5️⃣

58 3 10
                                    

Nelda berlari dengan pantas merentasi lautan manusia yang sedang berpusu-pusu untuk masuk ke kelas seterusnya.
Semua orang memandangnya pelik kerana dia kelihatan sedikit tidak terurus.

"Nel!" , panggil seseorang.

"Haih aku dah lambat ni nak masuk kelas" , Nelda memutuskan untuk meneruskan perjalanannya dan menghiraukan gerangan yang memanggilnya.

Sedang Nelda 'syok' berlari seperti the flash, tiba-tiba seorang jejaka melintasi dengan laju di hadapan Nelda. Maka mereka pun bertembung dan terlanggar sesama sendiri. Sama seperti perjumpaan cliche yang lain.

Mereka berdua terduduk sambil mengaduh kesakitan. Habis segala kertas, buku, dan file bertaburan di lantai. Tetapi Nelda tiada masa untuk ini. Baru sahaja jejaka itu ingin membantu Nelda, Nelda terlebih dahulu memarahinya,

"Hish mata tu kat mana?! Lain kali nak cross tengok la dulu jalan utama!" , marah Nelda .

Nelda mengutip buku catatannya di atas lantai lalu pergi meninggalkan jejaka tersebut. Jejaka itu terpinga -pinga dengan kelakuan Nelda. Akhirnya dia hanya memberikan senyuman kecil lalu menggelengkan kepala.

••••••••

"Ugh what a day!" , rungut Nelda.

Iqbaal mengunyah roti gardenia perisa coklat yang dibelinya sebentar tadi.

"Kenapa kau lambat tadi?" , tanya Iqbaal.

"Sebab aku datang lambat la......" , jawab Nelda malas.

Iqbaal menggelengkan kepala. "Kau tidur pukul berapa semalam" , tanya Iqbaal lagi.

Nelda mengeluh. "Aku-"

"Hi Nelda"

Nelda yang tadi menutup wajahnya dengan tangan terus memandang ke arah gerangan yang menegurnya. Iqbaal juga turut memandang ke arah gerangan tersebut lalu mengangkat sebelah keningnya.

"Nelda right?" , tegur seorang lelaki lalu duduk disebelah Nelda. Matanya tepat memandang ke arah mata Nelda dengan senyuman yang manis. Sedikit pun tidak memandang ke arah Iqbaal.

Nelda memandang ke arah Iqbaal dengan muka terpinga-pinga. Sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba.

"Ehem and you are?" , tanya Iqbaal dengan nada tidak senang. Mana tak nya tetiba je datang dan duduk sebelah Nelda.

Lelaki itu memandang Iqbaal dengan muka tidak puas hati. "Hadi. Izzul Hadi" , balas Hadi.

"Hm familiar name. Kita ada jumpa ke before this ?" , tanya Iqbaal dengan nada curiga.

Hadi menghiraukan soalan Iqbaal dan terus menyapa Nelda. "Hi Nelda. Pagi tadi saya ada panggil awak. Tapi awak tak layan. Nasib baik la-"

"Kenapa kau panggil dia?" , tanya Iqbaal. Iqbaal yang tadinya duduk di sebelah Hadi, menyuruh Nelda ke tepi lalu dia duduk di sebelah Hadi.

Hadi menjadi tidak senang dengan tindakan Iqbaal. Nelda hanya buat tidak tahu sahaja kerana dia juga bukannya di dalam mood yang okay.

"Kau kenapa? Ada problem dengan aku ke?" , tanya Hadi tidak senang.

Iqbaal tergelak sinis. "Aku tanya je kot. Kenapa nak triggered ni? Lol"

Hadi bangun dari meja tersebut dan menggalas bagnya. "Takpelah Nelda. Lain kali jela saya cakap dengan awak." Hadi meninggalkan mereka berdua.

Nelda hanya mengangkat bahu kemudian melentokkan kepalanya di atas meja. Iqbaal hanya memerhati Hadi pergi dari situ.

"Entah apa la budak tu nak" , kata Iqbaal. Dalam masa yang sama Iqbaal mencari username Hadi dia instagram.

 OnlineWhere stories live. Discover now