2️⃣

322 27 16
                                    

Ku mohon, jangan lah jadi silent reader🤧
~~~
Iqbaal POV

Aku menuju ke arah bilik Nelda dengan cepat. Aku tahu dia sangat perlukan aku sekarang.

Bila aku dapat call dari dia, aku terkejut juga sebab tiba-tiba dia nangis bagai. Lepas dengar dia nangis tu, aku memang tahu dah apa nak buat.

Aku terus gi kedai dan beli segala coklat yang dia suka. Aku tahu tu habit dia bila sedih.

Dan yang aku pasti, dia mesti sedih sebab Zafran... lagi. Aku memang dah lama perhati si Zafran ni. Nampak sangat buaya darat.

Puas aku cakap dengan Nelda , tapi tu lah dia terlalu yakin yang Zafran akan berubah.

Bukan apa, tapi kadang-kadang kita ni janganlah over confident. Tak ke gitu?

Aku mengetuk pintu bilik Nelda perlahan. Aku dapat dengar esakan kecil dari balik pintu ni. Aku ketuk lagi sambil memanggilnga.

"Bluebell .... Its me Ale" , panggil aku. Aku panggil dia bluebell dari kecil lagi sebab dari kecil lagi dia suka bunga bluebell.

Ale? Ok korang tahu tak Iqbaal CJR? Dulu Nelda minat gila dengan salah seorang dari group CJR yang bernama Iqbaal.

Nak dijadikan cerita, nama aku kan sama dengan 'Iqbaal' jadi Nelda pun panggil aku 'Ale' sebab dia ada kaitan dengan Iqbaal tu dan aku tak ingat apa kaitannya.

Mula-mula memang la aku macam tak nak sebab aku dah biasa keluarga dan kawan rapat aku panggil aku 'Iqie.' Tapi dia berkeras juga. Aku layan je la.

Pintu bilik dibuka perlahan. Aku dapat lihat Nelda tengah pandang aku dengan mata sembab dan hidung merah.

Ala siannya Bluebell aku niii. Nangis betul ni.

"Come here baby blue" , arah aku sambil mendepakan tangan aku.

Nelda terus memeluk aku dan melepaskan tangisannya di dada aku. Biarlah hingus dia ke apa ke melekat kat baju aku, yang aku tahu aku kene tenangkan dia.

"Shhh its okay" , kata aku sambil menggosok belakangnya perlahan.

Nelda menangis semahu- mahunya sambil mengomel entah apa-apa. Tapi aku dapat dengar dia ada cakap pasal Zafran.

Nak mati ke Zafran ni?

"Dah jom masuk bilik" , kata aku sambil menarik Nelda ke dalam bilik.

Nelda naik ke atas katilnya lalu menyelubungkan dirinya seperti kepompong di dalam selimut.

Di atas carpet fluffynya terdapat dua balang gula-gula yang diberi oleh Zafran suatu ketika dahulu.

Ok aku dah boleh agak apa yang jadi.

Dia jk dan nak buat habit dia iaitu makan coklat sambil nangis tapi bila dia teringat yang tu Zaf bagi, dia tak jadi nak makan.

Am I right?

Of course Im right!

Aku duduk di atas carpet. Kepala aku, aku letak di atas tanganku yang berada di atas katil untuk bersemuka dengan Nelda.

"Hey. Nape ni?" , tanya aku sambil mencucuk pipinya.

Nelda merengus perlahan. Dia memang tak suka orang main pipi dia. Aku menggeleng perlahan dan menunjukkan kepadanya coklat yang aku beli di kedai tadi.

 OnlineWhere stories live. Discover now