23. Confused

6.8K 527 9
                                    

Tusukan pedang Irene tersasar. Pedangnya terpacak di atas tanah. Lelaki berjubah hitam itu bergolek ke tepi. Kemudian lelaki itu di kelilingi cahaya kuning sebelum hilang!

"Ceh! guna portal untuk lepaskan diri ...." pedang yang terpacak di atas tanah ditarik kasar. "Dasar pengecut!"sambungnya lagi. Dia sempat memandang sekilas Ryan yang sudah menyedarkan diri.

Baru sahaja dia hendak menghampiri Ryan. Pedang yang berada di tangan terjatuh ke tanah. Dia terduduk melutut. Tangannya ditekupkan pada kedua-dua telinganya.

Kepalanya terasa amat sakit, ia berdenyut-denyut! Kepalanya juga seperti dicucuk-cucuk dan dipenuhi bunyi bedesing!

"Irene? kau okey?" soalan yang ditanyakan oleh Ryan tidak dapat dia dengar dengan begitu jelas. Dia cuba untuk memangangkat muka. Tetapi pandangannya kabur dan samar-samar. Dia cuba untuk bangun namun dia terduduk kembali sebelum rebah tidak sedarkan diri.

Ryan meluru ke arah Irene. Walaupun badannya terasa sakit dan lenguh akibat serangan tadi, Ryan terpaksa juga bangun. Dia lekas menghampiri Irene yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Bunyi yang nyaring dan berdesing telah memaksanya menekup telinga.

Ahh! Benci betul dengan bunyi itu!

Bunyi yang paling menyakitkan!

Sebaik sahaja dia membuka mata. Keadaan di situ seperti malam ... Matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling.

Gelap..

Dia tidak pasti di mana dia berada.
Dengan berhati-hati kakinya mula mengatur langkah. Bunyi daun kering yang dipijak olehnya sudah membuatkan dia tahu di mana dia berada.

Yaa, dia di hutan..

Hutan mana dia pun tidak pasti kerana keadaan di situ sangat gelap. Tangannya meraba-raba untuk membantunya berjalan. Pokok-pokok di setiap jalan di jadikan arah untuk berjalan. Bukan apa, na ti dibuatnya tersadung atau terlanggar apa-apa nanti susah juga, sudahla gelap pulak tu.

Dia tiba-tiba terpandangkan sesuatu apabila menunduk ke bawah. Satu cahaya berwarna putih melingkar di atas tanah, mengelilingi Irene dan membentuk bulatan besar. Dia hanya terkebil-kebil memerhatikan bulatan itu.

Ah! apa pulak kali nih ... jangan muncul benda yang bukan-bukan dah la. Di buatnya muncul naga ke ... serigala ke...ha tidak ke naiya?

Bulatan itu perlahan-lahan mengeluarkan cahaya putih. Irene terkejut lalu dia mengundur beberapa tapak ke belakang untuk keluar dari garisan bulat itu.

Dia terkaku sebaik sahaja muncul sepasang suami isteri dan kanak-kanak perempuan yang berumur 1 tahun. Lelaki itu mempunyai rambut berwarna coklat hazel dan lurus ke bawah. Manakala wanita itu pula mempunyai rambut berwarna merah. Mereka kelihatan seperti kelam-kabut.

"Ayah ... ibu ... k ...kitaa nak ke mana ni?" soal kanak-kanak itu dengan petah tanpa pelat. Tangan kecilnya menenyeh-nenyeh mata untuk membersihkan matanya. Matanya bulat dan berwarna biru itu terkebil-kebil memandang ayah dan ibunya silih berganti. Dia perlukan jawapan!

"Kita hendak pergi ke sesuatu tempat sayang"jawab wanita itu. Kepala anaknya diusap perlahan.

"Ya ... ayah nak hendak bawa ke kampung kita ...."sejurus itu lelaki yang berambut coklat hazel mendukung budak kecil itu. Dia mencium dahi anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Saya rasa tidak sedap hatilah!" wanita itu memandang suaminya. Dia menggenggam erat tangan suaminya.

"Bertenang ... kita akan pergi dari sini, tapi buat sementara kita kena cari tempat selamat untuk berlindung...."

Mereka bertiga tersentak.
Bunyi letupan yang kuat tadi menjadi perhatian mereka. Tidak jauh dari kawasan mereka ada cahaya merah dan terdapat beberapa susuk tubuh yang muncul.

"Itu mereka!" wanita itu mula cemas. Tangannya menarik-narik lengan suaminya.

"Saya tahu ...kita kena sembunyi dulu."ujarnya perlahan. Dia memeluk erat anak kesayangannya.

"Siapa mereka?" soal budak kecil itu lagi.

"Mereka sebenarnya ... err... ayah pun tak tahu ... mungkin orang gila!" kesian dia melihat anak perempuannya ini. Anak kecil yang tidak mengerti erti tentang kehidupan sebenar dan masih belum faham apa-apa lagi.

"Aku tahu kau ada di sini !" teriak seorang lelaki.

"Surez ... mereka sudah hampir!"

"saya tahu Aiyra ...jom!" tanpa melengahkan masa mereka perlahan-lahan berjalan supaya tidak dapat dikesan.

"Serahkan budak itu! cepat!" laungnya lagi.

Irene yang menjadi penonton, hanya diam. Dia terpegun melihat keluarga itu.

Dia bingung.

Bingung dengan keadaan yang berlaku. Dia tidak faham dengan semua ini! Kenapa dia berada di tempat itu? untuk apa?

Kakinya mengatur langkah untuk mengikuti jejak mereka yang sudah jauh di hadapan. Dia hendak tahu apa yang akan berlaku lagi.

Bunyi beberapa das tembakan kedengaran jelas pada telinganya. Irene menoleh ke arah bunyi tembakan itu. Tiga orang berpakaian serba hitam sedang mengejar di belakang.

Bang!

Matanya membutang. Sebutir peluru meluncur laju ke arahnya. Irene tidak dapat bergerak. Tubuhnya seolah-olah kaku!

Peluru itu semakin lama semakin menghampiri Irene dan...

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now