-Jae minta m-maaf..." katanya dan dia menangis makin teruk. Umi terdiam seketika dan dia tersenyum manis.
"Araseo, araseo. Umi maafkan, ya? Sekarang jangan nangis lagi. Nanti batal puasa" kata Umi lembut tetapi masih tiada penambahbaikan. Umi terdiam seketika sebelum mendapat idea.
"Malam ni tolong Umi buat kuih raya, nak?" tanya Umi. Saat itu semua Got7 memandang ke arah Umi dan Youngjae terus berhenti menangis. Youngjae memandang Umi dengan muka terpinga-pinga dan mata yang sembab basah.
"K-Kuih raya?"
- The End : Part 8 -
~~~~~
Choi Youngjae's Malay Name
(yang diberi oleh Umi)- Irfan Ziqri -
"Youngjae ialah anak umi yang umi rasa paling baik. Memang anak umi semua baik, tapi perasaan bila tengok Youngjae ni macam... dia ni bersih, suci, bak kata omputeh 'innocent'. Dan pada masa yang sama, dia sangat pandai. Dia tahu apa yang Umi perlukan bila Umi rasa sedih. Sebab tu Umi letak nama dia Irfan Ziqri. Irfan bermaksud 'kebijaksanaan' dan Ziqri bermaksud 'terpuji'. Jadi, nama Youngjae ialah Irfan Zikri ; kebijaksanaan terpuji"
-------------------------------------------;;
Hola hola am back! XD
Sebenarnya Lala terfikir untuk sambung raya tahun depan.FUHH LAMA LAGI TU! XD
So Lala sambung je sekarang walaupun bukan raya atau puasa. Hope korang tak kisah! XD Peace out, L.A.L.A!
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan! | Got7 Malay Fanfic
Fanfiction"Marlhaban ya ramadhan! Marlhaban ya ramadhan!" A/N : Let's do this~