7: Selamat Berpuasa! pt.2

852 89 29
                                    

Jaebum sedang fokus menyiapkan 150 set iftar-pack bersama-sama yang lain sehinggalah dia terasa bajunya ditarik sedikit. Sejurus dia menoleh, kelihatan Youngjae yang menarik bajunya. Youngjae kelihatan bersalah, tetapi mukanya merona merah seperti malu. Jaebum menjadi sedikit caring.

"Youngjae, kenapa ni?" tanya Jaebum lembut. Muka Youngjae makin merona merah dan dia menggigit bibir bawahnya.

"Uhm..." Youngjae mencengkam baju Jaebum agak kuat dan matanya memandang bawah. Jaebum menunggu ayat seterusnya.

"Sebenarnya..."

"...Jae lapar"

Jaebum agak terkejut tetapi melihat adiknya kelihatan bersalah membuatkan dia terus ketawa. Muka Youngjae semakin merona merah.

"Janganlah gelak" Kata Youngjae seperti marah. Di telinga Jaebum, kedengaran Youngjae seperti hendak menangis membuatkan dia berhentikan ketawanya. Dia mengusap rambut Youngjae.

"Aigoo my cutie" kata Jaebum dan Youngjae membalas pandangannya. Dia tersenyum manis.

"Jae boleh berbuka kalau Jae nak. Kita bukan wajib sambut Ramadhan pun" kata Jaebum tenang. Youngjae kelihatan ingin memberontak apabila dia menggeleng laju.

"Jae nak puasa! Tapi... bau makanan ni semua buat Jae terliur" kata Youngjae dan bibirnya dicebik comel. Jaebum tersenyum luas.

"Okay. Kalau macam tu, Jae pergi masuk bilik. Tak payah tolong dekat dapur" kata Jaebum tenang dan Youngjae agak terkejut.

"Jinjja?" Jaebum mengangguk.

"It's okay. Lagipun dah nak siap dah" kata Jaebum membuatkam Youngjae agak gembira.

"Thank you hyung!" kata Youngjae semangat dan dia terus berlari meninggalkan dapur. Jaebum menggeleng kepala. Baru sahaja dia menoleh untuk sambung kerja, tiba-tiba dia terdengar bunyi orang berlari dan sejurus dia menoleh, tubuhnya didakap erat oleh Youngjae. Jaebum terkejut.

"J-Jae-ah..."

"I love you, hyung" kata Youngjae sambil tersenyum gembira. Mereka kekal keadaan begitu sebelum Youngjae meleraikan pelukan.

Mereka memandang satu sama lain dan Youngjae tersenyum manis sebelum berlari semula keluar dapur. Jaebum terdiam seketika sebelum ketawa kecil. He's adorable.

~(♡v♡)~

"Hyung!"

Mark menoleh apabila namanya dipanggil. Jinyoung dengan riang menghampirinya membuatkan dia tersenyum. Jinyoung memeluk lengannya.

"Jom teman Nyoung?" ajak Jinyoung, bernada aegyo. Mark sambung membuat kerja sambil dirinya masih berada di atas perbualan.

"Teman? Nak pergi mana?" tanya Mark, tangannya lincah mengira iftar-pack yang sudah siap.

"Pergi hantar makanan dekat Umi. Oleh kerana kita akan berbuka dekat company nanti, kita kena hantar makanan dekat Umi lebih awal" terang Jinyoung dan dia melihat Mark membuat kerja. Mark nampaknya tak kisah lengannya dipeluk Jinyoung apabila dia membuat kerja dengan tangkas.

"Hyung kan sibuk ni. Youngjae kan tak ada kerja? Pergilah ajak dia" kata Mark tenang. Dia sambung membuat kerja sebelum dia tersedar Jinyoung tidak membalas kata-katanya. Dia menoleh dan dia terus terbalas pandangan mata Jinyoung yang kelihatan agak kecewa. Mereka kekal memandang mata satu sama lain untuk seketika sebelum Jinyoung bersuara.

"...Pabo"

Mark agak terkejut. Jinyoung kelihatan kecewa.

"Kalau Nyoung nak pergi dengan Youngjae, dah lama Nyoung ajak dia" kata Jinyoung. Mark terdiam, rasa bersalah menyelubungi dirinya.

"Dah lah. Nyoung ajak Youngjae je. Hyung kerjalah" kata Jinyoung bernada agak sedih dan dia melepaskan pelukannya di lengan Mark. Baru sahaja Jinyoung hendak berlalu, tiba-tiba Mark menangkap pergelangan tangannya membuatkan dia berhenti. Dia memandang Mark yang rasa bersalah.

"Araseo, hyung pergi. Forgive me?" tanya Mark lembut. Jinyoung diam seketika sebelum tersenyum malu dan mengangguk. Dia kembali memeluk lengan Mark dan mereka berdua bergerak keluar dari dorm.

~(>\\\\\<)~

Mereka bertujuh fokus memberikan iftar-pack kepada 150 orang Islam yang dikumpulkan oleh wakil JYPE. Bukan, hanya mereka berenam.

Jackson menoleh ke arah Bambam yang duduk di tepi. Kelihatan Bambam mengurut-urut kakinya dan mukanya kelihatan sedih. Jackson tersenyum sedikit.

Bambam terjatuh sewaktu dalam perjalanan ke bangunan JYPE membuatkan pergelangan kakinya terseliuh. Jadi Jaebum membuat keputusan untuk Bambam dikecualikan dari mengedar iftar-pack. Jackson yakin Bambam rasa kecewa dengan diri sendiri.

"Gyeom, hyung pergi belakang sekejap" kata Jackson. Dia menunggu untuk Yugyeom mengangguk dan dia pergi ke arah Bambam.

"Bam, you good?" tanya Jackson lembut dan dia cangkung di sebelah Bambam. Bambam memandangnya, memberikan senyuman lemah dan menggeleng.

"I feel bad" kata Bambam perlahan. Jackson tersenyum manis sebelum dia bangun tiba-tiba. Dia menghulurkan tangan ke arah Bambam membuatkan Bambam mengangkat muka, terpinga-pinga.

"Come on. Let me be your legs" kata Jackson, lembut.

Sebentar kemudian kelihatan Jackson piggyback Bambam, bergerak ke sekitar sambil Bambam yang mengagihkan iftar-pack. Bambam kelihatan gembira, membuatkan Jackson yang mengangkatnya itu turut gembira.

Yugyeom memandang JackBam, kemudian dia tersenyum. Dia mula teringat apa yang terjadi pada 2Jae dan MarkJin membuatkan senyumannya semakin meluas dan semangatnya bertambah.

I love Ramadhan.

It makes my brothers tend to be closer.

-The End : Part 7-

~~~~~

Park Jinyoung's Malay Name
(Yang diberi oleh Umi)

-Dani Aryan-

"Sama macam Daiyan, Jinyoung pun lindung dan jaga anak-anak umi dengan baik. Dan korang kata dia macam 'omma' kumpulan korang kan? Jadi nama Dani Aryan sesuai dengan dia. Dani dalam bahasa Arab bermaksud 'dekat' dan 'hampir' and Aryan bermaksud 'penjaga'. Jadi, macam seorang ibu yang sentiasa ada di sisi, umi letak nama Jinyoung sebagai Dani Aryan : Penjaga yang hampir"

-------------------------------------------;;

Hari ni puasa terakhir dan lala xsempat nak buat sampai habissssss!!! TT  Minta maaf sangat-sangat TT Nama melayu Youngjae, Bambam dengan Yugyeom belum lagiiii TT Sorry!! TT

Still, thanks a lot dekat semua yang masih support, read, vote, comment, share buku nii. I love you guys so muchie! TT

[C] GotRamadhan! | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now