» first chapter boring sikit so korang boleh skip bab ni
♚♚♚
Terasa geli pada pipi bagaikan sesuatu sedang menggeletek diriku. Aku menggaru pipiku yang semakin ku biarkan, semakin gatal jadinya. Mataku ku buka perlahan-lahan. Perkara pertama yang kulihat adalah langit biru yang dihiasi dengan kepulan awan gebu.
Aku bangun dari baringku dan mendapati aku sedang terbaring di atas permukaan rumput yang menjadi lambang kehijauan bumi. Aku mulai panik. Perkara terakhir yang aku ingati ialah aku berada di katilku.
Aku kat mana ni? Soalku dalam hati.
Tiba-tiba, dari hujung anak mataku, aku dapat melihat sesuatu—tidak! Kelibat seseorang mula kelihatan di hujung padang rumput ini.
Mungkin dia boleh bantu aku!
Aku bangun dari permukaan yang kasar itu dan memandang orang tersebut yang tidak lagi menuju ke arahku dan pegun di tempatnya. Dia sepertinya turut memandangku. Aku mengatur langkah menuju ke arahnya tetapi setiap langkah, terasa aku semakin jauh darinya.
Maleeka! Jerit orang tersebut sambil melambaikan tangannya dari jauh.
Maleeka?
Selama ini, hanya seorang sahaja yang menggelarku sebagai Maleeka tetapi orang itu sudah lama lesap dari kamus hidupku. Aku terhenti di tempatku. Aku mengecilkan mata untuk melihat wajah orang itu dengan lebih jelas. Cahaya matahari yang menyilaukan penglihatanku menyukarkan aku untuk mengenal pasti siapa orang itu.
YOU ARE READING
Nak Ngorat Awak, Boleh?
RomanceHighest ranked #36 in romance Daneen Maleeka, gadis yang tidak ingin terlibat dalam dunia percintaan kerana menganggap perasaan cinta yang tidak pernah dirasainya itu akan memusnahkan dirinya. Namun begitu, kisah hidup Daneen berubah apabila dia d...