마흔

803 107 101
                                    

"Ishhh betul ke Bts cakap kita dah koma sebulan.. Aku rasa macam 31 hari ajelah" Si Hoshi yang terbaring di atas katil disebelah katil Jun itu memainkan hujung rambutnya.

Kesemua member Seventeen masih berada didalam wad VIP di Hospital Seoul. Beberapa member Svt sedang berehat diatas katil manakala sesetengah lagi terduduk diatas sofa yang disediakan khas untuk bilik VIP.

Kata-kata Hoshi berjaya mendapat jelingan maut beberapa member yang masih sedar. Tidak ada niat untuk membalas. Masing-masing lebih memilih untuk berdiam diri. Membiarkan fikiran masing-masing melayang.

Lain pula ceritanya S.coups, dia sibuk merenung keluar jendela. Meratapi keindahan bandar Seoul diwaktu malam. Sesekali matanya terarah kepada beberapa bangunan yang mengantung gambar kumpulan mereka dengan tulisan mendoakan.

"Aku rasa betul lah.. Try check Twitter memang berlambak lah pasal kita" Vernon yang duduk disebelah Seungkwan yang tertidur dengan bersandar dibahunya itu sedang memainkan Iphone miliknya pemberian para peminat diluar sana.

Aplikasi berlogo burung putih berlatar biru itu dibuka dari tadi. Sebilangan besar Carat sibuk mendoakan kesihatan mereka. Beberapa post dari mereka sendiri juga terpampar jelas.

"Isyhh doktor durjana tu memang nak kena campak dalam loji lah" Jun yang masih tidak berpuas hati dengan dokter gila tahap babun itu memaki-maki tanpa henti. Sesekali dia melepaskan geram kepada Wonwoo yang sibuk membaca buku ditepinya. Ditarik-tarik pipinya kuat namun Wonwoo tetap fokus.

"WEHHH TENGOK NI!!!! Takpelah biar aku bacakan uhumm uhmm tersebutlah sebuah kisah~~" Mingyu yang juga mengecheck isi twitter itu tiba-tiba terbangun dari duduknya dan berpusing-pusing berjoget senang.

"Apa dia? Tak payah nak tayang punggung kau depan muka aku boleh tak? " Jeonghan berkata. Mingyu yang sibuk bergerak-gerak pinggul didepannya terasa mahu dicincang buat sup. Ohh sedapnya.

"Ni haaaa Post sebulan yang lepas.. ceo kita yang post.. Kita koma huehue" Mingyu yang mendapat cubitan separuh berbisa dipunggungnya itu hampir menangis. Dia terlentang diatas katil dan membaca isi twitter.

"Manager kita akan datang lepas ni" Woozi yang juga menatap Iphone miliknya berkata. Yang lain hanya mampu mengeluh. Kebosanan berada dalam wad siapa yang tahu?

"HOHOHO LEPAS KELUAR NANTI NAK MAKAN BANYAK-BANYAK~YAHOOO MAKAN IS THE BEST YO!!! " Dk berdiri diatas katilnya dan melompat-lompat girang. Mengundang tatapan horror si S.coups.

"Kau ingat kita stay hotel? Turun! Hancur katil tu kau nak ganti??!!! " S.coups sudah mengugut dengan gaya ingin mencekik. Dk mencebik dan kembali terbaring bosan diatas katil.

"Mana Joshua dengan The8?" pertanyaan dari Wonwoo itu dijawab oleh larian Dino dari tandas. Bajunya kelihatan basah.

"HUWAAA HYUNG!!!  TENGOK JOSHUA TENGAH MENYELAM DALAM TAB MANDI!! DIA KATA NAK CARI IKAN HUWAGHH DIA TARIK DINO SEKALI HUWAA" Dino berlari ke katil leader perform team yang nampak kebingunan. Hyung kesayangannya itu ditarik-tarik.

"JOSH BUAT APA??!! " Jeonghan terbangun dan berlari kearah restroom. Pintunya ditolak kasar. Kelihatan The8 bersila diatas lantai sambil bermain buih manakala Joshua didalam tab tanpa kelihatan badannya.

"JOSHUA KAU BUAT APA TU HAH?? !!" Jeonghan menjerit nyaring. Joshua berhenti dari menyelam dan memandang muka Jeonghan dengan tidak bersalah.

"Aku sudah lama menghilang dari dunia air.. Biarkan aku melepaskan rindu huhuhu ⊙︿⊙" suara gelakan Svt jelas kedengaran. Jeonghan hanya memandang pasrah. Dia kembali keruangan dan menutup pintu rapat-rapat.

"Apa The8 buat kat dalam tu? " Seungkwan yang menggosok matanya baru bangun tidur itu bertanya.

"Dia cakap nak tolong puteri duyung yang berubah menjadi buih" dengan tidak bersalahnya Dino menjawab. Dia sudah menukar pakaian. Kain kering yang digunakan untuk mengelap rambutnya yang basah.

[C]Diary: The Kid [Season 4]Where stories live. Discover now