Irene duduk menegak.Pipinya diusap perlahan.
Amat perit! berdenyut-denyut pula tu.
Matanya tajam menikam ke arah Rena.Cahaya biru yang berada di tangan Rena kini kian pudar.
"Apa awak buat!" suara Irene menekan. Rasa mahu menagis tapi dia hanya menahan.
"Tak buat apa ... kejutkan awak je. " jawab Rena dengan muka tidak bersalah.
Itu dia kata kejutkan ?
Dia tampar aku, rasa nak tercabut pipi adalah!
"Maaf ... rasanya itu paling perlahan."Rena hanya mengangkat bahu.
"Wahh! siapa yang kahwin dengan Rena nanti habislah" Erina mengekek ketawa.
Akan tetapi tawa Erina terhenti kerana Irene dan Rena sedang merenungnya dengan tajam.
Amat tajam!
Erina menyengih janggal."Okey ini tak lawak! "
RYAN pada mulanya tidak bersetuju untuk mencari air Ive di pergunungan Cyberia. Dia membantah sekeras-kerasnya. Gunung Cyberia amat bahaya kerana curam. Kalau jatuh sia-sia hidup!Setelah di pujuk rayu, dan desakan daripada Erina. Dia akhirnya mengalah dan terpaksa bersetuju.
Satu bulatan cahaya berwarna merah muncul di kaki gunung. Portal memang tidak boleh digunakan pada aras yang terlalu tinggi seperti di gunung. Jadi mereka terpaksa mendaki gunung Cyberia hingga ke puncak atas.
"Ryan...." Erina memanggil.
"Apa?" Ryan tidak menoleh. Matanya fokus memandang depan. Bukit yang didaki ini amat curam. Tangannya memaut pokok yang berada di hadapan.
"Kita rehat sekejap boleh?"
"Ah! tidak boleh! kalau rehat sampai bila kita nak sampai? kau juga yang beria nak ke sini bukan? ha sekarang dakilah" balas Ryan sinis.
Erina hanya diam. Badannya kini sudah letih. Tak larat dah ni. Dia mengetap gigi.
Okey, tak apa!
Sementara itu....
di belakang pula....
Irene mendaki gunung dengan berhati-hati. Takut jatuh! Sudahlah dia takut tinggi. Korang apa tahu!
"Pendek! cepat sikit boleh tak!" Bebel Viez di belakang. Geram je dia tengok si Irene ni. Lambat macam kura-kura. Bukan kura-kura macam siput babi pun ada. Nak aja dia campak Irene ke tepi.
"Bisinglah babi hutan !"
"Apa! aku sudah bagi amaran bukan? jangan panggil aku babi hutan lagi!" kata Viez dengan tegas. Sakit betul hati dia! perempuan ini tak serik ke dah kena semalam?
"Kisah apa aku!" rambut depan yang terjuntai ditolak ke belakang. Eh! dia rasa hendak potong rambut saja ni, rimas! duduklah diam-diam.
Irene merasakan bajunya ditarik kuat. Kakinya tergelincir dan dia tidak dapat mengimbangkan badan lalu jatuh ke belakang.
Mata Irene membulat, dia fikir dia akan jatuh tergolek ke bawah tadi. Tetapi Viez telah menyambut dia ke dalam dakapan.
Terkejut dia, jatungnya mula mengepam darah selaju mungkin macam nak terkeluar! Terkebil-kebil matanya melihat wajah Viez. Pipinya merona merah. Pertama kali dia nacam ini!
"Aku dah cakap jangan panggil aku babi hutan ... tapi kau degil." bisik Viez di tepi telinga Irene. Viez tersenyum nakal.
"Eh apa kau buat ni babi hutan! lepaskan aku gila!"Irene menumbuk kuat dada bidang Viez. Meremang Irene dengar bisikan Viez.
"Aololo ... kau tumbuk tak rasa apa-apa pun Irene ... Comel sangat!" Viez tertawa kecil."Jangan panggil aku babi hutan lagi !" sambungnya setelah tawanya terhenti, Viez mendekatkan lagi wajahnya.
Irene memalingkan muka ke tempat lain."Viez berhenti! lepaskan aku!" jari runcing Irene mencucuk-cucuk pipi Viez supaya menjauhinya. Viez tertawa kegelian. Perlahan-lahan dia melepaskan Irene dari dakapannya.
"Hati-hati ... kalau jatuh aku tak tahu." memegang pergelangan tangan Irene untuk membatu.
"Aku tahulah ...."dia merentap kasar tangan Viez.
Secara tiba-tiba angin bertiup dengan kuat. Irene terkelincir sekali lagi, mujurlah Viez di belakang ada membantunya.
"Terima kasih Viez."ucap Irene perlahan. Mukanya berkerut menahan sakit di bahagian kaki tapi disembunyikan supaya Viez tidak tahu.
Viez hanya menganguk perlahan.
Di depan matanya ada puting beliung yang sederhana besar. Irene mengecilkan mata untuk melihat. Kelihatan Erina yang duduk bersila di atas puting beliung dan sedang bertengkar dengan Ryan!
"Irene ... boleh jalan tak?" soal Rena yang mula menuruni bukit dengan mengunakan tangga tanah yang dihasilkan. Dia menghulurkan tangan untuk membantu Irene.
"Hati-hati " ujar Viez perihatin.
"Aku tahulah, aku bukan budak kecil !" balas Irene dingin.
"Wow! perihatin nampak?" Kening Rena terjongket sebelah. Bibirnya mengukir senyuman yang penuh makna kepada Viez.
"Hahahaha! tak mahulah dengan dia." Viez tergelak kecil.
"Aku lagi tak ingin dekat kau!" bidas Irene. Dia berjalan terhinjut-hinjut setelah melepaskan pegangan Viez dari tangannya.
"Kaki awak terseliuh ke?" Rena membongkok sedikit untuk melihat buku lali Irene. Viez turut menghalakan pandangan pada kaki Irene.
"Eerrr ... sikit je tak sakit ni ... arghh!" Irene terjerit sakit kerana Rena menekan kuat buku lalinya yang terseliuh.
"Eleh ... cuba tahan sikit, bukannya kaki kau patah pun!" Viez memeluk tubuh. Dia hanya memerhatikan sahaja gerak geri Rena yang sedang menyembuhkan Irene.
"Diamlah!" balas Irene kasar.
Tanpa mereka sedari ada seseorang yang sedang memerhati segala gerak-geri mereka di sebalik pokok yang besar. Dia memakai jubah hitam berkerudung, hanya menampakan hidung dan mulut sahaja. Sejak dari awal lagi dia sudah berada di situ untuk memerhati mereka.
Dia tersenyum senget.
Hanya tunggu masa yang sesuai sahaja untuk menyerang.
Atau mungkin dia akan bertindak sekarang?
.
me : 😱😱
YOU ARE READING
White Guardians ( Editing)
FantasyWhite Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-kanak bolehlah dia percaya. Kini Irene semakin meningkat dewasa. Semua itu hanya mengarut ! Dan ada sa...