서른셋

670 104 50
                                    

Mode: kink

(Bukan kinky yerr ( ͡° ͜ʖ ͡°) )

Jun yang kelelahan berlari berhenti berehat di bawah sepohon pokok yang tumbuh menghijau. Peluh-peluh membasahi tubuh serta bajunya. Rambutnya juga sudah bermandikan peluh.

Jun tersenyum nipis sambil memandang kakinya yang sudah senpurna. Tak sia-sia dia dikejar selama lebih 2 jam. Sejam kemudian perubahan mode berlaku dan dia pula mengejar kakinya.

Mujurlah dia dilahirkan dengan jantung yang sihat. Kalau tak dah lama pengsan budak ni.

"Ok kaki~~ kau dah jadi milik aku balik HAHAHAHAHAHA mana si tiang elektrik hitam ni? "  Jun duduk bersila. Angin yang datang meniup amatlah sejuk mendamaikan lagi suasana malam. Sedap-sedap dia nak panggil si Mingyu hitam kan?

"Huarghhh ngantuk lah pulak" Jun bersandar di pokok itu. Dia mencuba untuk masuk ke alam mimpi. Matanya sudah ditutup rapat.

Tup!

Setitik cecair jatuh tepat di dahi Jun. Jun yang betul-betul mengantuk itu hanya menghiraukannnya. Berharap agar ianya hanya lah cecair yang jatuh dari langit.

Tup!

Tup!

Titis demi titis cecair jatuh ke atas muka Jun. Tidur Jun sudah terganggu. Dia mengesat cecair tadi menggunakan tangan.  Mahu tak mahu dia perlu membuka matanya. Dengan satu keluhan pendek, dia mendongak ke atas. Memerhati dahan-dahan dan daun pokok.

Tiba-tiba kulit muka Jun bertukar pucat. Matanya tidak berkelip kerana terkejut. Mulutnya ternganga ingin menjerit tetapi suaranya tiba-tiba sahaja hilang.

"Lee J-jihoon ap-apa k-kau buat kat situ? "

Susuk tubuh yang tersekat di dahan-dahan kayu itu nampak lemah tak berdaya. Kepala dan tangan Woozi terhayung ke bawah manakala kedua belah kakinya menahan Woozi dari jatuh.

Tup!

Tup!

Cecair bersuhu dingin itu kembali menitis menyedarkan Jun dari lamunannya. Cepat-cepat dia memanjat pokok tersebut untuk menurunkan Woozi.

"Kau ni woozi tak padan dengan pendek... Macam mana lah aku boleh tersangkut kat atas ni?"

Jun sudah menstabilkan dirinya dengan berdiri dan berpauk(?) pada beberapa dahan. Tangannya cuba menangkap Woozi yang masih tidak sedarkan diri itu.

Jari-jemari Jun sudah berjaya memegang hujung kolar Woozi namun tiba-tiba kelopak mata woozi terbuka. Tanpa sedar, tangan Jun sudah dipegang oleh Woozi.

"AHHHHHHHHH" oleh kerana kedudukan mereka berdua yang tidak seimbang, Woozi dan Jun terjatuh. Belum sempat Jun ingin memarahi Woozi yang mengejutkannya,  Woozi terlebih dahulu membalikkan tubuh Jun menghadap pokok dengan kasar. Kedua belah tangan Jun dicengkam erat.

"WOIII!!  APA NI WOOZ??!!  AKU DAH TOLONG SELAMATKAN KAU LAH!!  LEPAS LAH WEH!!  SAKIT KAU TAU TAK??!!!"
Jun menjerit. Dirinya tidak duduk diam ingin melepaskan diri.

" Experiment 04 caught"

Suara itu kedengaran lagi. Jun yang sudah tahu dirinya experiment 04 itu terkejut. Lebih mengejutkan suara itu kedengaran hanya ditepi telinganya.

[C]Diary: The Kid [Season 4]Where stories live. Discover now