+1 9

243 25 7
                                    

"Hentikan." Kata Hayi sambil menolak Junhoe darinya.

"Awak ingat saya apa? Saya pun manusia juga.. perasaan saya bukannya main main." Kata Hayi tegas. "Ak-".

"Keluar." Kata Hayi tanpa memandang wajah Junhoe walaupun sedikit. "Lepaskan saya." Kata Hayi tenang.

"TAK! AKU TAKKAN PERNAH LEPASKAN KAU." Jawab Junhoe sambil memaksa hayi memandang wajahnya itu.

"Aku takkan sesekali lepaskan kau." Kata Junhoe muktamad.

"June, dahla mari kita balik." Pujuk Puan Koo cuba menenangkan anak tunggalnya itu.

Junhoe akur dengan arahan Eommanya lalu mengikut langkah eommanya selangkah demi selangkah menapak keluar dari kediaman hayi.

Hayi hanya memerhati dari jauh kelakuan suaminya itu. Puan Koo memandang wajah menantunya itu buat kali yang terakhir sebelum meninggalkan rumah tersebut.

Hayi tersungkur jatuh dengan linangan airmata.

"Aku dah terlalu lama menunggu.."

"...lama sangat."

"Aku minta maaf Koo Junhoe my only one love."

Tiba tiba Bobby datang entah dari mana. "Kenapa kau nangis sedangkan kau sendiri ucapkan perkataan 'lepaskan' tu?" Tanya Bobby hairan.

"Hayi, aku bukan baru kenal kau semalam." Nyata Bobby.

"Aku tahu kau cintakan dia. Pergilah kejar cinta kau." Arah Bobby membuatkan hayi berhenti daripada menangis.

"TUNGGU!" Kata hayi sambil menyekat kereta Junhoe daripada pergi. "HAYI!" Jerit Junhoe dari dalam kereta. "Kau nak mati ke?" Tanya Junhoe lantas keluar dari kereta dan memeluk hayi dengan erat.

"Saya minta maaf." Ungkap Hayi sambil membalas pelukan Junhoe dengan erat sekali.

"Gwenchana, it's my fault." Balas Junhoe dan merenung ke dalam anak mata hayi yang dipenuhi dengan kesedihan yang selama ditanggung olehnya.

"Aku janji lepas ini takkan sakitkan hati kau lagi." Kata Junhoe.

"Koo junhoe tak baik berjanji tapi tak pasti boleh tunaikan ataupun tak." Balas Hayi.

"Tapi aku akan cuba tunaikan." Jawab Junhoe. Hayi mengeluh.

"Baiklah Koo Junhoe saya akan tuntut janji awak sekiranya awak tak tepatinya." Kata Hayi memandang kosong ke arah Junhoe.

"Aku tahu kau masih marahkan aku. Tapi tolonglah aku akan tepati janji aku kali ini." Kata Junhoe beria ria.

Hayi mengeluh. Dia takut perkara yg sama akan berlaku lagi terhadap dirinya itu. Dia takut hatinya ini tidak kuat. Dia takut tubuh kecilnya itu disakiti.

Cukuplah selama ini ibu dan abang tirinya itu melayannya seperti hamba.

"Kau tak perlu takut." Ungkap Junhoe seolah olah memahami apa yg bermain di benak fikiran hayi.

『C』 ❁ The Girl Shouldn't ExistWhere stories live. Discover now