Clara

156 12 5
                                    

Clara duduk di beranda rumah termenung. Dia sedang berehat kerana seharian mengemas dan menyapu rumah anak yatim yang dia tinggal. Dia adalah seorang gadis yg berumur 12 tahun. Berkulit gelap dan badannya hampir semua melecur akibat daripada kebakaran rumah sewaktu dia berumur 8 tahun.

#flashback

"Ma... tolong" Clara menangkat tangannya. Separuh badannya terhimpit dengan almari buku. Ibunya Camelia hanya berdiri dengan muka yang ketakutan. Api sudah merebak dengan begitu luas di ruang tamu mereka "tolong" Clara berkata sekali lagi namun ibunya tidak mengendahkannya dan lari untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

#Endflashback

Air mata Clara mengalir mengenang nasibnya. Ketika dia berumur 10 tahun ibunya meninggal dunia akibat dadah. Ayahnya pula sudah lari bersama dengan perempuan lain. Saudara maranya turut membuangnya ke rumah anak yatim akibat malu dengan keadaan dirinya yg bagaikan raksasa akibat daripada lecurnya di badan. Tinggal la dia sebatang kara di dunia ini.

Kanak-kanak lain selalu membulinya dengan memanggilnya raksasa, tahi dan banyak lagi. Pengasuh-pengasuh yang bertugas turut tidak mengendahkan dia kerana geli dengan keadaan diri Clara. Mereka juga turut melayannya seperti pembantu rumah di rumah anak yatim. Namun kehidupannya tidak aman kerana selalu diperlakukan bagaikan binatang di dalam rumah anak yatim tersebut.

#flashback

"Jilat!" Endrian salah satu anak yatim yang tinggal bersama Clara memegang kepala Clara. Di hadapan muka Clara ialah tahi kerbau.

Clara menggelengkan kepalanya.

Endrian menolak kepala Clara ke arah tahi tersebut menyebabkan mukanya penuh dengan tahi tersebut. Ada sediktit tahi yang masuk ke dalam mulut Clara.

"Padan muka hahahaha" Endrian dan kawan-kawannya mentertawakan Clara.

#Endflashback

"Clara!" Makcik Kar memegang rotan di tangannya "kan aku dah pesan.. kemas dapur tu!! Mari sini kau!!"

Clara dengan badan yang menggeletar mendekati Makcik Kar.

PASH!!

Sebatan rotan yang begitu pedas dan menyakitkan sekali hinggap di paha kanan Clara. Makcik Kar mengulang perbuatannya sebanyak 20 kali dan meninggalkan kesan lebam di kedua-dua paha Clara.

"Makcik... sakit.. tolong hentikan" Clara memegang tangan Makcik Kar sambil menangis tersedu-sedu.

"Jangan pegang aku la raksasa!!" Makcik Kar menolak Clara dengan kasar menyebabkan kepala Clara terhantuk di dinding.

"KEMAS DAPUR!!!" Makcik Kar berkata sebelum berlalu pergi.

Clara mengikuti perintah Makcik Kar dan berjalan ke arah dapur dan memulakan tugas dengan membasuh pinggan mangkuk yang sudah bertimbun di singki. Kalau bukan Clara, tiada siapa yang akan membasuh pinggan mangkuk tersebut.

#flashback

Semua kanak-kanak di rumah anak yatim berkumpul di ruang makan dan duduk di kerusi.

Tidak lama selepas itu makanan dihidangkan. Salah satu pekerja rumah anak yatim tersebut ternampak Clara duduk bersama di meja makan dan menjadi marah.

"Siapa yang izinkan kau ikut kitorang makan ha!!" dia memarahi Clara dan menarik Clara dengan kasar sekali dari tempat duduknya. Clara terjatuh ke lantai. Pekerja tersebut membuang nasi di lantai dan menyuruh Clara makan di lantai tanpa menggunakan pinggan. Menurutnya Clara tidak layak makan bersama mereka.

"Hahahaha raksasa tak layak makan dengan kami"

"Raksasa tahi"

"Muka syaitan"

Kanak-kanak yang lain mentertawa dan mengejek Clara.

Clara dengan perasaan amat sedih lari ke dalam biliknya iaitu di stor. Dia menangis sepanjang malam. Memikirkan kenapa nasibnya begitu malang sekali.

#endflashback

Clara membasuh pinggan dan mangkuk dengan begitu cermat kerana takut dimarahi sekali lagi.

Tiba-tiba rambutnya ditarik.

"Ahh!" Clara mengangkat tangannya untuk menarik semula rambutnya menyebabkan pinggan kaca yang dipegangnya jatuh ke lantai dan pecah.

"MAKCIK KAR!!!! CLARA PECAHKAN PINGGAN!" budak yang menarik rambut Clara berteriak.

Makcik Kar yang berada di pejabatnya berlari ke arah dapur. Dia melihat pinggan yang pecah dan menjadi amat marah. Dia menarik tangan Clara dan menolaknya. Dia turut menendang Clara dan memaki hamunnya. Tiada siapa yang membantu Clara.

Clara bangun dan berlari ke luar. Malang tak berbau.. ketika dia melintas jalan raya. Dia dilanggar kereta dan melantun kira-kira 5 meter dari tempat dia dilanggar. Clara melihat sekeliling. Semuanya kabur dan hanya degupan jantungnya yang dia dengar. Degupan yang semakin lama semakin perlahan. Akhirnya aku bebas fikir Clara. Clara tidak takut yang dia akan mati malah dia berasa gembira.

Orang yang menyaksikan kejadian tersebut cepat-cepat menelefon ambulans. Namun belum sempat sampai di hospital Clara menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

CLARAWhere stories live. Discover now