Raya Special

601 83 201
                                    

Selepas solat subuh yang tak berapa nak berjemaah sangat. Para Seventeen memyambung alam mimpi yang tertunda. Syaitan iblis yang dah keluar mula berbisik-bisik ditelinga.

"Aluuu bangun semua~ SELAMAT HARI RAYA~KEPADA SAUDARA SEIKAN KU~ SETAHUN HANYA SEKALI~MERAYAKAN HARI YANG MULIA INI~" Joshua yang terlampau excited itu melompat-lompat diatas katil para maknae.

Pemilik katil yang dilompat mendengus tak terima. Dia menarik selimut. Mencuba untuk terlelap.

"Ehh korang ni tak ada semangat nak raya duhh SEVENTEEN FIGHTING!!! " S.coups muncul didepan pintu dengan baju melayu berwarna biru lengkap dibadannya. Ya Allah bayang saja aku dah nak menjerit.

"Fi-ghting!~~" balasan yang tidak bertenaga diberikan. S.coups sudah siap dengan senjata rahsianya untuk membangunkan para maknae.

"Siapa siap awal.. Hyung tambah duit raya" s.coups smirk.

"APA?!!!! NAK HYUNG!!!" 5 orang maknae line dan Hoshi yang sesat nak jadi maknae jugak berebut-rebut berlari ke bilik air. Kecuali Si Dino yang duduk bersila diatas katil sambil menggosok-gosok matanya.

"Morning raya hyung.. Jeonghan hyung mana?" Dino bertanya. Dipandangnya kedua orang hyungnya yang sudah lengkap berbayu melayu tanpa songkok.

"Ada dalam bilik sana.. Tengah make up kot" Joshua yang memakai baju melayu berwarna biru laut itu menjawab.

"Hurmmm" Dino bangun dari tempat tidurnya dan menuju ke bilik jeonghan. Sebaik sahaja tiba, kelihatan jeonghan sedang menyisir rambut pendeknya.

"Hyungie" Jeonghan berpaling. Dia tersenyum melihat maknae kesayangannya yang masih mamai.

"Dino pergi mandi sana.. Lepas tu pakai baju melayu sedondong dengan hyung" dia bangun dan mengusutkan rambut dino.

"Nae hyung"

****************

"Selamat~selamat hari raya... EWAHH NYANYI LAH WOOZI" hoshi yang bergelek-gelek disebelah woozi itu memeluk bajunya. Dia bernyanyi riang.

"Ishh kau ni.. Ingat karaoke ke? Mana yang lain ni??!!  Kata nak solat raya lah apa lah" woozi duduk diatas sofa. Baju melayu mereh yang terpasang indah dibadannya dipandang.

"Lekk lah kejap lagi diorang siap lah" hoshi yang memakai baju berwarna sama dengan Woozi itu berkata. Dia sibuk mencuba kuih-muih yang sudah terhidang diatas meja berkat usaha Jeonghan semalam menyuruh SEVENTEEN membantunya menyimpan rumah. Kalau tak huh semua pergi main mercun. Sorry guys mercun dibatalkan tahun ni.

"HYUNG HYUNG SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!  SORRY AKU SELALU CAKAP HYUNG PENDEK HUWAGGG MENYESAL" Mingyu yang tiba-tiba muncul berlari meluntut dihadapan Woozi. Dia membuat puppy eyes meminta simpati.

"Tak payah nak menyesal bagai lah.. Aku tau kau nak duit raya" woozi smirk. Dia menjeling Mingyu dengan tajam.

"HAHAHAHAHAHA tak menjadi mingyu? Kesian" seungkwan yang berpakaian kuning itu tiba. Dia memegang songkok disebelah tangannya.

"Dah mana yang lain~ tak sabar nak raya ni" jun yang dari tadi berselfie di phonenya berkata.

"NAE HYUNG KEJAP!! " semua yang masih bersiap berkata. Beberapa minit kemudian semua member Svt berkumpul diruang tamu .

"Dah jom sol--"

"Ehh kita ambik gambar dulu" kata-kata wonwoo dipotong oleh vernon. Dia mengeluarkan camera HD.

"Okehhh!!! " mereka semua bersorak dan mengambil tempat masing-masing. Sofa tiga tempat duduk menjadi pilihan mereka.

Jeonghan dan S.coups berdiri ditengah belakang sofa. Disebelah jeonghan Joshua dan Dk. Disebelah S.coups pula Woozi dan Hoshi. Diatas sofa tengah kelihatan dino tersengig gembira. Ditepi kanannya Seungkwan dan Vernon. Disebelah satu lagi Jun dan The8. Mingyu dan Wonwoo mengambil tempat ditepi The8. Yang ambik gambar author pakai baju royal blue.

[C]Diary: The Kid [Season 4]Where stories live. Discover now